Setiap dari kita pasti mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Melihatkan saudara mara dan rakan-rakan berpeluang ke sana, hati turut berkongsi kegembiraan, sekali gus mengharapkan suatu hari nanti pasti tiba giliran kita.
Perkongsian seorang ibu ini nyata cukup menyentuh hati. Leeza Sweet di dalam laman facebooknya mengenai kisah doa anak kecilnya yang ingin sekali menunaikan umrah. Biarpun baru berusia 5 tahun waktu itu, namun Putri Marissa sudah belajar menghafal dan sudah boleh bersolat demi mahu menunaikan umrah.
Sesungguhnya Allah maha mendengar! Doa anak-anak kecil itu makbul! Kesungguhan Putri Marissa yang dipanggil Adek itu akhirnya membolehkan dia menunaikan umrah bersama ibu bapanya.
Jom kita baca dan sama-sama mendapat manfaat.
Ada bicara yg ingin ku kongsikan bersama sahabat…. Mac tahun lepas… 2016 semasa aku bersiap2 utk packing barang2 umrah si kecil mendatangiku….
“Mama, adek nak solat mama dengar ye bacaan solat adek betul ke tidak….”
“Okey…”
Dia pun mulai solat dari al-fatihah, qul, rukuk, sujud, tahyat, awal dan akhir… semuanya betul. MasyaAllah anakku dah pandai solat…. bisikku dlm hati….
.
Tiba tang doa….
“Ya Allah Ya Tuhanku…. Bagilah mama & papaku kaya supaya mereka boleh bawaku pergi umrah!” Airmataku dah bergenang di kelopak…. Namun masih ku tahan di depan dia.
.
Kemudian dia salam tanganku, dia peluk ku erat! Masa tu dia bisik ditelingaku…
“Mama adek da pandai solatkan.” Aku angguk saja.
“Jadi esok adek boleh ikut mama pergi umrahkan?”
Aduh! Jiwaku tersentuh! Aku terus menangis tak tertahan lagi. Sebab esok mama dah nak pergi. Mama tak boleh bawak adek.
.
Semasa aku niatkan nak pergi umrah hanya kami berempat. Kerana kesuntukan masa planning hanya 3 bulan. Dan aku tak niatkan untuk sweetmarissa sebab dia kecil lagi baru 5 tahun nak masuk 6 tahun. Dan alasan yang kuberikan pada dia sebab “adek belum pandai solat, kalau dah pandai nanti mama bawak adek pergi umrah.”
.
Rupanya alasan itu terkesan d hatinya. Dia belajar solat n hafal bacaan2 itu di sekolah sungguh2. Kerana ingin turut serta. Namun esok mama dah nak pergi sayang… Tak sempat nak buat apa2.
.
Semasa lambaiannya d KLIA hati ku meruntun…. Hiba x dpt bawa dia sama.
.
Sampai je di kota madinah…. Ya Allah ramainya budak2 sebaya dia… Aku sangat2 terbayang dia di sana sini….
.
Ya Allah berikanlah aku rezeki untuk ku bawa Putri Marissa Ruqsana ke sini tahun hadapan.
Dan kerana dia kami ke umrah sekali lagi tahun ini. Sesungguhnya Allah maha mendengar! Doa anak2 kecil itu makbul! Mintalah anak2 berdoa utk kita.
.
Dan tahun ini SweetMarissa buat umrah 2 kali. Alhamdulillah. Dia betul2 bersungguh!
.
Perkongsian ini bukan niat untuk menunjuk2… cuma untuk berikan semangat kepada yang belum pergi. Tiada yang mustahil akan terjadi sekiranya kita betul2 yakin dengan Allah!
.
Semoga sahabat2 yang berniat untuk pergi umrah istiqomah dengan niat, talbiah setiap kali lepas solat, usaha dan yakin. Tiada yang mustahil akan terjadi. InshaAllah!
.
Allah bukan jemput yang kaya. Allah bukan jemput yg mampu.
Tapi Allah jemput sapa yang mahu!