“Ujian Yang Berat Sesuai Dengan Manusia Yang Hebat” Padu Pesanan Bonda Rozita!

Share

Lumrah kehidupan yang penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan. Tak kira kecil atau besar, semua manusia di muka bumi akan menghadapi ujian dalam hidup. Bak kata Bonda Rozita yang merupakan ibu kandung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri itu, setiap manusia ada ujian yang berbeza.

Bonda yang berkongsi kata-katanya di laman Instagram itu turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah berputus asa dalam menempuh ujian hidup.

“Takdir – ujian hidup setiap manusia tak sama, Allah bagi sesuai dgn kemampuan manusia tu , bab ni saya sangat yakin! Ujian yg berat sesuai dgn manusia yg hebat! Para nabi – ulama lebih berat Allah uji.

“Kalau kita mengatasi masalah dunia Sedang2 je perasaan kita jgn keterlaluan walau apa bentuk musibah,” tulisnya.

Selain itu, bonda turut berkongsi tentang ujian yang berbentuk nikmat di mana ini adalah ujian yang lebih berat terutamanya apabila timbul sifat riak. Katanya ujian ini juga ujian paling susah untuk dilalui dan tak perlu berasa ‘excited’ jika diberi ujian sebegini.

Sedikit nasihat juga diselitkan oleh bonda dalam pesanannya buat orang ramai yang sedang diuji dalam kehidupan seharian.

“Minda dan hati kena selalu berlatih mengarahkan mengingatkan yg kita dinegara ujian. Allah berkehendak atas kita, kita tak mampu menolak minta kekuatan utk bersabar. Allah pasti ada jalan mengatasinya.

“Semua perkara dalam hidup ni Allah yang bagi. Allah juga yg ambik balik! Kita tak punya apa pun sebenarnya. Jangan terpesona dgn hal dunia kita belajar adab dengan Allah dan tahu malu sebagai hambaNya. Belajarlah bertenanglah wahai hati yg gelisah”.

Sementara itu, dalam video yang dikongsikan, bonda juga beri kata-kata pesanan untuk mengatasi masalah fokus dalam melakukan pekerjaan saat dilanda ujian.

“Bekerja adalah untuk ibadah, dengan bekerja kita boleh menyelesaikan emosi yang melibatkan dengan kewangan, jadi fikir mana menguntungkan”.

Sumber: @bondarozitaibrahim