Umur 27 Tahun Tak Boleh Cakap & Urus Diri Sendiri, Kisah Nenek Uzur Jaga Cucu Autisme Bikin Sebak!

Share

Memiliki anak istimewa yakni autisme bukanlah semudah yang Disangka. Hanya mereka yang terpilih menerima Ujian daripada Allah swt. Namun perkongsian dari NGO terkenal dari utara ini, puan Facebook, Natipah Abu cukup menyentuh hati.

Dia memuatnaik kisah seorang nenek tua yang digelar Tok Hindun yang menjaga cucunya, Along seorang anak autisme.

Cucu tak boleh cakap & urus diri

“Setiap kali menjelangnya Ramadan, Kak Pah akan ziarah Tok Hindun. Nenek yang telah berusia 84 tahun ini, tabah menjaga cucu kesayangannya yang austime sejak belasan tahun lalu.

“Cucu yang yatim piatu itu hakikatnya tak tahu apa-apa pun. Anak syurga itu, tidak boleh bercakap walau sepatah dan tidak juga boleh mengurus diri. Dipakaikan baju, dia buang dan campak semua.

“Along, sudah 27 tahun usianya. Mula-mula ayah meninggal, kemudian ibu pula menyusul. Sejak itu, Along dijaga sepenuhnya oleh Tok Hindun.

“Siang hari, Along terpaksa diletakkan di dalam bilik khasnya. Di bilik khas yang berlantaikan simen dan berjaring separuh itulah, Along akan mengisi harinya.

“Bila ada orang lalu lalang, riuh rendah Along menyapa dgn caranya tersendiri. Waktu makan, Tok Hindun akan masuk ke dalam bilik dan suapkan Along makan. Bila hendak buang air, Along akan gunakan jamban cangkung di hujung bilik itu.

Dituduh dera cucu  autisme siap laporan polis

“Walaupun bilik ini daif, tapi sangat bersih. Tiada bau yang kurang menyenangkan pun dari tubuh Along. Bukti Along dijaga rapi oleh Tok Hindun.

“Dulu, orang tuduh Tok Hindun dera Along. Malah orang siap lapor kepada polis dan pihak polis turun ke rumah Tok Hindun.

“Betul, Tok Hindun kurung Along di bilik itu. Betul, Tok Hindun pasang mangga sebesar penumbuk di tingkap yang menjadi pintu masuk Along ke ruang tengah rumah.

“Betul, malam-malam pintu papan rumah usang Tok Hindun tu, tak cukup dengan mangga, dia belit pula dgn rantai besi dua tiga hasta.

“Sebab, kalau Along terlepas keluar, Along akan berlari tanpa mengenal bahaya. Along pernah terlepas keluar dalam keadaan bogel.

“Bukan mudah untuk mengejar Along. Kudrat Along sangat luar biasa. Jika dibandingkan dengan Tok Hindun, Along tepis sekali pun sudah rebah tergolek.

Tak pernah tinggalkan cucu sendirian

“Walaupun rumah Tok Hindun mangga sebesar penumbuk ada dua, tiga ketul, rantai besi 3-4 hasta ada dua, tiga lapis, tapi, Tok Hindun tak pernah tinggalkan Along sendirian. Ke surau pun Tok Hindun tak pernah kerana bimbangkan Along.

“Manalah tahu, ketika Tok Hindun keluar, rumah buruk itu terbakar. Macam mana dengan nasib Along! Menangis air mata darahlah Tok Hindun.

“Alonglah nyawa Tok Hindun. Setiap malam Along dibawa keluar dari bilik khas dan Along akan tidur dengan nyenyaknya sebelah Tok Hindun. Tak pernah sekali Along mengasari Tok Hindun jauh sekali mencedarakan orang tua itu.

Mahu hantar cucu ke rumah kebajikan

“Kalau ku mati, mu ambiklah Mat Pizi ni, pi bela bagi elok tang mana-mana“,

Sebak Kak Pah bila Tok Hindun pesan begitu. Selama ni, tak pernah pun Tok cakap begitu. Kak Pah faham maksud Tok Hindun. Tok Hindun mahu Along dihantar ke rumah kebajikan.

“Betul ka ni”,

“Haaa, mu dengar wi molek. Kalau ku mati sok, mu ambiklah dia wak gi mana-mana, wi demo bela bagi elok“.

Kak Pah mengangguk, barang kali Tok Hindun cukup sedar, lambat laun dia harus pergi meninggalkan Along.

Sumber: Natipah Abu


ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak

ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club