Pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya,39, baru-baru ini dilaporkan mengalami kemalangan dan dimasukkan ke hospital. tersebut dikongsikan oleh isterinya, Nurul Anati Ismail, yang memohon orang ramai mendoakan suaminya. “Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.
“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” katanya.
Ads
Terbaru, menerusi laman facebooknya, Fedtri berkongsi perkembangan terbarunya yang semakin pulih. Salam Jumaat. Hari berkah. Ujian tanpa diduga. Kun faya kun…
Semoga menjadi kafarah dosa. Pasti ada hikmah… Syukur atas ujian ini. Betapa baiknya Allah dengan menghadirkan orang sekeliling yang cukup-cukup baik. Nikmat yang cukup besar Doakan kesembuhan untuk semua. Tulis Fedtri di laman facebooknya.
Ads
Ads
Salam Jumaat. Hari berkah. Ujian tanpa diduga. Kun faya kun… Semoga menjadi kafarah dosa. Pasti ada hikmah……
Kecantikan merupakan sesuatu yang sinonim dengan diri wanita. Semua wanita inginkan cantik luaran dan dalaman. Biarpun anak dara atau wanita yang sudah berkahwin, tetap ingin ingin kelihatan cantik dan sihat secara semula jadi.
Untuk itu, sudah pasti memerlukan amalan atau perawatan diri untuk kekal cantik. Selain mengamalkan gaya hidup sihat, mengamalkan petua orang dulu seperti air rebusan herba juga adalah antara amalab untuk menjaga kecantikan luaran dan dalaman.
Nak tahu lebih lanjut ikuti cara penyediakan yang disediakan oleh Syikin Gillis . Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Air rebusan untuk kecantikan dalaman dan luaran. (ketat-rapat-sihat-cantik-usus Bersih)
Bahan-bahan :
– 2 biji lemon – 6-8 batang serai – satu plastik kecik halba – halia 1 ketul besar – kunyit 3-5cm (boleh suaikan ikot kehendak) – gula batu – 2 ½ botol air mineral.
– campurkan semua sekali bahan kecuali gula batu dan reneh di atas dapur dengan api sederhana selama 30-45 minit.
– bila dan siap tapis dan simpan di dalam petis ais.
Lihat video ini:
– boleh diminum semasa panas juga sejuk. Sebelum minum campurka dalam 5 ketul gula batu untuk lebih sedap.
(Kalau rasa kuat sangat boleh dicampur dengan air putih sedikit. )
-kalau minum dengan rasa asli, takot korang x boleh nak konsisten pulak. ?
– minum Pagi sebelum makan & malam sebelum tidur. Minum 2-6 kali sebulan pun dah cukup. Seeloknya selepas period.
Khasiat Air Rebusan:
* melancarkan pencernaan @ masalah sembelit. * mencuci buah pinggang usus dan organ dalaman * senggugut, kembung sebu dan senak perut. * angin dalam badan. * kolestrol tinggi. * menurunkan berat badan & mengempiskan perut. * menjaga dalaman wanita ketat-rapat. * mencegah kanser. * menurunkan tekanan darah. * sebagai diuretik, kejang otot, Batuk. * meningkatkan metabolisme badan. * membuang toksin dalam badan. * mewangikan tubuh badan lelaki dan wanita. * menguatkaj jantung. * merangsang rahim.
Sebenarnya banyak lagi khasiat yang terdapat dalam air rebusan ni.
*** boleh kurangkan bahan kalau nk buat dalam kuantiti yang sedikit.
Coopp.!! Tapi halia yang direbus tu biasanya Cik Gillis x buang, kunyah ke makan. Sedap. Rasa pedas2 sikit. Badan pon rasa panas jea..
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Terasa ingin memberi gaya baru pada langsir sedia ada yang sebelum ini dijahit ringkas, apa kata lakukan apa yang dikongsikan oleh Dura ini yang juga merupakan seorang tukang jahit.
Hanya perlu tandakan, gunting dan pasang ring untuk menjadikan langsir tersebut bergaya eyelet yang menarik.
Jom semak apa perlu buat.
Cara-cara tebuk lubang langsir eyelet
Nah belanje hampa cara2 nk buat tebuk bulat langsir ni…..langsir lama yg ketinggalan zaman pon hampa tebuk ja dah jadi baru….tak payah pi upah tebuk kt kedai….tebuk sendri ja….hehehe…..
Step 1 : Sediakan bahan yang diperlukan
Step 2 : Susun ring dengan jarak lebih kurang sama. Cuma untuk langsir bidang 60 boleh letak 8 ring sahaja.
Step 3 : Bulatkan dengan maker.
Step 4 : Kumudian tandakan 1/4 inci, untuk digunting.
Step 5 : Gunting mengikut lakaran tadi.
Step 6 : Ambil ring dan buka ring tersebut dengan menggunakan pisau yang tumpul.
Step 7 : Letak bahagian tajam di bahagian atas.
Step 8 : Letakkan betul di bahagian lubang sebelum dikapit rapat.
Siap
Sumber : Dura
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pil Paxlovid rawatan Covid-19, telah diluluskan penggunaannya di Malaysia. Penggunaan pil untuk rawatan Covid-19 keluaran Pfizer itu secara pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.
Memetik berita Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang pada Khamis.
Menurut Dr Noor Hisham, pil berkenaan membabitkan gabungan molekul baharu, PF-07321332 dan ritonavir antiviral HIV yang perlu diambil sebagai tablet berasingan.
“Pil ini digunakan untuk rawatan Covid-19 kepada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen serta berisiko tinggi untuk mendapat gejala Covid-19 yang teruk (severe).
“Produk Paxlovid tidak bertujuan digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Pada Disember lalu, media melaporkan pengawal selia ubat-ubatan bawah Kesatuan Eropah (EU) membenarkan negara anggota untuk menggunakan pil baharu Covid-19 keluaran Pfizer, walaupun ubat terbabit belum diberikan kelulusan rasmi.
Ia sebagai langkah kecemasan untuk mengekang gelombang penularan pantas virus terbabit yang dipacu varian Omicron.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat tersebut memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
Kata Dr Noor Hisham, ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.
Dalam masa yang sama katanya, KKM akan terus komited mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
Pemegang pendaftatan produk pil itu adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd manakala pengilang, Pfizer Manufacturing Deutschland GambH, Jerman dan Pfizer Ireland Pharmaceuticals, Ireland.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di