Unik Ayah Ini Tunjuk Kasih Sayang, Sanggup ‘Redah’ SPM Untuk Beri Semangat Pada Anak.

Share

Setiap ibu bapa, memiliki cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak mereka. Seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya.

Siapa sangka, seorang ayah sanggup korbankan masa demi kejayaan akademik anaknya.
Sebagaimana laporan Harian Metro, Zulkifl Md Pungot sanggup menduduki semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

Lebih menarik, sebenarnya ini bukan pengalaman pertamanya, dia pernah menduduki semula peperiksaan SPM bagi calon subjek Matematik sebanyak 22 kali sejak 2011. Manakala tahun 2016 dengan anak sulungnya

Dia juga pernah menjadi calon SPM bagi subjek Matematik pada 2016 dengan anak sulungnya, Puteri Nur Nabilah, 23, yang kini penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Makanan dekat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.

“Ini cara saya beri kekuatan kepada anak supaya dia berasa ada pesaing terdekat dan lebih bersemangat serta bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik bagi mendapat keputusan cemerlang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

 

Dalam pada itu,  Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Rahman Andak (SDARA) ini turut meminta anaknya itu mengajak rakan lain yang lemah dalam subjek Matematik dan tidak mampu mengikuti kelas tuisyen luar untuk belajar bersama.

“Saya adakan kelas pada setiap malam Ahad, Isnin dan Selasa bermula jam 8.30 hingga 10 malam.

“Inisiatif itu bertujuan membantu anak dan rakannya menjelang peperiksaan serta pada masa sama ulang kaji untuk diri sendiri walaupun saya seorang guru Matematik.

“Bagi subjek Bahasa Inggeris pula, saya belajar di Youtube dengan menonton video berkaitan kemahiran bertutur, mendengar dan menulis di saluran itu,” katanya.

Di uji covid-19

Dalam pada itu, dia dan anaknya diuji dengan Covid-19 sebelum sempat menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris. Namun bersyukur setelah akhirnya dapat menduduki sesi kedua peperiksaan bagi subjek itu semalam.

“Sepatutnya, saya dan anak menduduki peperiksaan subjek Bahasa Inggeris kertas 1 dan 2 pada 3 Mac lalu.

“Ditakdirkan, saya positif Covid-19 pada 26 Februari lalu sementara anak serta isteri (Tentay Muhamad Sam, 45) pula menjadi kontak rapat sebelum mereka juga disahkan positif Covid-19 pada 1 Mac.

“Saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah dan bersyukur kerana sudah sembuh dan berpeluang menduduki peperiksaan sesi kedua semalam,” katanya.

  Sumber: Harian Metro

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz