Kalau dah nama mak, apa jua permintaan anak-anak selagi mampu akan dipenuhi. Rasa tidak senang duduk kan bila apa yang anak-anak ingini tak dipenuhi.
Lebih-lebih lagi permintaan dibuat sempena hari istimewa anak-anak seperti hari jadi dan sebagainya.
Demikian dengan ibu bernama Anis Marcela
yang gigih menyediakan pulut berbentuk ultraman yang menjadi kegemaran anak lelakinya bernama Muhammad Niyaz Jaffan Bin Mohd Nizam. Bertuahnya si anak, dapat mak yang kreatif dan sanggup buat sendiri demi anak.Walaupun apa yang dibuat tak seberapa, namun demi orang tersayang, segalanya sanggup dilakukan. Terharu pula tengok kan!
Hebat betul pengaruh atromen ya
Tunaikn prmintaan besday boy
Sumber: Anis Marcela