Pelakon Ummi Nazeera memaklumkan dirinya djangkiti virus COviD-19 sejak seminggu lalu.
Menerusi Instagram Story, Ummi tidak menolak kemungkinan mendapat jangkitan selepas menghadiri acara rumah terbuka Aidilfitri baru-baru ini.
“Saya ada menghadiri jemputan rumah terbuka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka tanpa bersalaman dengan orang lain.
“Namun, ketika menjamu selera, seperti biasa saya menanggalkan pelitup muka. Mungkin benda nak berlaku,” ujarnya yang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya yang sudah memasuki hari ketujuh.
Ummi bersyukur wabak itu tidak menjangkiti ahli keluarganya yang lain terutama anak-anaknya
“Suami dan dua anak tidak dijangkiti. Semuanya bermula selepas kepala rasa berpusing-pusing dan pening berpanjangan.
“Saya juga alami simptom lain seperti demam, sakit tekak, kepala, telinga dan badan selain batuk berterusan,” tambahnya.
Sementara itu, menerusi perkongsian suaminya, Dr. Izzar Anwari dia mengambil alih tugas menguruskan rumah dan anak-anak mereka sepanjang isterinya menjalani isolasi.
“Isteri tercinta saya telah dijangkiti COVID-19. Sebab beraya la ni kan. Takpe takde rezeki boleh kena tu.
“Alhamdulillah anak-anak serta saya sekarang tak bergejala. Ummi pun bergejala ringan sahaja. Nasib baik dah amik vaksinasi. Isolasi seorang diri kat dalam bilik tengok kdrama. Sayalah kena menjaga anak-anak.
“Jom sama-sama doakan wife saya sembuh segera, serta bertambah rezeki dan keluarga bertambah bahagia. Tapi takpa, esok hari terakhir wife saya nak berisolasi. Pastu sabtu boleh sambung beraya kat luar” ujarnya.
Dr Izzar turut menasihati orang ramai agar terus berwaspada dan mematuhi cara isolasi seandainya dijangkiti virus berkenaan.
Malah, berpesan pada orang ramai agar tidak perlu mencipta stigma takut akan bekas pesakit COVID-19.
” Untuk individu yang positif C-19, wajib isolasi selama 7 hari. Tapi, boleh dibebaskan awal kalau ujian C-19 (yang diselia) tu negatif pada hari ke-4 kuarantin. Kalau dah cukup isolasi 7 hari, tak perlu ulang ujian C-19 dah. Keluarlah macam biasa lepas tu sebab kebolehjangkitan dah rendah. Maksudnya tak menjangkiti orang lain dah.
” Untuk Kontak rapat pula, kalau tak bergejala macam saya boleh keluar bekerja macam biasa n tak perlu buat ujian kendiri pun. Kalau kontak rapat bergejala, buatlah ujian kendiri C-19 pada hari 1 n ke-3. Apa2 pun, semua kenalah patuh SOP sentiasa.
” Oleh itu, tak perlulah nak stigma atau takut dengan bekas pesakit2 COVID-19. Watlek je. Pastikan dia dah cukup isolasi 7 hari di rumah je,” tambahnya.
Sumber : Dr Izzar