Awal-awal puasa tentu ada pesakit atau dikalangan ahli keluarga kita yang keliru dengan kesan penggunaan ubat-ubatan. Adakah boleh menyebabkan terbatalnya puasa atau tidak. Apatah lagi andai ada yang melakukan ujian swab ketika ini.
Menjawab soalan ini, Doktor Ahmad Samhan berkongsi info dan harap tiada yang terkeliru.
“Doktor, boleh tak terangkan ubat mana yang boleh batalkan puasa dan tak batalkan puasa?”
Hari ini saya akan terangkan :
1️⃣ Ubat yang batalkan puasa
2️⃣ Ubat yang tak batalkan puasa
3️⃣ Prosedur yang tak batalkan puasa
1️⃣ Ubat yang BOLEH BATAL puasa:
⛔ Ubat biji.
⛔ Ubat minum.
⛔ Pesari (ubat masuk ke dalam vagina).
⛔ Ubat masuk bontot (iaitu supositori dan enema).
⛔ Ubat bius secara penuh dan menyeluruh.
2️⃣ Ubat yang TAK BATAL puasa:
✅ Ubat letak bawah lidah (dengan syarat: LETAK bawah lidah, BUKAN ditelan).
✅ Ubat cucuk insulin.
✅ Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash).
✅ Ubat sapu macam krim dan losyen.
✅ Ubat kumur (dengan syarat: kumur2 sahaja, BUKAN ditelan).
✅ Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat: ia TAK disedut).
✅ Ubat bius setempat atau separuh.
✅ Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).
3️⃣ Prosedur yang TAK BATAL puasa
✅ Haemodialisis atau peritoneal dialysis.
✅ Mengambil darah untuk pemeriksaan.
✅ Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.
✅ Injeksi(cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.
✅ Menderma atau menerima darah.
✅ Menerima oksigen atau gas untuk bius.
✅ Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
✅ Memasukkan ovules kedalam kemaluan wanita(vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).
✅ Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.
✅ Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).
✅ Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan.
✅ Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).
✅ Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.
✅ Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).
✅ Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.
✅ Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia).
Tolong sebarkan pada orang lain sebab masih ramai yang keliru.
Sumber : Dr. Ahmad Samhan