Cadangan Pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak. Ini berikutan situasi pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.
Terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu laporan menyebut, pihak kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 KWSP.
“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya dalam satu temu bual bersama BERNAMA dan stesen televisyen tempatan lain, di sini, hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021.
Ads
Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 Nov itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
Ads
Kerajaan pada tahun ini telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.
Ads
Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja kepada tujuh peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM700 juta sebulan.
Mengenali susuk tubuh bernama Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini, sememangnya beliau seorang suami dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab.
Bahkan, anak-anak cukup rapat dengannya. Beliau cukup tegas dalam mendidik anak-anak sehinggakan menjadi idola buat sesetengah ibu bapa yang lain.
Bukan itu sahaja, beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu keibubapaan juga banyak membantu ibu bapa yang lain.
Setiap kali memuat naik perkongsian mengenai anak-anak di laman media sosialnya, pasti akan mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsiannya terbarunya, Dr Sheikh Muzaphar meluahkan rasa simpati pada isterinya yang tak cukup tidur memandangkan awal pagi perlu menghantar anak kembar mereka ke taska.
Justeru, beliau mengambil alih tugas isterinya itu sebelum pergi ke tempat kerja.
“Biasanya Dr Halina akan hantar anak kembar ke taska sebelum ke tempat kerja, tapi nampak dia menyusu badan pada jam 5 pagi sampai tertidur di kerusi. Saya rasa simpati kerana tahu dia tak cukup tidur.
“Jadi saya ambil keputusan untuk hantar anak-anak. Jadi inilah dia. Selamat pagi semua. Love always.” Tulis Dr Sheikh Muszapar menerusi kapsyennya.
Dalam perkongsian tersebut, Sheikh Muszaphar memuat naik satu video berdurasi lebih kurang 1 minit yang menunjukkan beliau memandu kereta sewal jam 7.15 pagi di samping anak kembarnya menuju ke taska.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap prihatin Sheikh Muszaphar sebagai seorang suami dan juga ayah. Sememangnya sejak dahulu lagi, beliau sudah menunjukkan ciri-ciri seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.
Sentiasa sabar dan kuat besarkan anak-anak
Lelaki melayu terakhir, hensem, pandai, pandai agama, kuat semangat, rajin, memahami isteri, sapa kata takde lelaki melayu yg baik dan hebat? Girls / anak2 dara doalah u all dapat lelaki bujang baik dan soleh jadi suami. Mak2 macam tekadlah besarkan anak lelaki kita jadi lelaki baik dan bermanfaat macam Dr SMS. Aamiin
Seronok dan happy tgok dr lyn anak2 dan cara jga anak2..❤️❤️❤️ semoga Allah mudah kan urusan dr sheikh besarkan anak2..dan doakan sy dpt jd ibubapa mcm dr sheikh jgk..yg sentiasa sabar dan kuat besarkan anak2..
Morning,watching Dr and his twins is a must fr me as it i can gain more knwledge on how to handle infant,toddler in a right way as Dr did.Wish me luck on my upcoming exam Dr.Hope i can be a good kinder teacher soon.
Kalau camni bapaknya..dr halina beranak lagi pon xpe. Tugas sama dipikul di jinjing. Eh betul ke bhasa ni..hahaha
Dapat suami macam Dr Sheikh aman sejahtera kaum hawa
Bila semua suami macam Dr Sheikh, aman sejahtera lha kehidupan kaum hawa😍❤️ haii Emelia❤️ Eusoff,
Alhamdulillah. Good .understanding n reliable husband . 👍👍👍🌹May Allah bless you.
Thank you Dr. for this exemplary inspiration.. Marriage is built on teamwork.. A mutual respect, a healthy dose of admiration, and a never-ending portion of love and grace.. May Allah swt always bless you and your family, amin..
Bila balik kampung, mungkin ada yang sering mengalaminya di mana muka merah-merah dek kerana tak tahan dengan gigitan nyamuk. Rasa gatal-gatal tu satu hal, lagi dibimbangkan jika disebabkan seekor nyamuk ada pula yang terkena demam denggi. Itu lagi merisaukan!
Oleh itu, selain kita sering menggunakan bahan penyembur nyamuk untuk hapuskan nyamuk tersebut, ada eloknya gunakan cara atau petua ini yang lebih mesra alam dan tidak membahayakan kesihatan. Nak tahu apa dia, jom semak.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Selain cara ini, ada satu lagi petua yang berkesan dan mudah untuk disediakan yang dikongsikan oleh Fauziah Samad, iaitu dengan menggunakan limau yang dipotong dua. Kemudian dicucuk dengan cengkih seberapa banyak di atasnya.
Cara ini lebih jimat dan udara di dalam rumah lebih bersih dan selamat dari menggunakan bahan kimia penyembur nyamuk.
Untuk nampak cantik, gunalah kreativiti anda dan bubuh limau tu dalam bekas-bekas comel dan letak di kawasan dalam rumah yang sering jadi tempat persinggahan lalat dan nyamuk.
Manakala jika ingin cara yang berbeza, boleh juga ditumbukkan beberapa helai daun limau, kemudian letakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap. Dikatakan juga dapat menghalau nyamuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ketika di bulan Ramadan ini tentunya kita ingin merebut banyak pahala dengan melakukan ibadah. Dan tentunya juha kita mempunyai pilihan untuk menyediakan ruang yang lebih selesa di dalam rumah untuk mendirikan solat mahu pun mengaji. Jadi tidak salah kiranya menyediakan ruang khas untuk tujuan itu.
Ini jugalah yang dilakukan oleh Rita Rudaini dan apa yang lebih istimewa, mini musalla tersebut disiapkan sendiri olehnya secara DIY, daripada mengecat hinggalah menghias. Memang awesome dan rata-rata netizen kagum dan memuji usaha yang dilakukan.
Hebat sungguh dan di dalam video pendek yang dikongsikan dapat dilihat bagaimana Rita mengecat sendiri dinding ruangan solat dan menghias dengan frame tertulis kalimah suci al Quran.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.