“Umur 4 Tahun, Gigi Mula Rapuh & Jatuh.” Fedtri Yahya Kongsi Anak Jalani Pembedahan Buang 7 Batang Gigi Anak Kerana Rosak Teruk

Share

Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya baru-baru ini berkongsi kisah anak lelakinya, Ahmad Wildan Arjuna dimasukkan ke hospital akibat masalah gigi rosak teruk.

Disebabkan itu juga, anak keduanya itu yang mesra dipanggil Juna terpaksa melakukan pembedahan membuang beberapa batang gigi yang rosak.

“Sejak umur 4 tahun, gigi dia mula rapuh dan jatuh. Ada yang jadi hitam. Tak pasti punca kenapa sedangkan gigi kakaknya ok. Selain itu,  dia juga selalu sakit gusi, mudah dan berdarah selalu. 

 

“Jadi memang tak ada pilihan melainkan melakukan pembedahan dan 7 batang giginya terpaksa dibuang. Kebetulan baru-baru ni sakit gusi sampai bengkak teruk. Sebab tu tak boleh tunggu lama,” ujar Fedtri kepada penulis yang bertanyakan hal anaknya itu menerusi perbualan Whattsapp.

Fedtri sebelum itu memuat naik perkongsian anaknya selamat menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

Alhamdulillah selesai pembedahan. Dah togel gigi Juna ? Ingatkan menangis lepas sedar tadi.. tapi cool & steady je. Cuma dia pelik & tertanya-tanya apa yang dah jadi ? Simple request: kinder, vitagen, KUIH APAM ?

… 

Disebabkan puasa sejak malam tadi,menangis jugaklah bangun subuh nak air, nak coklat, lapar semua…


Terima kasih buat semua petugas Hosp Sg Buloh yang dedikasi dan budiman @ Hospital Sungai Buloh Selangor

Sumber: FB  Fedtri Yahya