Perkongsian berkenaan hal membuka aib dan mengumpat sesama ahli keluarga, tanpa sedar atau sebaliknya begitu sering terjadi.
Memberi teguran akan hal tersebut, Ustazah Asma’ berkongsi nukilan di akaun fbnya. Ini katanya:
Umpatan atau pembukaan aib paling berat adalah terhadap ahli keluarga atau bekas ahli keluarga. Suami/ isteri, ibu bapa kandung atau mertua, anak-anak, dan saudara kandung atau ipar. Kadang² atas alasan meluahkan rasa kecewa, tekanan, sedih, kecil hati dll, umpatan menjadi halal dan diwajarkan. Bahkan dirasakan diri lebih mulia kerana ketabahan hati, juga sebagai alasan kewajaran tindakan yang dibuat, ia benar-benar satu tipudaya. Umpatan dan pembukaan aib ini sangat bahaya kerana boleh memutuskan silaturrahim, melupakan segala kebaikan, menanam rasa dendam dan menyakiti hati dengan lebih dalam. نعوذ بالله من ذالك
Umpatan dan pembukaan aib diri dan orang lain kini secara besar²an dan dilihat terhormat pula, iaitu melalui FB, INSTA, WHATSAPP dll. Berhati-hati membaca tulisan yang membuka aib manusia yang tak perlu dipanjangkan, walaupun perihal artis, public figure atau ahli politik dll. Bimbang kita hanya mengumpul mudharat tanpa manfaat.
.
Pengumpat dan pendengar umpatan kedudukannya hampir sama sahaja. Kerana tanpa pendengar tiada pengumpat. Kecuali kita mendengar dalam keadaan terpaksa dan tidak redha. Berhati²lah semua, Ia tersebar dengan begitu laju. Memang kita sangat beremosi dengan kes tertentu, namun dalam masa yang sama tetap bataskan diri daripada mengeji menghina atau memaki hamun, ambil pengajaran kemudian berdoa supaya kita selamat daripada ujian seumpama ini. Sedih memang sedih
Amalkan doa daripada Rasulullah SAW:
اللهم اهدِني لأحسنِ الأخلاقِ . لا يهدي لأحسنِها إلا أنت . واصرِفْ عني سيِّئَها . لا يصرفُ عني سيِّئَها إلا أنت
Ya Allah, tunjukilah aku kepada akhlak yang baik, tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepada yang lebih baik kecuali Engkau. Jauhkanlah aku dari akhlak yang buruk, kerana tidak ada yang dapat menghindarkan aku dari akhlak yang buruk kecuali Engkau.
(Riwayat Muslim)
PERHATIAN JUA :
Ads
Kepada para penyebab umpatan atau kemarahan berlaku ke atas anda kerana tindakan dan sikap sendiri. Anda telah melakukan dosa di awal lagi kerana mendedahkan diri menjadi sebab orang mengumpat dan mengeji, apatah lagi usahlah memberi amaran supaya para pengumpat merangkak-rangkak di padang mahsyar. Kita sendiri tak tahu siapa yang akan merangkak esok, nauzubillahi min zalik. Jadi jika dalam situasi yang panas, diam adalah satu kebijaksanaan, elakkan buat sementara membuat apa kenyataan atau berkongsi cerita bahagia atas derita orang lain, kerana ia sangatlah sensitif. Diamlah walaupun dilihat lemah atau melarikan diri, ia umpama tunggu ombak reda barulah berenang semula. Kalau tidak mungkin akan lemas atau karam.
Nabi SAW bersabda :
ليس المؤمنُ بالطَّعانِ ولا اللَّعانِ ولا البذيءِ ولا الفاحشِ
“Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang suka menyalahkan (orang lain), melaknat, mencela dan mencaci.”
Hari ni ramai yang berbangga menayangkan maksiat, kemewahan, akhlak yang buruk dll. Bila ditegur dia menempelak dengan pelbagai jawapan. Dia lupa Allah sedang menegurnya.
Allah ya Haadi ya Quddus ya Jalil.
Berilah kami hidayahMu, sucikan dan jernihkan hati kami daripada karat dosa, penyakit hati, dorongan nafsu dan syaitan yang mengalir dalam darah.
Ads
Daripada Abu Darda’ r.a, Rasulullah SAW bersabda :
“Tidaklah seorang Muslim menolak/menahan ghibah (mengumpat/mengata) terhadap saudaranya kecuali ALLAH menahan dirinya daripada Api Neraka Jahannam pada Hari Qiamat”.
Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan (diperiksa).
(Surah Al-Isra’ : 36)
Mengumpat itu baunya busuk dan wajahnya keruh resah gelisah, apatah lagi hatinya. Jika ada yang menguis tangan memanggilmu untuk menyertai, larilah sejauhnya dengan pelbagai helah, iya bukan satu penipuan.
*Jika ke balai polis untuk aduan, pejabat agama atau merujuk pihak tertentu bagi mendapatkan khidmat nasihat ia adalah dibenarkan. Namun masih menjaga jika ada aib yang tak perlu dibuka. Itu tidak dikira mengumpat, memang perlu dan pada tempatnya.
Muhasabah bersama. Peringatan ini lebih untuk diri sendiri. Silakan share dan moga bermanfaat.
Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, pelakon Raja Ilya menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya. Raja Ilya memuatnaik foto dan video mengenai bersalin dalam air berserta kapsyen mengenai kesedaran mengenai bersalin dengan mengunakan kaedah natural.
Raja Ilya, yang hamil bayi perempuan dan dijangka bersalin pada Julai depan memilih kaedah melahirkan bayi dalam air di Perth, Australia.
Raja Ilya, 37, atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad ini memberi corentan mengenai manfaat dan pengalaman ahli keluarga suaminya yang menggunakan kaedah berkenaan.
“Rupanya ramai Tak tau tentang Kaedah water birth , dorang ingat kan water birth ni sebab bunyi English so ini cara Mat Salleh.”
Aiyoo Tak cik Abang & Akak oi … di sebab kan kita ni dah di manjakan sangat dengan technology , sebab tu kita Tak tau wujudnya semua ni .. bukan saja water birth , even home birth .. Zaman2 dulu mana ada hospital sebelah Rumah , epidural laa apa la.. kau salin mana kau sempat, orang Kat perdalaman semua mana ada facility semua tu .
Now semua nak admit MASUK Hospital swasta untuk beranak lagi ada laa..
End of the day , it’s a choice ( Tak ada orang paksa , hidup masing2 pilihan masing2 )
CUBA SELAGI MAMPU
Katanya lagi, dia akan mencuba melakukan proses bersalin secara natural selagi mampu. Malah turut berkongsi bahawa saudara sebelah suaminya juga melakukan perkara yang sama.
Bagi ilya Selagi kita mampu dan Boleh buat secara natural kita buat , epidural tu pun sejenis drugs juga and kalau salah cucuk mampus lumpuh seumur hidup .. it’s not that straight Forward..
Family adik ipar ilya semuanya Home birth pakai bidan , padahal dorang Mat saleh kot .. sebab tu bila baca COMMENT COMMENT macam orang Tak bertamadun , Tak habis sekolah rasa nak share pasal ni ..
Mana korang nak tau semua benda ni kalau 24 jam main phone..
Terdapat beberapa kelebihan water birth ni. Macam ni Contoh nya ;-
Wanita yang bersalin dalam air melaporkan berasa lebih terkawal, dengan kontraksi yang kurang menyakitkan. Mereka kurang berkemungkinan memerlukan epidural untuk pengurusan kesakitan atau ubat-ubatan untuk mempercepatkan kelahiran mereka. Nampaknya juga peringkat pertama bersalin mungkin berjalan lebih cepat.
End of the day , kita cuma merancang … semuanya dia tanganNya ..
Manusia dijadikan Allah SWT untuk hidup berpasang-pasangan dengan tujuan untuk berkasih sayang dan saling melengkapi antara satu sama lain. Justeru itu perkahwinan adalah langkah sewajarnya untuk pasangan saling membahagiakan.
Begitu juga peranan suami untuk memberikan kegembiraan buat isteri.
Sebagaimana perkongsian ini.
Ada yang pelik kena saya selalu duk bahagiakan isteri.
Saya tak manjakan isteri tetapi nak taknak saya kena cari juga cara macam mana untuk bahagiakan dia.
Ada masa saya akan biarkan isteri saya berehat dan bersantai santai.
Saya akan jaga anak
Saya akan mop lantai
Saya akan cuci tandas
Saya akan buat semuanya
Asalkan isteri saya boleh melepaskan kepenatannya.
Kenapa? Kerana saya nak dia merasa bahagia.
Kenapa saya nak isteri saya merasa bahagia? Kerana isteri adalah jantung dalam rumah saya.
Bila isteri saya tak bahagia
Anak anak akan ikut tak bahagia
‘Emotional state’ seorang isteri dan ibu boleh berjangkit dan mempengaruhi ’emotional state’ anak anaknya sekali
Emak serabut, anak anak pun jadi serabut
Emak pemarah, anak anak pun jadi mudah marah
Emak gelisah, anak anak pun jadi mudah gelisah
Untuk saya jadi bahagia, saya perlukan anak yang bahagia
Untuk saya bahagia, saya perlukan rumah yang bahagia
Untuk ada anak anak dan rumah yang bahagia tak lain tak bukan saya perlukan seorang isteri yang bahagia
Kenapa?
kerana hanya isteri yang bahagia boleh melahirkan dan membentuk anak anak yang tenang dan bahagia
Itulah kenapa di dalam Islam menjaga ketenangan hati isteri adalah sejenis nafkah juga kerana ianya adalah keperluan sebuah keluarga bahagia. Happy Wife, Happy Life
Sesungguhnya dalam rezeki kita ada hak orang lain. Tak salah jika tak tawar menawar, bila kita mampu membeli barangan mewah.
Rencah kehidupan ada yang senang ada yang susah. Kisah yang dipaparkan oleh seorang guru ini, Mohd Fadli Salleh, moga menjadi ikhtibar buat kita bahawa kehidupan.
” Mak Cik, 2 ikat 3 riyal sudoh la,” kata Leman menawar harga 2 ikat kacang botol yang di jual seorang mak cik tua di kaki lima.
” Ambik lah awe 2 ikat 3 riyal pun,” jawab mak cik tua itu perlahan walau hati kurang rela.
Dia risau kalau dia berkeras juga hendak jual RM4 untuk dua ikat kacang botol tu, nanti Leman tak jadi beli. Macam mana dia nak beli beras untuk dibawa balik. Beras kat rumah sudah kehabisan.
Tawar menawar tetapi mampu beli barang mewah
” Jap, saya cari duit 5 sen. Rasanya ada ni,” kata Leman kepada cashier di butik Polo.
Baju Polo yang dia beli berharga RM295.95. Beli kat butik boh. Baru original. Kat butik mana boleh tawar walau 5 sen.
Sedangkan pemilik jenama Polo dan pemilik butik itu dah kaya yang amat. ‘Pitih dio liun-liun doh,’ kata ore Kelate.
Tapi makcik penjual kacang botol itu, tinggalnya di atas tanah orang. Anaknya ramai, suami pula belum pulang dari laut. Bergadai nyawa di lautan luas untuk menyara keluarga.
Tetapi begitulah tabiat orang kita. Menawar pada yang kurang memberi pada yang lebih.
Sepatutnya, kalau seikat kacang botol itu harganya RM2, kita beli dua ikat, kita bayarlah RM5 dan cakap,
” Mok cik. Tok payoh bui nyucur lah. Seriyal lagi tu ambo sedekoh.”
Takkan kaya kau simpan rm1 dalam poket. Dan takkan menjadikan kau lebih berharta kalau kau menawar pula harga kacang botol untuk dua ikat.
Namun, sedekah RM1 itu mampu memberi senyuman kepada orang tua itu. Mampu membahagiakan dia dan keluarga.
Dan dengan RM1 yang kau sedekah itu, pasti ada satu doa diutus untukmu dari penjual kacang botol di kaki lima.
Apakah mahal RM1 untuk satu senyuman dan satu doa ikhlas untuk kita? Fikirlah sendiri. Fikir dalam-dalam.
Ubahlah sikap suka menawar pada yang tiada. Sebaliknya, kita lebihkan untuk mereka. Marilah kita membudayakan amalan sedekah. Marilah.
Moga menjadi iktibar bersama bahawa setiap rezeke kita itu milik orang lain juga.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...