Bulan madu umumnya lebih dikaitkan dengan percutian tradisi yang dinanti-nantikan oleh pasangan pengantin baru sebagai meraikan hubungan yang terjalin sebagai suami isteri.

Pun begitu bagi pasangan yang telah lama berkahwin, saat manis honeymoon ini semestinya amat dirindui dan berharap dapat dikecapi semula. Tidak hanya mengimpikan masa berdua-duaan dengan pasangan tercinta di negara-negara Eropah semata-mata. Malah semahunya ingin merasai hebatnya musim cinta di Kota Mekah. 

Ini sebagaimana perkongsian daripada Encik Shauqi Hasan melalui satu postingnya di laman Facebook. Membacanya cukup terpanggil untuk segera mengerjakan umrah bersama pasangan demi mengecapi cinta di bumi barakah!

Suatu perkongsian kisah …

Ramai ahli dalam jemaah saya menjadi seperti pasangan yang baru berkahwin. Padahal ada yang dah nak masuk 30 tahun usia perkahwinan mereka. Ada yang dah bercucu pun. Semuanya bersemangat nak ber’dating’ di Baitullah.

Umrah Destinasi Paling Indah Untuk Pasangan Suami Isteri, Ketahui Sebabnya!

Kena pula dengan kuliah Dhuha dan perkongsian santai saya yang wajib akan sentuh isu parenting dan kekeluargaan. Memang misi kita di Mekah adalah untuk menelusuri sejarah dan sirah. Sama-sama ingin memahami bagaimana Nabi Ibrahim a.s. berjaya mencipta watak Siti Hajar, isteri solehah. Sama-sama ingin menyingkap rahsia bagaimana membentuk anak yang taat sehebat Nabi Ismail a.s.

Ini semua adalah pendidikan jiwa dan koreksi diri yang tidak dapat di tempat lain kecuali di Mekah dan semua lokasi ziarah. Di depan Baitullah, perkongsian jiwa mampu membuka mata dan minda kita bagaimana untuk mencipta keluarga sakinah. Sama-sama berazam untuk kembali mengangkat al-quran dan sunnah sebagai ikatan di setiap jiwa ahli rumahtangga bagi membina jannah.

Ads

Di Haramain, rahsia alquran dibukakan dengan penjelasan dan huraian. Tujuannya agar kita faham akan tuntutan hidup, serta tahu memainkan fungsi dan peranan sebagai seorang SUAMI, ISTERI dan ANAK. Itulah kisah agung di sebalik ibadah umrah di Baitullah. Setiap ritual ibadah itu tersembunyi 1000 rahsia untuk menjadi pedoman membina SYURGA RUMAHTANGGA setelah pulang dari sana.

Kasih Kembali Bertaut

Di sinilah nawaitu menjadi penyatuan kepada hajat pasangan masing-masing. Ada yang sentiasa jalan berpegangan tangan apabila pulang dari masjid. Tak pernah lekang berdua dan sangat asyik berjalan bersama-sama.

Umrah Destinasi Paling Indah Untuk Pasangan Suami Isteri, Ketahui Sebabnya!

Ads

Kenangan tawaf dan saie bersama suami isteri memang manis sekali. Biarpun dihimpit dan ditolak umat manusia di tengah-tengah mataf, masing-masing tetap berpegangan tangan dan gagah meredahnya.

Umrah Destinasi Paling Indah Untuk Pasangan Suami Isteri, Ketahui Sebabnya!

Hilang dalam lautan manusia adalah antara ujiannya di sana. Ada yang mudah saja berjumpa semula tanpa perlu talipon dan bertanya ke sini sana. Tiba-tiba bertemu semula di mana-mana seperti sudah berjanji sejak mula.

Sikap sentiasa bersabar dan redha akan membuatkan hampir tiada perselisihan faham antara suami isteri di sana. Ye lahh, orang kata “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Tapi di sana insyaAllah, hubungan akan semakin erat dan perasaan kasih bertambah sayang.

Ads

Tulus Dari Hati

Jika ada yang merancang untuk pergi menunaikan umrah bersama pasangan suami isteri masing-masing, saya memang sangat-sangat menyokong! Memang wajib plan awal-awal. Kalau boleh, yang baru kahwin tu buat majlis ringkas-ringkas sajalah kendurinya. Lagi baik duit hantaran tu dijadikan modal untuk honeymoon di Mekah sana.

Saya bercerita tulus daripada hati kerana saya menyaksikan banyak kisah cinta di Mekah dan Madinah selama ini. Baik yang muda mahupun yang veteran, semuanya ada kisah dan sejarah cinta tersendiri yang sarat dengan pelajaran.

Doa saya, semoga yang berjaya baca sampai di sini berpeluang menunaikan umrah atau haji pula selepas ini bersama mak, abah, adik beradik dan keluarga mertua yang tercinta.

LANGKAH NAK TUNAIKAN UMRAH

1. Berdoa, berdoa dan terus berdoa kemudian berusaha keras.
2. Tetapkan target. Contohnya, tahun bila kita akan pergi. Bulan berapa?
3. Bayar deposit dengan travel agent. Dengan cara ni, kita akan istiqomah mengumpul duit. Buat yang dah ada simpanan, lagi bagus.
4. Buatlah saving setiap bulan secara istiqomah.
5. Banyakkan dengar ceramah, ‘blog hopping’ mengenai pengalaman menunaikan haji dan umrah supaya semangat kita akan lebih berkobar-kobar dan terpanggil untuk ke sana.

sumber : SHAUQI HASAN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI