Bila Umur Cecah 40an, Amalkan Petua Ni Untuk Hilangkan Bintik-bintik Hitam Di Wajah!
Semakin usia meningkat, perubahan fizikal juga akan menunjukkan perubahan termasuk tanda-tanda penuaan yang jelas terlihat pada kulit wajah. Selain adanya garis-garis halus di wajah, masalah bintik-bintik hitam atau jeragat juga biasanya akan muncul di usia 40an.
Mengatasi masalah tersebut, bolehlah diamalkan dengan cara alami terutamanya dengan menggunakan lemon. Jika anda ingin tahu, lemon kaya dengan vitamin C yang mampu memudarkan tanda-tanda bintik hitam pada wajah. Malah dengan menggunakan lemon secara konsisten akan menjadikan wajah terlihat lebih bersih dan berseri.
Nak tahu bagaimana, ayuh baca perkongsian daripada perkongsian di fb milik Lelawati Lela yang sering dilihat gemar berkongsi pelbagai petua di media sosial. Jom semak.
HILANGKAN PARUT DAN BINTIK HITAM
Hai korang.Ingat Kekla lagi tak? Hehe pagini Kekla nak bagi korang satu petua yang senang sesangat untuk hilangkan parut dan bintik-bintik hitam kat muka. Yang pasti bahannye semulajadi dan selamat.
Caranya mudah sangat, korang belah 2 lemon tu kemudian amik lemon yang sebelah je perahkan untuk dapatkan jusnya.
Then, amik jus lemon tadi sapukan pada kulit muka korang yang berparut dan bintik-bintik tu.
Oh ya sebelum Kekla terlupa, buat ni selepas korang cuci muka tau! Jangan pulak muka penuh dengan mekap korang pergi sapu jus lemon tu. Sebab ade yang tanya. So Kekla kena la jawab kan.
Ads
Kemudian biarkan selama 10-15 minit lepas tu boleh bilas dengan air suam dan keringkan muka pakai tuala yang kering dan bersih.
Buatlah 3x seminggu ye tapi nak nampak kesan tu amik masa sikit almaklum bahan semulajadilah katakan.
Lemon mengandungi Asam Alpha dan Askorbat-L yang dapat membantu mengurangkan parut jerawat serta dapat membantu membersihkan liang pori. Lemon juga dikenali sebagai agen menghilangkan parut atau bintik hitam pada wajah.
Okey korang try la buat ye mudah-mudahan parut dan bintik hitam kat muka tu pudar atau hilang.
Memiliki kulit cantik, bersih dan mulus sebenarnya menjadi idaman semua wanita.
Namun nak dapat kulit cantik kena usaha. Begitu dengan menjaga kulit wajah. Bagi wanita yang berusia biasanya mengalami masalah jeragat. Ia menyebabkan wajah kelihatan kusam.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah jeragat adalah menggunakan bahan secara alami. Sebagaimana perkongsian ini.
Hanya menggunakan 4 bahan je. Ikuti perkongsian ini.
Petua hilangkan jeragat
Bahan-bahannya:
Guna 4 bahan je
Beras
Kunyit hidup
Limau nipis
Putih telur
Cara-caranya:
1. Ambil segenggam beras kemudian rendam semalaman.
2. Toskan dan tumbuk sehingga halus dengan seinci kunyit hidup.
3. Lepas tu gaulkan bahan-bahan tadi dengan putih telur dan sedikit air perahan limau nipis.
Dah gaul semua bahan-bahan tadi tu bolehlah disapukan pada wajah sebagai masker, lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
Pakai dalam 15minit pastu dah boleh cuci macam biasa. Terpulang nak pakai malam atau siang ikut sempat korang. Kalau siang tak sempat, pakai malam. Begitu jugak sebaliknya.
Selamat mencuba.
Hasil kreativiti benda simple pun nampak menarik. Bukan tu je, dapat jimatkan kos lagi kalau buat sendiri kan.
Seperti yang dikongsikan oleh saudara Atam Ayu. Dia bersama isteri berkongsi cara dan tips mudah untuk buat sendiri meja bar yang sangat sempurna dan mewah sesuai untuk ruangan dapur di rumah.
Pecaya tak kome kos kaunter table bar maktam ni kos tak sampai pun 150.00? Meh maktam share
.
Sebenarnya maktam dah lama teringin nak buat bar table ni kat rumah singgah maktam ni.. duk riki hat ikea ok gak.. tapi ikea jauh lepastu maktam takde transport pula nak bawak top dia hat beso2 tu..kiki
.
So maktam buat la sendiri..berbekalkan imaginasi maktam dan paktam realisasikan.
.
Biasalah isteri sentiasa jadi mandor..
.
Ok ni bahan² dia..
.
Papan playwood 12mm 2×4 = 17.50
2 batang kayu inci 2×1 panjang 6kaki= 5.00
5 shelves compactment = 59.90 tesco
Kaki sofa = 2.50/ beli 4 = 10.00
Wallpaper marble jenis pvc = 6.60 semeter
Sesiku L = 2.00
Cat kayu =36 .00
Ketahui rahsia mendapatkan perut yang kempis dan tidak gelebeh dengan mengamalkan petua istimewa ini.
RAHSIA KEMPISKAN PERUT HANYA DENGAN 2 BAHAN JE.
Selamat pagi semua. Dah sarapan kan? Pagini Kekla nak share dengan korang satu petua yang korang pasti suke. Nak tau tak? Angkat tiak sape nak tahu tu
Ok petuanya ialah kempiskan perut dengan 2 bahan je.
3 biji epal hijau
5 batang serai
Cara buatnya :
1. Mula-mula korang potong dulu buah epal tu. Tak kisah la nak potong camne janji potong.
2. Lepas tu titikkan serai dan masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk yang telah diisi dengan 1 liter air.
3. Korang masaklah sampai epal tu jadi lembik. Bila dah lembik, boleh tutup api.
4. Tunggu dah suam-suam baru boleh minum. Buatlah setiap hari pagi sebelum sarapan.
Di sini Kekla kongsikan beberapa khasiat tentang minum air rebusan epal dan serai.
1. Keluarkan angin dalam badan
2. Menghilangkan sakit-sakit badan dan urat
3. Meringankan tubuh badan
4. Menghilangkan sakit tumit
5. melegakan sakit lutut
6. Mengurangkan kolesterol
7. Menjadikan kulit semakin cerah
8. Berasa cepat kenyang
9. Kempiskan perut
10. Turun berat badan
11. Dan awet muda
Ok itulah serba sedikit tentang khasiat epal hijau dan serai.
Kalau rasa suka dengan petua yang Kekla bagi ni, tekanlah butang like dan silakan share jika rasa bermanfaat.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.