Perkongsian tentang perbezaan ukuran inci pada pita ukur menarik juga untuk kita sama-sama fahami.
Apatah lagi jika kita selalu membeli pakaian untuk keluarga secara online. Ini penting agar baju yang dibeli muat dan tidak terlalu besar untuk dipakai.
Jadi ikuti perkongsian ini semoga bermanfaat ini.
INCI: TUKANG JAHIT BERGADUH
Sekarang tengah viral perkongsian pasal perbezaan pita ukur inci yang ada di Malaysia ni.
Perbezaan ni jadi masalah di zaman sekarang sebab baju beli online, pembeli pakai pita ukur inci lain, penjual pakai pita ukur inci lain.
Itu yang bila baju yang dibeli online sampai, jadi tak muatlah, terbesarlah, singkatlah, labuhlah. Lepas tu habis gaduh antara penjual dan pembeli.
Lalu ada orang yang kongsi tentang perbezaan pita ukur ni. Dia banding ikut warna. Ada tukang jahit kata ukuran inci pita putih yang salah, ada budak ijazah tekstil kata putih yang betul.
Ads
Habis bergaduh pula sesama tukang jahit.
Sebenarnya, dua-dua pihak ni salah! Mereka salah kerana bertelagah pasal pita warna apa yang betul, sedangkan warna tu bukan sesuatu tetapan standard.
Ada 2 ukuran inci :
◾Inci US/UK
◾Inci China
Kedua-dua ukuran ni tak ada tetapan warna pita ukurnya standard. Kadang inci UK pita putih, kadang inci China pita putih. Malah ia boleh datang dengan apa sahaja warna.
Sebab tu pertikaian pita warna apa yang betul adalah pertikaian yang tak sah(valid). Sepatutnya yang dibincangkan adalah inci mana yang diguna pakai di Malaysia.
Inci UK atau inci China?
Ads
Jawapannya inci UK, sebab sistem ukuran di Malaysia ni semua ikut sistem UK. Logik, kan?
Jika warna pita tak boleh nak digunakan untuk bezakan antara kedua-dua inci ni, jadi macam mana nak bezakan?
Inci UK = 2.54cm
◾Setiap inci ada 7 senggat dia antaranya
◾Satu senggat = ⅛ inci = 1 hun
◾Satu inci = 8 hun
Inci China = 3.33cm
◾Di China ia dipanggil cun (市寸)
◾Setiap cun ada 9 senggat di antaranya
◾Satu senggat = 1/10 cun
Ads
Jadi, cara mudah nak tahu mana inci yang betul, adalah:
◾Semak dengan pembaris sm
◾Ada tertulis cun(市寸) = China
◾Ada 7 senggat antara inci = UK
Kalau beli baju online di Malaysia biasanya guna inci UK. Tapi kalau barang dari China, mungkin guna inci China atau UK. Nak selamat pakai sentimeter(sm)
Dibawah ada gambar untuk rujukan kau orang. Baca kapsyennya.
Nota: ada pembaris yang guna inci UK tapi ada 9 senggat antaranya, tapi lazimnya akan dilabel ‘tenth’
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tukang Jahit Manusia
sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu bapa sudah pastinya melahirkan rasa syukur apabila anak dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik.
Melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading adalah impian semua orang. Malah ia menjadi kebanggan buat ibu bapa apabila anak berjaya melangkah ke pusat pengajian tinggi.
Bagi anak yang telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian bidang kejuruteraan pastinya, tidak sabar untuk melangkah masuk ke alam universiti kan.
Kehidupan kampus adalah fasa harus dilalui dengan betul dan sempurna kerana antara penentu hala tuju sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Menerusi perkongsian oleh saudaraIr Abdul Rahman Bahasa berkongsi 7 plan dan strategi untuk bergelar jurutera sebaik sahaja melangkah ke universiti. Malah ia membantu untuk para graduan memasuk pasaran kerjaya selepas tamat pengajian.
DAH DAPAT TAWARAN COURSE ENGINEERING? THIS IS YOUR NEXT MOVE TO AVOID STIGMA “ENGINEERING IS SCAM”
Aku scroll² FB and LinkedIn. Aku tengok ramai juga adik², anak² kenalan yang dapat sambung pengajian dalam bidang Engineering untuk kemasukan ke IPTA tahun ni.
Tahniah aku ucapkan!
Next, nak elak bakal² student Engineering ni terjerumus ke lembah “Engineering is Scam” or unrewarded career in the future. Aku ada buat flow chart sikit macam dalam gambar.
7 plan dan strategi kena tahu sebelum masuk pasaran kerja
Career as Engineer ni mmg kena plan and strategize. So, macam mana rupa plan and strategi tu? Lets go!
1.Sebelum mendaftar kursus engineering di mana-mana universiti. Pastikan universiti yang menawarkan jurusan kejuruteraan itu ada record akreditasi daripada Engineering Accrediatation Council Malaysia (EAC) (http://www.eac.org.my/web/list_accredited.html) sebab akreditasi daripada EAC mendapat pengiktirafan daripada Washington Accord. So, maknanya degree universiti itu setaraf dengan US, UK, Korea, Australia dan New Zealand.
Kebanyakkan kursus kejuruteraan kat IPTA tu, sepatutnya tidak ada masalah. Sebab IPTA memang particular dengan akreditasi dari EAC ni. Tapi to be safe,just double check kat web EAC.
2.Engineering course typically ada 8 semester.
Make sure score GPA 3.00 semester 1 dan 2.
Semester 3 dan 4 start looking opportunity involve dgn persatuan pelajar.
Semester 5 dan 6 cuba jadi leader persatuan pelajar. Atau paling kurang involve lah dalam aktiviti persatuan pelajar.
2 years involvement dalam persatuan di Universiti, InsyaAllah dapat membantu banyak dalam soft skill development seseorang pelajar.
Semester 7 dan 8 fokus dengan projek akhir.
InsyaAllah, dengan cara ni, CGPA pun dapat 3.0 (2nd class upper) pastu soft skill pun dapat well develop.
3. After grad je, terus register BEM as graduate engineer. Lepas tu mintak kerja dengan company kecik² dulu. Bila kita kerja dengan company kecik, kita akan belajar banyak berkenaan operation of the company. Mana tidaknya, disebabkan company yang kecik, semua benda graduan tu kena buat.
4. Cuba kalau boleh dapatkan 1st position after grad tu as Project Engineer. Sebab apa Project Engineer? Project Engineer bukan sahaja kena apply technical skill, tapi soft skill juga. Project Engineer akan jumpa ramai orang, solve problem supplier, technical, contractual and time management.Again,bnyk experience gain disini.
5. Bila dah dapat know-how operation sebuah company, mula cari kerja baru di company Multi-national pulak supaya ada exposure dengan Multi-ethnicity working style. Dengan pengalaman yg ada dari company kecik tadi, believe me, seorang graduan itu akan rasa mudah bila bekerja di company yang besar.
6. And then, pada aku kalau dah jadi engineer tu. Jadi lah engineer yang di IKTIRAF sampai ke peringkat antarabangsa. Bila dah ada pengalaman yang cukup (lebih kurang 3-5 tahun), start pursue professional certificate macam Chartered Engineer (CEng), Professional Engineer (Ir.) dengan BEM, Professional Technologist (Ts.) dengan MBOT, Project Management Professional (PMP) dengan Project Management Institute, USA.
7.Bila dah ada professional certificate macam CEng dan Ir., prospect kerjaya semakin luas. Sudah boleh berkira2 untuk stay dalam industry dalam negara atau ke luar negara.
Oh ye.Untuk pengetahuan semua, setiap program Engineering yang di ajar di universiti dalam Malaysia, perlu ada TIGA (3) full-time Professional Engineers registered with BEM sebagai tenaga pengajar. Kalau tak ada 3 org Ir., program itu akan ada risiko tidak diiktiraf oleh EAC.
Nah…ini lagi satu peluang terbuka luas untuk engineer yang dah ada title Ir. So, kalau rasa dah boring dekat industry. Boleh lah sambung belajar Master, and then PhD untuk jadi Pensyarah dalam bidang engineering pula. Namun, ada jugak pensyarah yang tiada post-grad qualification tapi boleh diterima sebagai pensyarah. Ini disebabkan pengalaman yang luas dalam industry.
Moga entry kali ni boleh memberi manfaat kepada bakal² student engineering yang akan mendaftar di universiti tahun ini.
Bukan mudah untuk menjaga seorang anak, apatah lagi sekiranya memiliki lima cahaya mata. Namun pelakon cantik manis, Datin Seri Zizie Ezette, baru-baru ini memuat naik gambar percutian bersama anak-anak di Genting Highland. Menariknya, percutian ini turut disertai oleh pembantu rumah yang dilihat sedang menjaga kelima-lima anaknya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari warganet. Ada yang memuji tak kurang yang mendakwa isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sengaja untuk menunjuk- nunjuk.
Mengulas mengenai tohmahan tersebut, Zizie menafikan dia mahu menunjuk-nunjuk apabila berbuat demikian. Sebaliknya, dia sekadar mahu berkongsi kehidupan peribadinya yang sering lakukan sejak dahulu lagi.
“Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya. Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan.
“Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan.
“Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT,” katanya.
Menurutnya, dia sering berkongsi perkembangan hidupnya sekeluarga di IG dengan memuat naik foto miliknya.
“Jika foto disimpan dalam telefon bimbit, ia mungkin hilang apabila peralatan itu rosak. Disebabkan itu saya memuat naik di laman sosial kerana ia kekal di situ,” katanya.
Berkaitan pembantu rumahnya, Zizie tidak mengulas sejak bila mereka diupah dan berapa gaji dibayar.
Katanya, dia menggunakan khidmat lima pembantu rumah untuk mengendalikan lima anaknya termasuk keluarga.
Sabar adalah sifat orang mulia yang disebut dalam al-Quran banyak kali. Malah antara sifat orang akan masuk syurga adalah orang yang bersabar. Hidup dalam berumah tangga tak lepas dari sebarang masalah.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Justeru, jika ada sifat sabar pasti rumah tangga aman bahagia. Perkongsian ini cukup menarik untuk dijadikan panduan oleh suami isteri.
Bait-bait kata oleh Bonda Nor cukup menyentuh hati. Moga jadi panduan bersama buat kita semua dalam melayari alam rumah tangga.
SYURGA SEORANG ISTERI
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.