Perkahwinan itu dikatakan sebagai sebuah perkongsian kehidupan. Dalam hal ini, ada segelintir isteri bergelar surirumah terutamanya bergantung sepenuhnya kepada suami. Dirinya tidak tahu berdikari. Selama hidupnya bersama suami, segala diuruskan suami.

Namun, siapa jangka, ajal menjemput suami dahulu. Sudah tentu kehidupan bertukar 360 darjah. Pastinya hidupnya terumbang ambing tanpa suami di sisi. Bagi meneruskan kehidupan bersama anak-anak, soal kewangan memainkan peranan utama.

Sebagaimana perkongsian oleh Mohd Fhais yang memberikan panduan nasihat agar isteri tahu berdikari untuk menghadapi kehidupan tanpa suami disisi.

Ujian Sebenar Hadir Selepas Kematian Suami. Isteri Kena Cakna Buat Persediaan.
Gambar hiasan

Surirumah Kena Pandai Berdikari

Kejadian baru baru ni buat ramai orang tersedar akan realiti sebenar masyarakat kita.

Mahu tak mahu surirumah kena pandai berdikari tak boleh seratus peratus bergantung pada suami sahaja.

5 perkara surirumah kena buat dari sekarang semasa semua masih bernyawa dan masih indah.

1 – Buat simpanan sendiri

Sekurang kurangnya kena ada simpanan sendiri berjumlah 6 bulan komitmen belanja rumah dan anak anak. Lagi banyak lagi bagus tapi mulakan 6 bulan dulu.

Simpanan ni tak boleh usik langsung kecuali betul betul darurat. Kalau terpaksa rahsiakan dari suami, rahsiakan la.

Ads

2 – Sentiasa minta nafkah

Nafkah yang suami bagi setiap bulan bukan guna untuk belanja sakan tapi untuk di simpan. Mungkin sebab inilah nafkah untuk isteri tu wajib di beri. Walaupun suami dah tanggung semua makan minum tetap kena minta nafkah.

Ada hikmah di sebalik nafkah. Bukan suka suka suruh bagi tapi bagi supaya isteri ada simpanan sendiri dan tak meminta minta.

3 – Ambil tahu semua simpanan, pendapatan dan segala aset suami

Bukan nak tamak bolot semua harta tapi nak suruh berjaga jaga dari awal. Yang wajib tahu ialah berapa harta suami dan siapa penama yang di letak supaya senang nak di urus esok esok.

Kalau ada yang bermasam muka abaikan je. Lebih baik di benci masa hidup daripada di caci bila sudah mati nanti.

Ads

4 – Ambil tahu semua polisi perlindungan suami peribadi dan syarikat

Macam kerja swasta biasanya ada sediakan insuran nyawa. Tapi terhad untuk kematian semasa bekerja sahaja. Selain dari itu ada juga pampasan yang di beri oleh majikan.

Kwsp pun kena tahu berapa ada dalam simpanan. Samaada suami pernah keluarkan, ada di laburkan dalam public mutual atau mana mana pelaburan isteri kena tahu. Risau nanti lepas suami dah tak ada semua tu akan terbiar macam tu je.

Banyak juga saya jumpa ambil polisi perlindungan takaful tanpa di ketahui oleh pasangan. Diam diam ambil. Takut berebut katanya. Allahu, salah tu. Bagitahu pasangan bukan nak suruh berebut tapi nak suruh mudah urus nanti.

Bila seorang pun tak tahu lagi la ramai yang akan mengaku sedara nak berebut nanti.

Ads

5 – Cari pendapatan sendiri

Mahu tak mahu zaman sekarang ni surirumah pun kena pandai cari pendapatan sendiri. Gunanya nanti bila dah tak ada tempat bergantung harap, tak ada la terkuntang kanting seorang diri, mana nak bekerja dan mana nak urus anak lagi.

Sekarang dah mudah nak ada pendapatan. Buat dari rumah pun boleh jana pendapatan lumayan. Banyak je. Kena usaha cari. Tak boleh banyak alasan.

Tak semua cerita cinta itu indah, tak semua boleh sampai #RoadToJannah.

Hidup perlu di teruskan walaupun dah tanpa pasangan. Adakala ujian sebenar rumahtangga hadir selepas kematian. Jadi buat la persediaan sebaik mungkin. Supaya hidup tanpa penyesalan.

Wallahu A’lam,

Para suami pun ambil serius hal ini ya, isteri dan anak adalah amanah walaupun setelah mati.

Mohd Fhais

#notakekeluargaanfhais
#beReady
#beHappy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI