Meskipun anaknya sudah menginjak ke umur 9 bulan, namun hasrat untuk mengadakan majlis aqiqah akhirnya terlaksana jua. Demikian perkongsian Betty Rahmad menerusi perkongsiannya di laman Instagram miliknya.
Alhamdulillah dah selamat majlis aqiqah & kesyukuran @ardywira_ walaupun dah umur 9 bulan baru sempat buat.
Dalam masa yang sama, Betty turut memuji akan dekorasi pelamin aqiqah buat anaknya itu. Rupa-rupanya, dia menggunakan orang yang sama ketika majlis malam berinai.
Rasa macam pengantin pun ada harini duduk atas pelamin @weddingsbyemma dulu panggil buat pelamin malam berinai, harini pelamin aqiqah pulak. Cantik sangat, puas hati! 💙 #ardywira
Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Ardy Wira yang dilahirkan pada 19 Januari lalu.
Rata-rata netizen turut memuji dekorasi berkenaan dan juga kecomelan anak Betty.
Sumber: ig bettyrahmad