Bukan mudah untuk seorang wanita menjalani rawatan kesuburan kerana mereka perlu kuat selain memerlukan banyak usaha dan pengorbanan wang ringgit.
Betapa dan tabahnya Tuanku Permaisuri Agong dalam usaha mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh buat wanita di negara ini.
Dek kerana itu juga tertubuhnya Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAAFF) yang mana membantu pasangan yang telah mendirikan rumahtangga namun belum mempunyai zuriat dengan melalui rawatan IVF.
Bahkan, sehingga kini sudah ramai pasangan yang berjaya memiliki anak dengan bantuan TAAFF. Menerusi yayasan ini, pasangan yang terpilih akan ditanggung kos rawatan yang menjangkau puluhan ribu ringgit.
Ads
Setiap kali ada pasangan yang menimang cahaya mata, pasti Tunku Azizah tidak ketinggalan untuk meraikan dengan melawat dan memberi hadiah.
Terbaru, menerusi laman instagramnya, Tunku Azizah memuat naik sekeping gambar bayi yang merupakan cucu angkat baginda.
Bayi comel berketurunan cina itu diberi nama Audrey Azizah Chua. Momen yang pasti diingati keluarga ini apabila Tunku Azizah memberikan hadiah istimewa berupa selimut yang dikait sendiri oleh Tuanku Permaisuri.
Menerusi perkongsian itu juga, Tunku Azizah memuji kecomelan cucu angkatnya itu. Bertuah badan kan, bukan semua dapat peluang seperti ini. Untung baby Audrey dan keluarganya.
Rata-rata turut bersetuju dengan Tuanku Permaisuri dan memuji si kecil yang cukup comel ini.
Masyaallah. Cute, senyum smp x nmpk mata Ya Allah Cute nyaa cucu tuanku..Alhmdulillah Nicenya blanket🤩 cute baby cucu Tuanku 😍❤️ Cantik sangat blanket tu Tuanku😍
Ads
Comel.. Semangat cucu Tuanku comel…semangat ya cucu tuanku😍 My late mum would call such adorable bulat babies as “My baby tomato” like how she did with my second so. Jared. Congratulations my Permaisuri and the royal family AWWWW CUTE🌈🌻😍nak picit ii je pipi tu,labuh sangat 😍 Comel nya tuanku… Hilang mata dia…. 😍😍😍😍😍😍😍😍😍
Pattern blanket yang simple.. Warna pun soft.. Cantik sangat.. She is the most precious little baby!!! So cute!! And the blankie….Awwww. Pattern blanket yang simple.. Warna pun soft.. Cantik sangat.. 😍 Ya Allah comelnyaa. Pipi nak pergi mana tuh 😆 . Mata mana mata. Masya Allahhhh… geboooo nya cucu Tuanku… ❤️❤️❤️❤️ geraammmm betulllll tgk..
Menjadi kebiasaan pula ada sesetengah antara kita suka berbelanja untuk pastikan sekurang-kurangnya dalam sebulan paling tidak sekali mesti beli pakaian atau barangan baru.
Sedar tak sedar, lama kelamaan satu rumah penuh dengan pelbagai barang dan pakaian baharu tidak digunakan. Akhirnya pembaziran pula yang berlaku.
Oleh itu, didiklah hati untuk tidak membazir dan bersedekahlah dengan apa yang kita ada. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Tuah’Ainil Sufi.
JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAI
Sahabat,
Kita mencari harta dan kekayaan
tidak dilarang dalam agama, mengumpul dan menghimpun kekayaan itu yang dilarang dan tercela.
Peringatan untuk saya, keluarga dan sahabat-sahabat semua juga.. Mungkin ada yang tak tahu, semoga ilmu yang disampaikan oleh ustazah Asma Harun baru ini sama-sama kita dapat manfaatnya.
Check collection kita, keluarkan pinggan mangkuk yang sekadar kita simpan bertahun-tahun, untuk hiasan, pakaian, tudung tudung yang penuh dalam almari, koleksi Telekong yang kita sayang, kasuk kasut, periuk belanga,
Tupperware yang menggunung tersusun cantik, handbag yang berbagai saiz. Langsir-langsir, perabot-perabot yang masih dalam stor sayang nak buang,
Mana yang dah lama kita tak pakai, jangan di simpan. Keluarkan. Itu ada hisabnya sahabat..
Astaghfirullahal’adzim…
Sedekahkan.
Ia sahabat..
Perlu ada limit untuk start beli barang baru. Nak beli yang baru, yang lama terus diberikan,
disedeqahkan pada yang memerlukan. Jangan simpan lama-lama tak guna.
Ataupun boleh jual preloved,
Duit kutipan boleh sedekahkan kepada badan-badan amal.
Bukan tak boleh membeli,
Boleh…. tetapi jangan mengumpul harta.
Kerana kita akan berat Saat dihisab nanti.
Na’uzubillahi min zalik..
Ada suatu Kisah,
Ada seorang fakir miskin,
Ada seorg kaya memberitahu,
kepada sesiapa yang sanggup menjaga kubur ku bila aku mati 30hari 30malam,
Akan mendapat harta2ku.
Seorg yang sangat fakir, menyatakan dia setuju. Sanggup dia gali kubur bersebelahan
kubur si kaya itu. Si fakir ada membuat lubang laluan supaya isterinya boleh menghantar bekalan makanan.
Sepanjang malam,
dia ditanya dengan malaikat melalui sebatang Tongkat yang satu satunya dia ada.
Dia akan membawanya ke mana sahaja.
Malaikat bertanya perihal tongkat si fakir itu,
Mana dpt tongkat itu,…
buat apa dgn tongkat tersebut,…
mana sumber duit beli Tongkat itu,..
Dan macam macam pertanyaan hanya pada tongkat nya sahaja.
Selepas 30 hari dia dikeluarkan.
Ada seorang memberitahu,
“kamu dah layak dpt harta arwah si kaya ini.
Kerana kamu berjaya duduk 30hari bersebelahannnya.
Dan di fakir itu berkata,
“Sesungguhnya Aku tidak mahu sedikit pun harta org kaya tersebut.
Sesungguhnya tongkat aku sahaja dihisab begitu lama.
Apatah lagi orang yang banyak harta,
tak tahu bagaimana hisabnya di dalam kubur, apatah lagi di Mahsyar.”
Si fakir menolak semua yg sepatutnya
menjadi miliknya hanya kerana takut dihisab dari sehalus2 perkara, hingga sebesar2nya.
Subhanallah
Allahu Akbar…
Jom sahabat,
Usaha sama-sama untuk beriman dengan nama Allah Ya HASIB, Allah Yg MAHA Menghisab…
Hitungannya sangat halus…
Cuba kita hitung sendiri.
Di dapur sahaja ada berapa banyak set pinggan kita yang tak berguna.
Tuppuware kita yang tersimpan rapi,
periuk berset-berset.
Tudung 30color patern lama, masih tak keluar lagi yang lama
Dah masuk lagi koleksi baru,
Makeup kita berkotak kotak,
Pakaian kita yang beralmari2, pakaian dinner yang sekali sahaja guna tapi kita simpan bertahun2..
sayang nak bagi orang,
“Hisab lah diri kamu sebelum kamu dihisab.
Barangsiapa menghisab mengira dirinya
Saat Dia di dunia, maka ringan lah Saat dihisab di Akhirat kelak.”
Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab, ampunkanlah kami, kami tak tahu…
Sahabat,
Sedekah kita yang bermanfaat adalah ketika kita Hidup. Dan ketika kita sedang sihat.
Duit dalam bank bukan duit kita, duit yang kita infaq adalah duit kekal kita di sana.
Contoh, kita beri kain batik arwah mak pada orang. ” kita syukur, dapat pahala mak, bila orang guna”
Tidak… ,
bila mak sudah mati harta itu bukan mak punya. Sudah Terputus.
Itu tidak dikira sedekah nya..
Allahu Akbar
Yang kita pakai dan kita sedekahkan itulah yang bermanfaat, yang hanya jadi simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di hisab. Yang akan Menyusahkan diri kita sendiri..!!!
Baju yang dah tak elok jangan beri..
Bagi yang masih elok. Dah keluarkan collection2 lama, baru boleh plan limit nak beli yang lain.
Kerana setiap yang kita simpan tak guna bertahun tahun itu juga akan dihisab setegas tegasnya…
Moga Allah ampunkan kita semua kerana tak tahu dan perbaiki Kekurangan lalu.
Setiap pasangan suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Barulah rumah tangga aman bahagia, marriage goals bak kata orang zaman sekarang.
Namun, semua yang berlaku atas izinNya, sebagai hambaNya, kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang, namun yang pasti perancanganNya adalah yang terbaik.
Mungkin semalam kita ketawa bahagia, pagi ini kita menangis kesedihan dek kehilangan insan tersayang. Yang pasti, semua yg jadi milik kita adalah pinjaman semata-mata tiada yang kekal abadi.
Lelaki bernama Khairul Abdullah berkongsi kisah selepas kepulangan isterinya ke Rahmatullah awal Ogos yang lalu. Beliau meninggal akibat jangkitan kuman yang menyebabkan kegagalan organ. Arwah meninggalkan suaminya bersama tiga cahaya mata mereka yang masih kecil, Khaleef, 4 tahun, Khaleel, 3 tahun dan Khaleed 7 bulan.
Di dalam perkongsian tersebut, beliau bercerita tentang arwah isterinya yang sedari awal mempersiapkan dirinya dalam menguruskan hal-hal rumah tangga.
Saya bernasib baik. Tanpa sedar, isteri telah mempersiapkan saya bagi menghadapi saat ini.
Saya sering diajak untuk mengemas rumah bersama. Saya vakum, dia mop. Saya susun buku, dia lap meja, saya cuci toilet, dia kemas katil dan seterusnya begitulah.
Rutin mengemas diganti-ganti. Jadi saya tahu dan pernah buat kesemuanya.
Adakah dia sedang mempersiapkan saya
Dia sering inginkan masakan yang dimasak di rumah. Keistimewaanya adalah memasak lauk pauk. Namun saya sering diminta masak masakan laian seperti laksa, segala jenis mee dan juga kek. Itu kebolehan saya.
Ketika dia mengandungkan Khaleef, kami jauh di perantauan. Memang takde peluang nak nikmati segala masakan sewaktu bulan puasa.
Macam-macam diinginkan dan habis segalanya saya kena masak, dari murtabak ke roti jala, dari sate sehingga ke soto dan segala jenis masakan.
Lalu saya handal memasak. Saya champion. Saya boleh memasak apa sahaja.
Memang dia sedang mempersiapkan saya
Anak sulung kami Khaleef sayalah yang menjaganya sejak di hospital lagi. Nurse memanggil saya untuk mengajar cara menguruskan bayi seperti membasuh berak, memandi dan memakaikan lampin.
Di Jerman memang begitu, suami harus belajar menguruskan anak.
Kebetulan saya seorang freelance yang mempunyai kontrak pekerjaan secara fleksible. Peluang tersebut saya ambil untuk menjaga Khaleef sepenuh masa.
Jadi saya belajar dan praktik lalu jadi pandai apabila melakukannya setiap hari. Saya sangat cekap dan tidak kekok menguruskan bayi.
Masuk anak kedua saya bertambah pandai. Masuk anak ketiga maka saya dah jadi champion.
Memang dia sedang mempersiapkan saya
Anak-anak diajar untuk duduk di dalam carseat sejak hari pertama keluar dari hospital. Walaupun anak menangis dia tidak mahu mengambilnya walaupun saya suruh begitu.
Katanya anak harus dididik, nanti mereka tiada disiplin. Walaupun kesian melihat anak menangis namun dia mahu hati saya keras di dalam mendisplinkan anak.
Memang benar, dia sedang mempersiapkan saya.
Apabila berseorangan begini menguruskan anak ke sekolah atau ketika keluar dari rumah ianya sangat membantu. Bayangkanlah kalau anak jenis tak duduk dalam carseat?
Macamana saya nak bawa baby? Macamana dengan si abang dan adik yang bakal melompat dan bergaduh di belakang? Pasti menganggu tumpuan pemanduan saya.
Jadi saya bernasib baik. Semua yang saya belajar, amalkan dan didik pada anak-anak rupanya sangat berguna untuk saya hari ini.
Sememangnya dia sedang mempersiapkan saya.
Katanya kami perlu ada dryer di rumah. Tak perlu lagi jemur pakaian. Nanti dengan anak yang bertambah, jumlah pakaian bertambah dan kerja nak membasuh jadi semakin berat.
Dan memang benar. Kerja-kerja laundry jadi sangat mudah. Namun kerja melipat dan menyusun masih lagi berat. Dia tidak mahu saya buat katanya saya seringkali gagal mengikut prosedur dan spesifikasi yang telah dia tetapkan.
Namun dia sering mengajak saya meneman dia ketika melipat dan menyusun pakaian. Yang pakaian begini harus disusun begini di dalam almari ini. Yang ini pula harus begini dan seterusnya. Semuanya bersistem dan ianya sangat memudahkan.
Dan hari ini, walaupun adik yang datang ke rumah tolong melipat pakaian, ianya tetap disusun seperti sistem yang telah ditetapkan. Mudah untuk saya mencari pakaian terutaman pakaian anak-anak yang saya perlu siapkan setiap pagi.
Sememangnya dia telah mempersiapkan saya
Beberapa minggu sebelum pemergiannya dia ada memberitahu saya tentang fail-fail setiap urusan rumahtangga dari fail anak-anak, schedule vaksin, akaun bank, akaun tabung haji, di mana letaknya segala dokumen dan pelbagai maklumat pengurusan kewangan yang perlu saya tahu.
Alhamdulillah, hari ini semuanya saya tahu. Semuaya tersusun kemas di dalam fail dan di dalam rekod excel yang dia buat. Semua login serta password akaun media sosial, perbankan, email dan sebagainya saya tahu.
Dengan mudah saya menutup semua akaun media sosial beliau dan juga akses ke akaun perbankan dan akaun-akaun online yang lain.
Akhirnya, memang saya telahpun bersedia.
Pemergiannya sangat mengejutkan. Saya dan anak-anak sentiasa redha yang jodoh kami dengannya hanya setakat itu sahaja.
Hidup perlu diteruskan bagi menunaikan amanahnya.
Ramai orang kagum bagaimana saya melakukannya. Seorang lelaki yang perlu menjaga 3 anak kecil yang seorangnya masih lagi bayi.
Bolehkah dia tukar lampin? Bolehkah dia beri susu? Bolehkah dia beri makan? Bolehkah dia tidurkan anak-anaknya? Bolehkah itu, bolehkah ini dan macam-macam lagi.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...