Di saat netizen membicarakan tentang kisah selebriti yang curang dengan isterinya buat sekian kalinya, lain pula dengan selebriti ini. Dia menjadi contoh kepada lelaki lain dalam melunaskan tanggung jawabnya sebagai seorang suami.
Bukan calang-calang lelaki yang sanggup berbuat seperti mana lelaki ini. Tidak hairanlah dia menjadi idola dan mendapat pujian ramai.
Itulah yang membuatkan lelaki bernama Edika Yusof wajar mendapat penghargaan dan pujian. Kerana tidak semua lelaki bergelar suami yang mampu berada di tempat Edika.
Bukan satu tempoh yang singkat, namun atas dasar tanggung jawan sebagai suami, kecintaan terhadap isteri serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dia sanggup bersama dalam apa jua cabaran.
Memuat naik satu ucapan yang didedikasikan khas buat pelakon seniornya, Edika Yusof. Dalam perkongsian tersebut, jelas Que Haidar biarpun mendapat keizinan untuk berkahwin lain, namun Edika memilih untuk berada di samping dan menjaga isterinya yang lumpuh selama 13 tahun.
“Edika Yusof @edikayusofxx seorang pelakon lagenda & model, Isteri beliau lumpuh 13 tahun, beliau diizinkan berkahwin lagi, namun beliau menolak, untuk menjaga isteri beliau.
“Saya doakan abang dan keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki2 yang halal dan bahagia hingga ke akhirnya.. amin.
“Untuk jadi lelaki yang baik, kau tak perlu nak jadi ustaz atau PU pun. Cukuplah ada common sense.. baik means baik.. baik tidak membawa maksud Ustaz,”tulis Que Haidar di ruangan kapsyennya.
Edika sebelum ini pernah berkongsi kisah hidupnya dan isteri sehingga tular dan mendapat pujian netizen. Ketika ditanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi kata Edika,kahwin lain bukan selesaikan masalah.
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.