Genap tiga minggu bergelar bapa, Remy Ishak mengumumkan nama putera sulungnya, Tuah Alam.
Remy mengumumkan nama anaknya itu melalui entri di Instagram (IG) yang memaparkan klip video program Oh Baby Remy, semalam.
Dalam hantaran itu, Remy memberitahu, dia dan isteri, Ezza Yusof bersetuju menamakan anak mereka, Tuah Alam.
Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 41, berkata, dia mahu nama anak mempunyai unsur Melayu.
“Ketika saya bujang dahulu, saya terfikir hendak letak nama anak yang ada unsur Melayu. Saya sudah berbincang dengan Ezza, dia setuju. Apabila saya beri nama itu, dia terus okay.
“Selain Tuah Alam, kita ada letak beberapa nama lain seperti Tuah Arjuna dan Tuan Alexander. Kenapa Alexander? Sebab saya ada baca buku Alaxander Zulkarnain mengenai agama.
Ads
“Tetapi, akhir sekali, kita ‘lock’ Tuah Alam. Ada sebab kenapa pilih nama Tuah. Ia bukan semata-mata nama pahlawan Melayu dulu-dulu,” katanya.
Pada masa sama, Remy berkata, ada sebab tersendiri mengapa beliau memilih nama Melayu berbanding Arab, selain percaya nama Tuah Alam mampu memberi aura positif kepada semua orang.
Ads
“Ada orang yang nak letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi, bagi saya, kenapa tak letak nama Melayu terus?
“Tuah adalah tuah atau ‘luck’. Jadi, daripada pakai nama Arab, saya pakai nama Melayu.
Ads
“Alam itu sangat peribadi kepada saya. Ketika itu, saya baca al-Quran selepas solat. Jadi, Alam itu saya dapat ilham daripada ayat pertama surah al-Baqarah.
“Nama ini adalah gabungan huruf alif, lam dan mim. Bila digabungkan, jadilah Alam,” katanya.
Pada 27 Julai lalu, Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 11.17 pagi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Remy dan Ezza yang juga ahli perniagaan, mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun berkenalan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis berkenaan kelakuan tidak bermoral bapa kandungnya dalam sebuah podcast benar-benar mengejutkan pelbagai pihak.
Hal ini turut menarik perhatian Datuk Fazley Yaakob dan sekali gus meluahkan rasa kecewaannya mengapa tiba-tiba soal membuka aib yang ditegur bertalu-bertalu.
Buka Aib? Allahuakbar.. benda ni susah nak di perkatakan tanpa ada pihak yang melukakan dan dilukai.
Saya pun ada anak perempuan dan saya sering berdoa seperti semua ibu bapa lain agar anak2 saya membesar dengan sempurna tanpa ada masalah2 besar dan dugaan berat. Namun usaha dan ketentuan adalah dua perkara yang berbeza.
Ramai yang bertanya pada saya, apa pendapat saya mengenai soal aib dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Saya mohon, baik pengamal undang-undang atau pakar agama, tak usahlah menunjukkan perbalahan pendapat sesama sendiri mengenai sesuatu yang terlalu sensitif di bincangkan secara terbuka. Yang pastinya, seorang anak perempuan secara terang dan nyata, “terpaksa” memillih medium media sosial untuk bercerita kerana telah terlalu lama tersiksa dan terlalu lama memendam rahsia.
Yang saya sendiri kecewa sebagai seorang bapa ialah, mengapa tiba-tiba soal membuka aib yang ditegur bertalu-bertalu. Kita semua sedia maklum perjalan berliku yang dihadapi oleh si anak ini.
Google sahaja kisah-kisah lama beliau, telah ada rentetan cerita yang boleh kita jadikan iktibar mengapa secara tiba-tiba beliau memuntahkan kisah hitam dari sudut pandangan beliau sendiri.
Mengapa ada pihak yang bersungguh-bersungguh membangkitkan soal “membuka aib”? Tolong lah dia! Help her first! Its a cry for help! Orang dah jatuh , kita pijak-pijak pulak dia? Baru nak tanya mengapa bukak cerita ni sekarang? Part ni saya sangat kurang faham dan tak setuju. Tak perlulah kita bercakaran soal dia membuka aib, yang perlu kita usahakan ialah, pastikan dulu ceritanya betul dan kemudian badan berwajib usahakan langkah-langkah dengan teliti dan efektif.
Maaf para ustaz, saya tetap hormat semua ilmuwan agama, saya hanya insan yang jahil. Maaf juga para peguam-peguam hebat, saya hanya orang yang cetek ilmu undang-undang.
Namun janganlah kerana seekor gajah dan seekor badak sumbu beradu tanduk siapa yang paling hebat, terpijak pula anak kucing yang sedang terluka leher di gigit bapaknya.
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik anak. Ada yang menggunakan pendekatan lembut tak kurang juga yang memilih cara yang tegas. Namun apa pun cara, itu adalah kerana mahu melihat anak-anak menjadi manusia berguna dan berjaya apabila dewasa kelak.
Bagi pelakon dan pelawak, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, bapanya seorang yang tegas dan ia menjadikannya lebih inspirasi untuk berjaya. “31 Disember setiap tahun, selamat ulang tahun Abah…
“Wajah yang bila aku lihat , terbayang, dah aku sentiasa ingat untuk membantu aku terus rasa semangat ..
Berkongsi kenangan dan kisah ketika waktu kecil, Achey dalam pada itu turut mendoakan kesejahteraan ayahnya
“Semoga abah terus dalam lindungan Allah, sentiasa sihat dan di berkati setiap detik yang abah lalui. Terima kasih mak kerana sentiasa di samping abah ..
“Aku ingat paip getah, kayu 2’4 , ekor anak pari, rotan halus, dan penampar sulong Abah yang menjadi inspirasi setiap langkah kejayaan ku kerana aku percaya ketika abah berbuat demikian dia semai dengan doa harapan untuk aku menjadi manusia yang baik.
“Walaupun hakikatnya anak abah ni kurang cerdik. Achey sayang abah!” jelas anggota kumpulan Bocey itu yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Achey memuat naik beberapa foto bapanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri pilihan hati adalah penyejuk hati suami walaupun apa jua masalah yang mendatang. Biarpun onak duri, namun kebahagian rumahtangga tetap dijaga utuh. Ia sekali gus menyenari sebuah hubungan suami isteri yang erat dengan penuh kasih sayang. Bagaikan kasih suami membawa BAHAGIA, kasih isteri membawa ke SYURGA.
Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami. Mungkin anda jugalah penyebabnya. Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya.
Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:
1. Mengambil berat tentang penampilan suami
Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya.
Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.
Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.
Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari.
Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu.
Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.
Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari.
Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.
Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.
Ini bukan hendak menjadikan anda hamba.
Sesetengah isteri memang merasakan begitu.
Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis,
Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”
2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil
Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?
Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu.
Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’.
Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru.
Minta dia tunggu sebentar.
Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.
3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami
kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan.
Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.
Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman.
Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.
Rugi ke senyum?
4. Layan suami seperti raja
Sesetengah suami suka dilayani seperti raja.
Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali.
Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.
5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami
Lelaki kadang-kadang suka dipuji.
Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya.
Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami.
Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu.
Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”
Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.
6. Jangan berleter!
Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya.
Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga.
Mana ada suami yang suka isterinya berleter.
7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan
Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing.
Ini pun ada disebut dalam hadis.
Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.
Thabit al-Banni berkata,
Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”
8. Tingkatkan ilmu pengetahuan
Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi.
Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi.
Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa.
Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri yang berstatus begini.
Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.
9. Jangan terlalu kuat membangkang
Jangan kuat membangkang pendapat suami.
Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang.
Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu.
Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.
Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja.
Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri.
Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami.
Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.
Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat.
Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.
10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran
Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran.
Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku.
Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.
11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan
Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.
Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.
12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif
Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.
Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi.
Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya.
Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini.
Berikan warna-warna yang digemari oleh suami.
Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.
13. Elakkan gangguan
Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu.
Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur.
Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal.
Kecilkan suara tv.
14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada
Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada.
Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri.
Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat.
Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.
15. Jangan kuat merajuk
Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah. Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk.
Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?
16. Beri pendapat bila ditanya sahaja
Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan.
Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram.
Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.
17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami
Selalu merangsang prestasinya.
Kalaupun ia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu.
Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi.
Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.
Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami.
Semuanya memainkan peranan yang penting.
Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.
Sumber: akuislam.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di