
Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya baru-baru ini berkongsi kisah anak lelakinya, Ahmad Wildan Arjuna dimasukkan ke hospital akibat masalah gigi rosak teruk.
Disebabkan itu juga, anak keduanya itu yang mesra dipanggil Juna terpaksa melakukan pembedahan membuang beberapa batang gigi yang rosak.
“Sejak umur 4 tahun, gigi dia mula rapuh dan jatuh. Ada yang jadi hitam. Tak pasti punca kenapa sedangkan gigi kakaknya ok. Selain itu, dia juga selalu sakit gusi, mudah dan berdarah selalu.
“Jadi memang tak ada pilihan melainkan melakukan pembedahan dan 7 batang giginya terpaksa dibuang. Kebetulan baru-baru ni sakit gusi sampai bengkak teruk. Sebab tu tak boleh tunggu lama,” ujar Fedtri kepada penulis yang bertanyakan hal anaknya itu menerusi perbualan Whattsapp.
Fedtri sebelum itu memuat naik perkongsian anaknya selamat menjalani pembedahan di Hospital Sungai Buloh.
Alhamdulillah selesai pembedahan. Dah togel gigi Juna ? Ingatkan menangis lepas sedar tadi.. tapi cool & steady je. Cuma dia pelik & tertanya-tanya apa yang dah jadi ? Simple request: kinder, vitagen, KUIH APAM ?…
Disebabkan puasa sejak malam tadi,menangis jugaklah bangun subuh nak air, nak coklat, lapar semua…
Terima kasih buat semua petugas Hosp Sg Buloh yang dedikasi dan budiman @ Hospital Sungai Buloh Selangor
Sumber: FB Fedtri Yahya
Cacat Penglihatan Bukan Halangan, Remaja Ini Bukti Cemerlang SPM!

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 telah diumumkan hari ini. Sudah tentu ibu ayah teruja untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak.
Namun untuk mencapai kejayaan sudah tentu bukan jalan yang mudah. Ada banyak pengorbanan yang harus ditempuhi.
Nekad untuk berjaya dalam bidang akademik, bagi remaja yang dilahirkan cacat penglihatan, Che Ku Nur Ain Husna Che Ku Azri telah membuktikan kekurangan diri bukan halangan untuknya cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Memetik laporan Harian Metro, Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Setapak di sini memperoleh 10A dalam peperiksaan itu sekali gus antara pelajar terbaik peringkat negeri.
HILANG PENGLIHATAN SEPENUHNYA SEBELUM SPM – CABARAN BESAR DALAM HIDUP
Dugaan buat remaja ini bukan calang-calang apabila diduga apabila hilang penglihatan sepenuhnya beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan.
Che Ku Nur Ain Husna yang berasal dari Kuala Besut, Terengganu mengakui, fokusnya terganggu seketika apabila perlu menjalani pembedahan pada tahun lalu selain, belajar dalam suasana baharu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bagaimanapun, saya berusaha juga lakukan yang terbaik dan bersyukur kerana dapat keputusan cemerlang.”
Dia meluahkan cabaran itu ketika ditemui selepas sidang media pengumuman rasmi keputusan SPM 2021 dan penyerahan sijil kepada pelajar cemerlang di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Majlis disempurnakan Pengarah Pendidikan JPWP Kuala Lumpur, Norhayati Ab Wahab. Che Ku Nur Ain Husna hadir ditemani ibu, Roshaila A Rahman, 46, dan bapanya Che Ku Azri Che Ku Ahmad, 46.
MASALAH PENGLIHATAN TERUK SEJAK SEKOLAH RENDAH
Bercerita kisahnya, remaja itu memberitahu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman, Terengganu sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai (Tepces) dan SMK Pendidikan Khas Setapak.
Katanya, dia tiada masalah untuk belajar kerana menggunakan alat bantu penglihatan iaitu ‘magnifier’ sejak berumur sembilan tahun selain telefon pintar.
“Saya anak sulung daripada tiga beradik dan dalam keluarga hanya saya seorang yang ada masalah penglihatan teruk, berpunca daripada genetik kerana keluarga sebelah ayah juga ada sejarah masalah penglihatan.
“Orang luar mungkin nampak susah, namun tidak sangat sebenarnya kerana saya sudah terbiasa dengan kehidupan sebegini (tidak dapat melihat).
“Tipu jika saya katakan tidak pernah berasa rendah diri langsung, namun cuba yakin dan terima ketentuan dengan reda,” katanya.
Berkongsi hala tujunya, Che Ku Nur Ain Husna berhasrat menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Asasi Sains Sosial dan program psikologi.
Katanya, dia mahu memastikan impiannya tercapai dan menjadi contoh kepada adiknya dan OKU yang lain.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Kasih Suami Beri Semangat Kepada Isteri Dalam Labour Room Sungguh Inpirasi. Ikuti Perkongsian Doktor Ini

Seorang isteri pastinya inginkan suami yang menyenangkan hati dan sentiasa membuatkan diri dihargai. Suami yang bersikap penyayang ini pastinya dapat membina rumahtangga sakinah mawaddah.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh seorang doktor Nur Hanisah menerusi laman facabooknya, melahirkan rasa terharu melihat kasih sayang seorang suami memberikan semangat kepada isterinya ketika proses bersalin. Ikuti perkongsian ini moga menjadi inspirasi kita dalam hubungan suami isteri.
_____________________________________________________________________
ANUGERAH SUAMI CONTOH
Asyik bercerita tentang perangai mak-mak je dalam labour room kan. Apa kata sekali ni kita cerita pasal bapak pulak?
Kalau haritu ada cerita tentang doktor dan misi sebagai pasukan sorak ibu bersalin. Bila sebut pasal ayah ni, boleh kata mewakili coach agaknya.
Teringat satu kenangan menyambut kelahiran bayi pertama sepasang suami isteri.

Sang suami begitu proaktif sekali dalam membantu si isteri. Apa yang kami sebut, itulah yang dia ikut.
“Teran kuat, ayang! Panjang! Panjang!”
Terharu saya dibuatnya. Sungguh, suami seperti dia benar-benar membantu kerja doktor dan misi semua.
Bila isterinya tak teran kuat mana, dia ikut menegur kesalahan isteri pula.
“Eh, jangan bunyi gitu! Ketap gigi! Kuat lagi! Lagi!”
Tersenyum saya dibuatnya. Teruja dengan kesungguhannya.
Apabila doktor memanggil sang suami,
“Encik, cuba tengok sini kepala anak dah sampai mana. Suruh isteri encik teran kuat lagi.”
Maka, dia encourage lagi dengan bersungguh-sungguh.
“Sambung! Sambung!”
Hampir tergelak saya dibuatnya.
Semangat betul dia!
Di saat kepala bayi kelihatan sudah mula mahu keluar, dia membuka kaki luas bagi tujuan merendahkan badan. Memastikan bisikan benar-benar sampai ke telinga isteri. Macam nak bersilat dah gaya dia waktu ni!
“Ok sayang! Last shoot! Last shoot!”
Allahu! Masa ni memang saya tak boleh tahan nak tergelak! Dia ingat agaknya dalam perlawanan bola sepak?
Akhirnya, si bayi selamat lahir.
Apabila doktor mengangkat bayi sambil bertanya, “Puan, sebut anak lelaki ke perempuan?”
Sang suami terlebih dahulu memberi respon teruja. Dia menekup muka dengan mata terbeliak. Antara terharu dan gembira.
“Doktor, saya dah boleh keluar, kan?”
Saya sangka, pasti dia mahu sujud syukur atas kegembiraan dikurniakan anak pertama mereka.
“Aha. Dah boleh encik.”
“Ok, doktor. Asyik suruh isteri teran, saya sendiri pulak nak terberak.”
Haha! Masa ni memang dah terpecah gelak! Lawak!
Memanglah dia boleh dapat Anugerah Suami Paling Proaktif dalam labor room ni!

So, nak share sikit tips untuk para suami yang teman isteri bersalin.
1. Pastikan isteri ikut arahan doktor/misi.
Maksudnya kat sini, para suami kena peka! Dengar apa yang doktor/misi sebut. Ikut je ulang semula kepada isteri. Macam contoh suami dalam cerita tadi. Sampai doktor dan misi pun puji sebab dia telah membantu memudahkan urusan kami. Terbaik!
2. Jaga aurat isteri
Ini boleh dilakukan semampunya. Di ambang masa kemuncak isteri untuk mula bersalin, selalunya si isteri akan tak senang duduk melawan sakit kontraksi. Bergolek ke kanan. Bergolek ke kiri.
Tak kena cara, boleh terdedah aurat mereka. Begitu juga tentang tudung. Selagi tidak memudaratkan isteri, jagalah bab ini. Si isteri memang tak mampu nak jaga aurat sendiri dah waktu ni. Kesakitan menguasai diri. Maka, tolonglah ‘jaga’ mereka ya, para suami mithali.
3. Baca zikir ke telinga isteri
Terharu bila tengok ramai suami berbuat begini. Teruskan ya! Semoga isteri sentiasa dalam keadaan mengingati Tuhan Yang Esa. Dia jua yang Maha Memudahkan Segalanya.
4. Jaga solat isteri
Tolonglah para suami. Cakna hal yang satu ini. Ikut mazhab Syafie, selagi tak keluar bayi, selagi itu wajib solat. Maka perlu cakna waktu solat dan arah kiblat ya. Belajar juga cara ambil wudhu guna spray.
Boleh dalami lagi ilmu tentang ni daripada ustaz ustazah. Islam itu mudah. Tetapi bukan untuk diambil mudah.
5. Berterima kasih kepada isteri
Fuh! Sendiri tengok orang bersalin pun dah dapat rasa penat dia macam mana. Struggle tahap tinggi punya!
Para suami, ringankan mulut. Ucapkan terima kasih kepada isteri. Kucup dahi isteri tanda penuh menghargai. Ada saya tengok, suami lebih excited tengok bayi yang baru dilahirkan daripada isteri yang baru habis menang ‘berlawan’.
Memanglah si isteri dah tak kisah pun sebab lebih nak berasa lega daripada penat yang amat sangat. Tetapi alangkah sejuknya hati bila dapat lihat suami yang sudi layan isteri macam bidadari.
Oh ya! Apa salahnya berterima kasih juga kepada pasukan sorak (doktor dan misi) yang turut menyumbang jasa. Hormatilah mereka dengan tutur kata yang baik dan riak wajah yang manis. In syaa Allah, semua gembira!
Sekian sahaja.
Selamat menjadi seorang bapa yang penyayang kepada ibu dan anaknya!
Nur Hanisah
Yang Memerhati
.
P/s: Kongsikan tips ini kepada pasangan sendiri, adik-beradik, mahupun rakan-rakan yang bakal melalui perjalanan yang sama nanti!
Jemput Follow dan set See First Nur Hanisah supaya dapat selalu baca post santai dan bermanfaat tentang dunia #HospitalTarbiah
“Dah Reti Menangis Lepas Kena Cucuk. Dulu Dia Diam Je.” Ainul Jalani Rawatan Bulanan Di Hospital, Netizen Titip Doa

Isi Kandungan
ToggleKisah adik Ainul Mardhiah sentiasa mendapat perhatian netizen. Setiap kali gambarnya dimuat naik di media sosial, pasti ada yang akan memberi respond.
Terbaru, bapanya Ahmad Safiuddin telah memuat naik gambar Ainul selepas mendapat suntikan dan menjalani rawatan bulanan di sebuah hospital.
Tangan saya kena cucuk hari ni. Dah reti menangis dah dia lepas kena cucuk 🤣 Dulu dia diam je kalau kena apa-apa.” tulis Ahamd Safiuddin di kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Ainul terus sihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain.
azleennurshuhada Ainul strong bby.. awal comel sangat😍
azemarbintibasari Alahai comel Nye dia. Sian Nye dia kena cucuk, sedih Nye Lau tgk dia nagis 😭. Auntie pun nak nangis gak. Sayang ainul ni😘😘
ines_fazlina Alooloooo … ciannn baby !!t aunt babab doc yeaaaa .. semoga bby baek2 sj
meganpapz Alahai..siannya…baby ainul kuatkan syg😘😍
edzaabubakar Alahai siannya dia kene cucuk tgn.. 💪
hennalinegirl.kekasihtiera Alaaa comei comei dia tuuuu 😍 ainul kuat ya syg ❤️❤️❤️
cikannariah smga sihat2 sokmo dik..😅😅..itu biasa lepas cucuk mesti nangis kjap…
azemarbintibasari Alahai comel Nye dia. Sian Nye dia kena cucuk, sedih Nye Lau tgk dia nagis 😭. Auntie pun nak nangis gak. Sayang ainul ni😘😘
littlezawir_ Ainul so behave kan.. nangiss2 manjaa tuu hehehee .. syg ainul 😍😍
omeyzettyzulkafli27 Allahu..comelnye…moga Allah sentiasa melindungi awk yea syg.. ☺
Sumber: IG ahmadsafiudinn