“Umur Bukan Penghalang.” 37 Tahun Tinggalkan Dewan Peperiksaan, Dua Sahabat Baik Kembali Demi Segulung Ijazah Di Unisza

Share

Kata pepatah, raihlah ilmu walaupun hingga ke negeri China. Dan setiap hari adalah hari kita belajar terutamanya mengenai kehidupan.

Ilmu takkan pernah buat kita rugi malah ilmulah yang membantu kita dalam menaikkan martabat diri.

Tahun lalu, tular mengenai 2 sahabat baik iaitu R Ramesh, 56 tahun dan M Krishnan, 77 tahun yang kembali menjejaki medan ilmu untuk mengikuti kursus Sarjana Muda Undang-undang selama empat tahun universiti di (UniSZA), Terengganu.

[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung

[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL

Baru-baru ini, dua warga emas dilihat telah menduduki peperiksaan akhir semester pertama mereka di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu.

Mereka menduduki peperiksaan ‘Pengenalan Teknologi Maklumat’ di Dewan Gemilang di kampus Gong Badak pada hari Jumaat, 3 Februari, bersama kumpulan mereka yang lain.

Pihak universiti berkata, mereka berdua telah menjadi kawan baik apabila mereka bersama-sama menjadi pelajar semula setelah sekian lama tidak bersekolah.

“Kali terakhir saya menduduki peperiksaan ialah 37 tahun lalu pada 1986 untuk STPM, dan hari ini saya kembali ke dewan peperiksaan untuk peperiksaan sarjana muda saya,” kata Ramesh.

“Saya sudah lama tidak belajar jadi sudah pasti ada masalah menyesuaikan diri pada awalnya, tetapi pensyarah dan rakan sekelas saya banyak memberi sokongan dan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Krishan yang berusia 77 tahun berkata, walaupun sukar membahagikan masa antara pelajaran dan keluarga, dia tetap berusaha untuk memenuhi impiannya menjadi seorang peguam.

“Saya membahagikan masa dengan baik antara keluarga, kerja dan kelas, dan untuk peperiksaan akhir ini, saya berharap dapat melakukan yang terbaik dan lulus dengan cemerlang,” katanya.

Semoga kisah ini dapat memberi manfaat dan inspirasi buat semua pembaca Keluarga agar tetap mementing pendidikan dalam kehidupan.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club