“Umur 49 Tahun Saya Diuji Dengan Keruntuhan Rumah Tangga & Ditinggal Sendirian…” Iwan Kongsi Kisah Dulu Raja Dangdut, Kini Selesa Berdakwah!

Share

Hidayah itu milik Allah, bila-bila masa sahaja Dia akan beri tak kira kepada sesiapa sekali pun. Lihat sahaja kisah penghijrahan selebriti wanita yang mengambil keputusan berhijab dan sebagainya lagi.

Tak kurang juga artis yang terkenal yang kemudiannya mengambil keputusan untuk berubah dan terus menyepikan diri. Antaranya termasuklah selebriti bernama Iwan atau nama sebenarnya, Wan Syahman bin Wan Yunus.

Sebut sahaja nama Iwan pasti kita akan terkenang era kegemilangan irama dangdut kontemporari yang pernah mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air sekitar tahun 1990-an. Bermula dari situ nama Iwan terus meniti di bibir peminat sehingga dia digelar raja dangdut. Namun kini dia selesa dengan kehidupan berdakwah ke jalan Allah.

Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, PU Amin yang berpeluang bertemu dengan Raja Dangdut ini nyata nampak dia sudah berubah sama sekali. Penampilannya cukup ringkas, dengan berserban dan juga jubah sahaja.

PU Amin dalam kapsyennya mengimbas zaman kegemilangan Iwan suatu ketika dahulu.

Dulu pernah mengadakan 20 kosert dalam satu bulan. Satu malam konsert 2 jam 3 jam dia punya jualan tiket 1 juta lebih . Dia kata tidur atas duit , makan sebelah duit , dalam jamban ada duit..

Tapi masih tak cukup . Duit berjuta juta , tapi tak tenang , tak puas , dah kaya nak nama pulak , dah ada semua , tetap tak tenang tenang , bahagia tak jumpa..

Kata dia rupanya Allah jauh dengan dia . Dia sujud . Baru rasa tenang . Dia jauhkan diri dari harap puji pujian manusia . Dia uzlah . Dia ziarah . Dia sedekah . Duit dia infaq pada yang memerlukan . Harta dia untuk jalan Allah . Hidup atas jalan dakwah . Dua Rakaat Semua Masalah Selesai . Dia istiqamah.

Demikian diungkapkan oleh PU Amin pada penampilan dan kehidupan raja dangdut ini. Selain itu, dalam satu temu bual,  turut bercerita mengenai  bagaimana dia terdetik untuk berubah dan berhijrah ke jalan yang benar.

“Dahulu saya di panggil raja dangdut Malaysia.  Nikmat yang paling tinggi, tapi apalah ertinya gelaran  kalau seandainya ketika itu saya leka dengan keduniaan yang ada tapi Allah dan Rasul tinggal di belakang.

“Ketika umur 49 tahun saya di uji. Ujiannya dengan Keruntuhan rumah tangga, anak-anak terbiar menyebabkan saya berubah.

“Satu hari bila fikir, saya ditinggalkan keseorangan tanpa keluarga baru terfikir untuk apa saya dilahirkan di dunia ini. Adakah saya seperti ini. Cari ketenangan tapi tak ada lagi ketenangan, cari keberkatan tapi tak berkat walaupun banyak dapat sebelum ini.

“Akhirnya saya berfikir, bahawa saya akan mati dan bila takut mati baru terfikri untuk berbuat ibadah kepada Allah SWT,”ujarnya.

Bercerita detik awal penghijrahannya, akui Iwan segalanya bermula selepas dia mengambil keputusan merantau ke Singapura.

“Kemudian ke German dan Saya pernah mengembara ke Malaysia dan akhirnya menjadi penyanyi. Kemudian saya mendapat hidayah di Singapura. Saya bertemu dengan seorang ustaz, seorang Jemaah dari Sulawesi. Kami bertemu di sebuah masjid di Singapura.

“Ketika itu, dia nasihatkan saya,  kalau kamu nak berjaya kena ikut yang sudah berjaya iaitu Sahabat-Sahabat Baginda Rasullah SAW. Mereka telah berjaya dan Allah sudah Reda pada mereka. Dari situ saya nampak di dunia ini kena ikut orang yang berjaya dan sebagai manusia kita datang ke dunia ini semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

“Baru saya faham dan ustaz sarankan saya islahkan diri iaitu usaha atas nama. Maknanya 3 perkara saya perlu lakukan iaitu usahakan iman saya, usahakan untuk buang syirik yang selama ini tak faham, tak sedar banyak berlaku syirik dan  terakhir usaha buang batil-batil yang ada,” jelas Iwan lagi.

Tambahnya lagi, sebelum ini dia pernah ingin berubah dan pernah cuba berubah namun tidak berjaya.

“Dulu saya sudah satu tahun beribadat, tetapi tiada sebarang perubahan lagi. Memang buat ibadat tapi ketiga-tiga perkara ini saya belum dapatkan. Sehinggalah jumpa ustaz ini alhamdulillah dia takzirah saya.

Begitulah kisah Iwan yang mengakui apabila dia mengikut Fisabilillah barulah Allah buka jalan padanya. Semoga kisah Iwan menjadi panduan dan bermanfaat untuk kita semua.

Sumber:m IG PU Amin Via Utube VK