“Umur Dah 60 Tahun, Jual Tin Dapat RM10 Sehari.” Aliff Syukri Kongsi Kisah Warga Emas Kutip Tin & Botol Kosong Demi Sara Hidup!

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam usia yang melebihi separuh abad, warga emas ini masih lagi memerah keringat mencari rezeki demi sesuap nasi.

Walaupun hasil yang diperoleh tidak seberapa, namun itu sudah disyukuri kerana sekurang-kurangnya dapat juga membuatkan dapur mereka berasap.

Kisah sepasang suami isteri yang mencari rezeki dengan mengutip tin dan botol kosong untuk dijual ini dimuat naik menerusi laman instagram Dato Seri Aliff Syukri.

Dia yang berkesempatan menemui warga emas itu melahirkan rasa sedih sayu melihat kehidupan pasangan suami isteri tersebut yang terpaksa mencari rezeki dalam keadaan diri sudah uzur.

Pakcik jangan sedih..pakcik kena kuat demi keluarga🤲🤲

Sayu Dan sedih melihat nasib pak cik ini bersama seorang isteri yang hidup bergantung kepada Tin Dan juga Botol Kosong…tapi sy puji sbb mereka rajin mencari rezki halal.

Lebih menyedihkan, hasil jualan tin dan botol kosong itu tidak seberapa, hanyalah RM5-10 sehari.

Saya memberhentikan kereta dan sempat berborak dengan pak cik ini berkenaan dengan beliau. Beliau sudah tidak larat sbb sbb dah berumur 60Tahun..

Bayangkan dengan RM 5 ke RM 10 sehari, apakah yang boleh dilakukan. Dengan sewa rumah perlu dibayar RM 200 hingga RM 300 . Beliau juga cakap pada musim covid ni lagilah teruk dan terjejas…

Lebih menyentuh hati suami kesayangan Datin Shahida ini adalah, tatkala melihat wajah tua warga emas tersebut, Aliff Syukri terbayangkan arwah ayahnya sendiri.


.
Apabila saya melihat nasib pak cik ini, saya amat bersimpati saya teringat kepada Arwah Abah sy yg dah tua.. dan sebab itulah saya mengulurkan sedikit rezeki apa yang saya ada dan sokongan daripada anda semua yang membeli produk @dherbsholdingshq dan @as.legacymalaysia saya dan tudung saya @as.hijabofficial untuk saya berikan kepada mereka.


.
Kepada anda di luar sana yang ingin menyalurkan sumbangan, anda boleh hubungi No Tel yg sy beri ini.. Dan kepada anda yang memerlukan bantuan daripada saya untuk anda membantu anda tetapi saya perlu cari orang yang betul-betul susah boleh DM Kepada pada saya atau Manager saya @iwan_utaraa akan bawa sy utk bantu anda

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster