Disebalik kegembiraan umat Islam menyambut Syawal, namun ada insan yang berduka akibat kehilangan orang tersayang. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kemalangan maut yang berlaku di Mersing, Johor yang melibatkan sebuah Proton Wira dan juga Proton Exora.
Aktiviti konvoi hari raya yang sepatutnya meninggalkan kenangan manis namun bertukar menjadi tragedi ngeri buat keluarga pemandu serta penumpang Proton Wira itu.
Tragedi menyayat hati itu bukan sahaja mengorbankan pemandu kereta Mohd Safar Zakaria, Nurul Jannah Talib, dan seorang anak lelaki mereka. Difahamkan, Nurul Jannah juga sedang hamil lapan bulan.
Semua mangsa sudahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Palong Timur, Batu Anam, Segamat. Ketiga-tiga jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad.
Namun, perkongsian yang dibuat oleh adik kepada Nurul Jannah Talib benar-benar mengundang sebak netizen. Lelaki yang dikenali sebagai Zulasyraf di Twitter telah mendapat perhatian ramai.
Zulasyraf telah memberitahu bahawa dia telah kehilangan ibu dan ayah pada usia remaja dan kini dia terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang kakak serta abang ipar dan anak buahnya juga dijemput Illahi akibat kemalangan jalan raya.
Rata-rata netizen yang membaca status dimuat naik oleh lelaki itu telah menurunkan komen di status tersebut. Mereka turut menzahirkan ucapan takziah kepada Zulasyraf dan mendoakan agar roh kakaknya sekeluarga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber : zolasyraf & Ohmymedia