Ungku Ismail Jelaskan Sebab ‘Kaburkan’ Wajah Anak, “Saya Bertanggungjawab Melindunginya…” Pasangan pelakon Ungku Ismail dan Nad Zainal mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak mahu berkongsi wajah anak mereka kepada umum.

Ungku Ismail Jelaskan Sebab ‘Kaburkan’ Wajah Anak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, pasangan itu dilihat meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka, Ungku Indra Puteh Al Maajid yang kini berusia setahun.

Kelihatan Ungku Ismail dan Nad mengaburi wajah putera mereka pada setiap gambar yang dikongsikan.

Ungku Ismail Jelaskan Sebab ‘Kaburkan’ Wajah Anak, “Saya Bertanggungjawab Melindunginya…” Ungku Ismail Jelaskan Sebab ‘Kaburkan’ Wajah Anak, “Saya Bertanggungjawab Melindunginya…” Ungku Ismail Jelaskan Sebab ‘Kaburkan’ Wajah Anak, “Saya Bertanggungjawab Melindunginya…” Ungku Ismail Jelaskan Sebab ‘Kaburkan’ Wajah Anak, “Saya Bertanggungjawab Melindunginya…” Ungku Ismail Jelaskan Sebab ‘Kaburkan’ Wajah Anak, “Saya Bertanggungjawab Melindunginya…” Ungku Ismail Jelaskan Sebab ‘Kaburkan’ Wajah Anak, “Saya Bertanggungjawab Melindunginya…”

“Saya Bertanggungjawab Melindunginya…”

Ungku Ismail menjelaskan bahawa tindakan dia dan isterinya adalah untuk menghindari daripada perkara yang tidak baik berlaku kepada putera mereka.

Rata-rata dah kenal dan tahu tentang ‘Sharrul Ain’, tetapi masih ada yang tertanya tanya kenapa block dan blur muka anak.

Saya bertanggungjawab untuk melindunginya dengan cara yang lebih tepat berdasarkan ilmu dan syariah ketika dia masih bayi lagi.

Ungku Ismail menegaskan dia mahu menjaga privasi keluarga dan kehidupan peribadi mereka bukanlah untuk dipertontonkan kepada umum.

Ads

Kami kongsi seadanya, sekadarnya.

Begitu juga dengan kehidupan kami yang sewajibnya peribadi bukan hiburan umum untuk disoal jawab.

Benda yang sudah berlaku mungkin tersirat aib dalam penjelasan, maka sebaiknya jangan ditanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan tindakan pelakon drama Syurgamu Ramadhan itu.

Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Cahaya mata sulung pasangan pelakon itu dilahirkan pada 10 Oktober 2023.

Ads

Sekadar info, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.

Bersama bekas suaminya, Nad mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Nad Zainal

Baca artikel lain juga: Cantik Sungguh, Naik Seri Setahun Kahwin, Nad Zainal & Ungku Ismail Naik Pelamin Dengan Anak!

Terkejut, Nikah Baru Sebulan Nad Zainal Rupanya Bunting Pelamin, Ungku Ismail Kongsi Cerita!

Ads

Alhamdulillah Nad Zainal Sah Jadi Isteri Ungku Ismail! Terima Mas Kahwin RM1,000

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI