“Untuk Bahagia, Berikan Bahagia.” Inilah 5 Kunci Rumah Tangga Bahagia Menurut Perkongsian Syamsul Debat. Deep!

Share

Jika nak mendapat kebahagiaan, kita perlu membahagiakan orang lain terlebih dahulu. Dengan kata lain untuk bahagia, berikan bahagia. Itu yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan suami isteri yang ingin mengecap kebahagiaan dalam alam rumah tangga.

 

“Keluarga bahagia adalah pilihan kita bukannya datang begitu sahaja. Mohon pada Allah dan pilih cara bahagia. Tapi bukan lihat pada apa yang kita ada tetapi melihat pada sikap kita pada apa yang kita ada. Rumah atau kereta besar bukan gambarkan kebahagaian, tetapi sikap kita rumah walaupun kecil yang mana kita syukur maka itulah asas kebahagian kita.

“Kadang kala kita tidak bahagia kerana kita terlalu mengejar kebahagiaan. Dalam rumah tangga punya kisah berbeza. Kita takkan kenal pasangan selagi tidak berkahwin. Selepas kahwin baru kenal,”ujar Syamsul Debat, Penceramah Bebas dalam satu perkongsian.

Kunci rumah tangga bahagia  kena terapkan kehidupan islam  dalam keluarga. Selain itu, belajar bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allh Swt. Inilah lima perkara yang perlu dterapkan dalam rumah tangga jika mahu bahagia.

5 Kunci Bahagia rumah tangga menurut Syamsul Debat

  1. Kunci kereta.
  2. Kunci rumah
  3. kunci pejabat
  4. kunci syurga
  5. kunci spare

Kunci rumah

Dalam rumah tangga kena ada sistem berasaskan Islam. Praktikkan kehidupan cara Islam seperti solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Selain itu, bersarapan bersama, doa banyak-banyak. Jangan berhenti meminta daripada Allah kerana Allah tidak pernah berhenti memberi kepada kita setiap hari sampai bila-bila.

Kunci kereta

Kereta melambangkan kehidupan iaitu  suami,isteri,  anak, ibu dan ayah. Suami dan isteri menentukan pemanduan hala tuju keluarga untuk di bawa ke mana keluarga dalam mencari redha Allah.

Kunci pejabat

Rezeki yang halal menerusi sumber pendapatan kita. Biar sedikit tapi berkat. Duit banyak tidak semestinya bahagia.

Kunci syurga

Ia mewakili ibadah kita yang mana merapatkan diri kepada Allah dan Rasul. Mahabbah kecintaan kita kepada Allah supaya ingat tanggung jawab kepadaNya.

Kunci spare

Semua memainkan peranan dalam rumah tangga baik suami, isteri dan anak-anak. Setiap ahli dalam keluarga kena sama-sama bekerjasama. Semuanya kerana Allah.Dalam apa yang kita lakukan termasuk mendidik anak-anak.

Ujar Syamsul Debat lagi, untuk isteri masuk syurga mudah sahaja iaitu taat pada suami dengan memberi layanan first class. Buat yang terbaik dan  layanan kepada pasangan ibarat malam pertama.

Gambar sekadar hiasan

tip-tip untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat:

1. Puji: Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain terutamanya dalam semua aspek kehidupan seperti bantu-membantu dalam menguruskan rumah tangga.

2. Peluk: Pasangan suami isteri hendaklah menzahirkan kecintaan melalui pelukan yang mesra sekerap mungkin kerana pelukan menghasilkan kasih sayang yang berterusan.

3. Penghargaan: Sentiasa menghargai pasangan dengan ucapan sayang dan cinta, senyuman dan juga pemberian hadiah.

4. Perhatian: Sentiasa memberi perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak merasa dirinya terpinggir dan diabaikan.

5. Persefahaman: Mewujudkan suasana yang ceria melalui sikap toleransi terhadap pasangan.

6. Pergaulan: Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasaan cemburu seterusnya membawa kepada keretakan rumahtangga.

7. Permohonan: Sentiasa memohon rahmat dan keampunan kepada Allah supaya hubungan yang terjalin kekal terpelihara sehingga ke akhir hayat.

Apabila kita mendekatkan diri dengan Allah dan niat perkahwinan yang dibina untuk mencari keredaan Allah, insya-Allah kita akan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat serta dikurniakan ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup.