Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sebagaimana perkongsian menerusi TikTok milik akaun Afiq Raffali berkongsi video majlis perpisahan seorang pekerja ‘veteran’ berusia 87 tahun yang bakal bersara.
Majlis ringkas tetapi meriah itu yang diadakan bersama rakan-rakan sebagai menghargai perkhidmatam lelaki itu yang digelar ‘uncle’.
Kelihatan ‘uncle’ terharu dengan sambutan itu yang diadakan pada 31 oktober bersempena hari terakhir pekerja tersebut sebagai seorang kru di restoran makanan segera di Singapura.
“Nama uncle tersebut Ngew Cheng tapi kami selalu panggil dia uncle saja.
Ads
“Dia kerja tak lama, dalam lapan bulan tapi kami tak sampai hati nak suruh dia teruskan kerja sebab umur dia, so kami buat farewell retirement untuknya sebagai tanda menghargai dia.”
“Majlis farewell itu idea bos saya, Encik Vel dan dia adalah pengurus restoran tempat saya bekerja. Dalam video semua adalah team management.”
KEJUTAN BUAT UNCLE
Nyata, uncle tidak menyangka majlis itu diadakan buat dirinya. Kata Afiq, mereka memberi nasihat kepada uncle untuk menjaga kesihatan diri dan berehat di rumah.
Menurut Afiq ujar Afiq yang berasal dari Kulai, Johor dan sudah lapan tahun mencari rezeki di negara berkenaan perkara biasa bagi rakyat Singapura yang bekerja pada usia warga emas.
“Uncle kerja syif malam, lazimnya malam yang kerja ialah Malaysian dan semua adalah golongan yang lahir pada tahun 1990an.”
Ads
“Mereka selalu tolong uncle atau nasihat uncle jangan angkat barang berat. Satu benda yang kami rindu tentang uncle adalah uncle hari-hari lupa tempat nak punch card dekat mana.”
Tambah Afiq lagi, sudah menjadi kebiasaan untuk team di restorannya meraikan hari-hari istimewa bagi menghargai pekerja.
“Dekat McDonalds Singapura, ramai perkerja yang berumur atas 50 tahun. Kami management team memang akan appreciate mereka, semua sambutan kami sambut… hari bapa, hari ibu, atau birthday mereka.”
BERSAMA PENGARAH URUSAN YANG JUGA BOS NOMBOR 1, MR BEN BOH
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada bos saya. Dia yang pencetus buat video tu dan untuk pengetahuan, video ni dah sampai kepada Pengarah Urusan McDonald’s Singapura dan dia repost dia akaun Facebook miliknya.”
Sehingga kini video tersebut meraih melebihi 220,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
WARGAMAYA SEBAK
Ads
Siapa yang tidak sebak apabila melihat orang tua yang sudah berusia lebih 80 tahun masih tetap bekerja. Namun mujur mempunyai rakan-rakan sekerja yang baik dan menghormati orang tua.
Dilahirkan sebagai anak sulung di dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan, tentu sahaja terpaksa akur dengan tanggungjawab yang harus digalas sebagai anak yang paling tua dalam adik-beradik.
Pengalaman masa lampau mengharung kerumitan dan ikhtiar hidup semenjak zaman kanak-kanaknya, menjadikan Puan Aznizah Bt Azmi turut terpanggil untuk berkongsi kisah hidupnya.
“Saya dilahirkan sebagai anak sulung daripada lima adik-beradik dan berasal dari negeri Kedah. Semenjak kecil lagi kehidupan kami memang susah. Ibaratnya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Abah seorang nelayan dan dalam masa yang sama abah juga buat part time bekerja sebagai pemandu bas sekolah.
“Bagi menambah pendapatan keluarga, setiap hari emak akan masak kuih muih untuk dijual. Namun ketika itu adik-adik masih kecil, jadi mana mungkin emak boleh keluar rumah untuk berniaga. Lantas pekerjaan tersebut saya lakukan. Bayangkan ketika masih di sekolah rendah, setiap hari saya berjalan sejauh 2 km dengan ‘mengheret’ beg yang berat. Bukan kerana diisi dengan buku sekolah tetapi kuih muih yang akan dihantar ke kedai-kedai,” ujar Aznizah di awal bicaranya.
Pandai Cari Duit
“ Saya ingat lagi, bagi memastikan kuih dapat dihantar awal ke kedai dan dengan harapan tidak lewat sampai ke sekolah, saya akan bangun seawal 5.30 pagi setiap hari. Tepat jam 6.15 pagi pula saya akan pastikan telah keluar rumah.
“Begitulah rutin harian yang saya lalui hinggalah ketika berumur 13 tahun. Abah meninggal dunia dan ini menjadikan kehidupan kami sekeluarga bertambah susah. Lalu mak ambil keputusan untuk kerja kilang bagi menyara kami adik-beradik.
“Sedar dengan bebanan yang ditanggung oleh mak, jadi saya ambil keputusan untuk bekerja selepas waktu sekolah. Macam-macam kerja saya buat, antaranya menyapu sampah dan mengemas pejabat di sekitar Alor Setar.
“Alhamdulillah dengan wang upah tersebut, dapatlah membeli barang keperluan sekolah saya dan adik-adik. Senang cakap, adik-adik ni akan mintak duit dengan saya dulu dan bukannya minta dengan mak. Sebab adik-adik pun tahu, mak tidak mampu,” cerita Aznizah lagi dengan nada sebak, terkenang kepayahan lalu.
Utamakan adik-beradik
Demi memberi ruang dan keselesaan untuk adik-adik belajar, Aznizah juga rela ‘beralah’ untuk tidak tinggal di asrama. Malah peluang keemasan itu diberikan kepada adik keduanya iaitu Nor Suhaini. Bukan menolak tuah, tapi dirinya punya alasan yang tersendiri.
“Saya bersekolah di Maktab Mahmud, Alor Star hingga Tingkatan 6 Bawah. Memang saya sendiri tidak mahu tinggal di asrama. Terfikir juga, jika tinggal di asrama saya tidak dapat bekerja untuk membantu mak. Lagi pun bila duduk di asrama, itu bermakna ada yuran yang perlu di bayar pada setiap bulan. Saya tidak mahu, emak terus dibelenggu dengan kesempitan kewangan.
“Sesungguhnya, setiap apa yang dilakukan selama ini bukan ditagih untuk dihargai oleh adik-beradik. Namun melihat mereka semua bahagia itu sudah cukup membahagiakan buat saya. Bagi saya, bila adanya rasa tanggungjawab pada diri seseorang, maka sesiapa pun akan rela untuk berkorban,” jelasnya di akhir perbualan.
sumber : Majalah Keluarga Sept-Okt 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Saban hari, kita mendoakan semoga mereka yang positif COVID-19 kembali sembuh seperti sediakala.
Apatah lagi, laporan media massa yang berkongsikan situasi di pusat kuarantin yang sudah sesak dengan mereka yang positif wabak berkenaan. Dalam pada itu, pelbagai suka duka dikongsikan penghuni pusat berkenaan untuk tontonan ramai.
Terbaru tular video keletah seorang kanak-kanak lelaki yang dikuarantin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang bersama bapanya.
Video dimuat naik ibunya yang dikenali sebagai @yushadz menyaksikan aktiviti anak nya yang gemar berjalan-jalan keliling pusat kuarantin tersebut dan bertegur sapa dengan mereka yang sama-sama dikuarantin di sana.
Siapa sangka, video pendek yang memaparkan gelagat si kecil bernama Iman sepanjang beberapa hari berada di MAEPS, Serdang dan mendapat jutaan tontonan dalam masa sehari sahaja dimuat naik.
Gelagatnya yang bersahaja, bermain di atas katil selain turut diberikan makanan serta buku lukisan daripada penghuni disana dan frontliners yang bertugas benar-benar mencuri perhatian.
Iman dan ayahnya telah dibawa ke pusat kuarantin kerana positif Covid-19 dan dijemput oleh ambulans untuk ke MAEPS, Serdang.
Sebagai ibu, akui wanita ini sangat sebak dan tidak sanggup melihat anaknya yang masih kecil terpaksa berpisah berikutan disahkan positif virus berkenaan. Namun sedikit kelegaan kerana suaminya ada bersama untuk menjaga Iman.
Terbaru, @yushadz, memaklumkan suami dan anak lelakinya sudah dibenarkan keluar dari pusat kuarantin tersebut.
Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Iman sempat melambai-lambai ke arah drone yang memantau pesakit disana.
@yushadzMalam akhir iman di Maeps insyaAllah.. tolong doakan onyang iman sekali ye semua.. 😔🤲🏻♬ 나의 어깨에 기대어요 – 10cm
Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.
Menerusi pengumuman tersebut, PKP bakal dilaksanakan untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021. Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan.
“PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut. 17.
“Negeri-negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum. KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.
“Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
“Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat. Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN. 19.
Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.
“Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan.
“Walaupun terdapat sekatan pergerakan yang ketat, khususnya di negeri dikenakan PKP, pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021.
“Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini.
Tegas Muhyiddin lagi, tempoh dua minggu yang akan datang ini amatlah penting untuk bukan sahaja diri kita tetapi juga seluruh Negara.
“Semua kebebasan yang kita korbankan ini – terputus hubungan dengan rakan-rakan, berada di dalam isolasi di rumah, dan kesukaran untuk melakukan aktiviti social di luar – akan mampu menyelamatkan nyawa kita semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.