Umur Dah 51, Bacaan Kolesterol ‘Cantik’, Rupanya Ini 10 Amalan Yang Selalu Buat

Share

Menjaga kesihatan amat penting bagi semua  orang. Ia membantu mengelak serangan pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung.

Namun untuk kekal sihat bukan suatu yang mudah. Ia mempunyai kaitan dengan cara hidup.

Sebagaimana perkongsian Dr Mazliana Mazlan. Boleh jadi panduan untuk kekal sihay.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Bacaan kolesterol baik hanya 1.18

Jarang-jarang sekali saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni.

Beliau tiada apa-apa masalah kesihatan, tidak mengambil apa-apa ubatan. Saya kira, mungkin hanya akan jumpa 1 dalam 50 orang saja tahap kolesterol cemerlang begini.

Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut dari beliau.

Umur dah 51 tahun, tapi nampak macam 40-an saja usianya. Badan yang fit, cergas dan awet muda lagi.

Saya kongsikan di sini 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.

1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.

2. Nasi hanya makan 1 kali sehari, cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk mengenyangkan.

3. Makan bila lapar, bukan makan bila ada makanan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.

4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.

5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tapi beliau tak minat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.

6. Jarang sangat ambil air manis. Seminggu sekali pun susah.

 

 

7. Sentiasa ada buah-buahan di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut.

8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk lihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau usaha belajar dan cari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.

9. Beliau tak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi.

10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita.

Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.

Seawal beliau masuk ke bilik, saya siap tanya lagi, “Encik makan ubat kolesterol ke?” Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi pula saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.

Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu kita contohi.

Sumber: Mazliana Mazlan

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club