Kehidupan rumah tangga yang harmoni dan bahagia diperoleh andai suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama. lain. Saling menghargai segala pengorbanan pasangan baik ketika susah mahupun senang
Perkongsian dari guru terkenal Mohd Fadli Salleh ini cukup menyentuh hati. Betapa beliau cukup menghargai isteri sehingga sanggup menyimpan sesikit demi sedikit wang untuk membeli barangan kemas sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Aku perasan, gelang emas pandora yang aku belikan pada puan isteri tahun lepas, jarang dia pakai. Aku pun tanya lah,
“Kenapa jarang pakai gelang tu?”
“Gelang tu nanti saya pakai bila anak dah besar sikit. Saya suka gelang tu. Tapi susah bila anak kecil ni. Boleh luka anak pula,” balas puan isteri.
Aku angguk je lah. Dah dia kata gitu. Sampai satu masa, puan isteri ada bertanya,
“Bang. Kalau kita trade in gelang tu kemudian ambil gelang lain okey ke tak?”
“Terpulanglah. Abang tak kisah. Tapi bukan awak suka gelang tu ke?” tanya aku balik.
“Suka tu memang suka. Tapi dah jarang pakai. Baik tukar yang lain. Nantilah saya simpan duit sikit-sikit. Ada rezeki saya tukar lain bang ya. Tukar yang selesa pakai sikit,” balas puan isteri.
Aku angguk kepala sahajalah. Nak kata apa.
Namun sejak dari itu aku dah set nak kena hadiahkan dia satu hat baru ni. Tambah-tambah anniversary kami bulan Jun.
Nak bayar sedebuk sesak juga. Maka aku main kutu. Hihi.
Ya main kutu dengan kawan-kawan Fb. 4 slot aku ambil setiap bulan tau dengan dua orang berbeza. Satu slot RM100 ja. Bukan kutu kategori orang ada-ada. Ni kutu kategori rakyat marhein ja.
Ads
Punya la merancang nak bagi hadiah kat isteri sampai main kutu.
Hari ini aku ajak puan isteri pergi redeem baucher BATA. Beli kasut untuk anak-anak kata aku. Untuk dia pun dapat sekali.
Keluar dari kedai BATA aku tarik masuk Kedai Emas Hj Yunus ni. Kedai ni la aku selalu bawa puan isteri biasanya. Banyak pilihan dan harga berpatutan.
“Eh nak ke mana ni bang?” tanya isteri bila aku tarik ke kedai emas. Mulut dah senyum simpul dah. Ah perempuan. Gitu la deme nih. Buat-buat tak tahu kan?
“Meh la tengok-tengok gelang. Cari yang selesa awak pakai,” ujarku.
Bersinar mata puan isteri.
Ads
Aku lepaskan dia pergi memilih mana yang dia berkenan. Bila nampak susah dia nak pilih sebab ada baby Ali atas dukung, anak aku dukung pula.
Ha, pergi la pilih dengan bebas.
Usai memilih dia panggil aku.
“Bang, yang pattern jagung ni cantik juga kan?”
Aku angguk kepala dan mengiyakan.
“Kak. Kalau saya tolak gelang ini tukar dengan hat tu berapa kena tambah?” tanya puan isteri pada tuan kedai.
Baru tuan kedai nak pegang gelang emas puan isteri, aku cakap,
Ads
“Tak payah tolak hat ni. Simpan. Pakai sesekali. Lagi pun cantik pattern pandora tu. Ambil je yang baru ni. Abang hadiahkan sempena anniversary nanti,” kataku pada puan isteri.
Puan isteri pandang aku dengan terharu. Dia genggam tangan aku dan tanya,
“Tak apa ke? Abang ada duit ke?”
“Ada. Abang dah sediakan lama dah untuk awak,” balasku.
Tuan kedai memerhati drama ini dalam senyuman. Nasib baik bulan puasa. Dalam kedai orang pula. Kalau takkkkk… Haha.
Hari ini, puan isteri aku senyum sepanjang perjalanan pulang. Tu tengah buat air untuk berbuka pun dengan senyuman.
Untuk melihat senyuman itu, aku rela menyorok derita. Untuk membuat isteri dan anak-anak bahagia, aku rela melakukan apa sahaja.
Kerana beliaulah wanita kedua yang setia bersama aku saat jatuh bangun dan sukar senang selain ibuku yang mulia.
Untuk dia dan anak-anak, aku rela persembah nyawa. ❤️
#MFS
– Cinta yang menghidupkan –
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas melalui kemelut politik yang mendebarkan, semalam berlangsung majlis angkat sumpah Perdana Menteri Kelapan Negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah bergelar PM ke-8 selepas dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 20 Februari yang lalu.
Namun begitu, apa yang mencuri tumpuan semalam selain Perdana Menteri baru, pastinya insan yang setia disisi perjuangan beliau iaitu isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Dalam perkongsian tersebut, Puan Sri kelihatan cukup manis berhijab. Kebetulan juga beliau merupakan isteri perdana menteri pertama di Malaysia yang bertudung. Penampilan beliau yang agak berbeza daripada isteri-isteri perdana menteri sebelum ini pasti memberi kelainan dan identiti tersendiri buatnya.
Usai majlis mengangkat sumpah di Istana Negara tadi siang, Perdana Menteri dan isteri turut bergambar bersama KDYMM Agong dan Raja Permaisuri Agong. Yang lebih membuatkan ramai memandangkan Raja Permaisuri Agong sememangnya berhijab.
Gambar tersebut dipuji warganet yang mengakui nampak manis dan sesuai dengan imej negara Islam yang ditonjolkan oleh Malaysia.
Untuk rekod , Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee telah berkahwin pada 22 September 1972 dan mempunyai 4 orang anak.
Pertama kali kita menyaksikan Raja Permaisuri Agong & Isteri Perdana Menteri Malaysia bertudung, Alhamdulillah 😊😊#DaulatTuanku#OurPM8 🇲🇾
Memiliki kereta baharu tentu sahaja membuatkan kita seisi keluarga berasa seronok untuk ke mana-mana bersama. Pun begitu perasa atau tidak semasa anda mendapat kunci daripada penjual kereta, anda dibekalkan dengan dua kunci dan ada besi kecil disertakan.
Mungkin ada yang beraggapan besi kecil tersebut tidak begitu penting, dan sebenarnya menurut perkongsian jurujual PROTON, ada gunanya besi kecil tersebut dan perlu diingatkan di bahagian besi tersebut mengandungi kod kunci dan ada keperluannya.
Ini perkongsiannya.
TAKE NOTE!!! JANGAN SKIP.. BACA NI
Anda perasan tak,beli kereta baru ada 2 kunci dan ada besi kecil inikan? Dekat besi ni ada No.Kod kunci.
Apa fungsi No.Kod di kunci itu?
Simpan elok-elok No.Kod kunci ini.. Sekiranya anda kehilangan kedua-dua anak kunci ini, sila bawa No.Kod kunci ini ke pusat service PROTON untuk duplicate kunci yang sama macam yang asal.
Kalau tak ada No.Kod kunci ini, kena tukar set kunci yang baru seketul & kosnya pun tinggilah berbanding duplicate kunci yang samakan.
Jarang-jarang sekali gunalah kunci spare itu untuk elakkan kehabisan bateri remote.. Kalau remote bateri dah low, rapatkan kunci ke push-start button & cepat-cepatlah tukar bateri baru di PROTON..
Kalau bateri kereta dah kom, buka pintu kereta pakai kunci manual.. Caranya tekan button di belakang kunci..Ada anak kunci untuk buka pintu secara manual kalau pakai push-start button..
Ramai menganggap penyakit asma atau lelah sebagai tidak serius dan kurang diambil peduli mengenainya. Tetapi yang menghidapinya tahu bagaimana rasa apabila diserang penyakit ini. Kerana itu, ubat asma seperti inhaler sentiasa di sisi.
Malah, ada juga yang terpaksa berpantang makanan tertentu untuk mengelakkan masalah asma menyerang. Pelbagai cara dan kaedah dikongsikan untuk mengelakkan penyakit ini baik dari segi perubatan moden mahupun tradisional.Ada yang sesuai ada yang tidak, semuanya bergantung kepada ketahanan diri individu tersebut.
Salah satu petua yang dikongsikan oleh wanita ini adalah dengan mengamalkan telur dadar yang dicampur halia di dalamnya. Menurut Mulianis Ahmad, petua tersebut diperoleh dari seorang wanita cina.
Mase kecik dulu sy sakit asma teruk.. Kebetulan kat klinik ade duduk sebelah unty cina.. Die bg resepi petua.. Die ckp org cina jarang sakit asma.. Halia tua tumbuk masukkan telur + garam.. Goreng..
Walau pun asma masih ade.. Tp resepi ni sedap.. Ari2 makan pun x jemu..
Dah lama sy x buat .. Semlm sy try buat bg anak2 makan .. Mereka pun suka .. Berebut.. Ari ni masak yg same lg.. X yah lauk lain.. Lg pun suami outsn layan ni aje..
Bahan-bahan
2 biji telur
2 inci halia di tumbuk lumat
sedikit garam
Cara membuat:
Tumbuk halia sehingga lumat.
Masukkan ke dalam telur dan sedikit garam.
Kacau sehingga sebati bahan-bahan tersebut.
Kemudian, goreng telur dadar hingga garing.
Ini antara petua yang boleh diamalkan bagi pesakit asma. Namun semuanya bergantung kepada tubuh seseorang individu tersebut. Tidak salah untuk mencuba kan. Lagipun halia memang diketahui sangat bagus sebagai agen membuang angin dalam badan.
credit : Mulianis Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.