“Ujian Ini Bukan Untuk Dia, Tetapi Untuk Diri Kita”. Deep Perkongsian  Wanita Ini Mengenai Pasangan Yang Memilih Berpisah Sebagai Jalan Terbaik.

Share

Kemelut rumahtangga antara pelakon Fizo Omar dan isteri, Mawar Karim telah berakhir dengan penceraian dua hari lepas telah memberi pelbagai reaksi dikalangan warga net sehingga menjadi trending di media sosial.

Mana mungkin pasangan yang dilihat bahagia tambahan pula sedang meraikan cinta kelahiran anak pertama tahun lepas berakhir dengan perpisahan juga setelah menunggu hampir empat tahun.

Bukan itu sahaja, melalui laporan akhbar pula mengatakan kadar penceraian semakin meningkat sejak akhir ini dikalangan golongan muda semakin runcing dengan alasan yang tidak masuk akal.

Menurut laporan, didapati dalam tempoh 5 tahun pertama perkawinan adalah yang paling mencabar, merujuk kepada kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-5 yang dijalankan oleh LPPKN yang dijalankan pada 2014.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata berdasarkan kajian oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Antara punca-punca utama penceraian pada perkahwinan pertama oleh lelaki adalah tiada persefahaman sejumlah 56.2%, isteri curang (11.8%) dan campur tangan mentua atau ipar (10%).

“Manakala bagi wanita pula, 38% peratus menyatakan punca utama perceraian adalah kerana tiada persefahaman, diikuti dengan suami curang (20.5%) dan suami tidak bertanggungjawab (15.2%).”

Rentetan daripada itu, coretan yang dikongsi oleh seorang wanita ini, Syahirah Omar sungguhinspirasi yang memberi makna penuh tersirat bahawa setiap apa yang berlaku itu ada kaitan dengan diri kita sama ada pasangan lelaki atau wanita.

Namun, antara dalam penulisannya, menyentuh ujian pasangan yang diambang perceraian yang akhirnya memilih berpisah itulah jalan terbaik.

Bak kata wanita ini, “jika Allah nak kau bahagia, datanglah 1001 cabaran pun, kau tetap akan bahagia.”

Jadi usah menyalahkan takdir. Setiap cabaran yang datang ada hikmah yang menjadi rahsia Allah. Kita sebagai hambanya harus, sujud dan berdoa sepuas-puasnya agar diberi jodoh yang baik-baik dan bahagia hingga akhir hayat.

Namun, siapa tahu, jodoh bertaut kembali jika diizinkan Allah. Apa yang Allah kehendaki pasti terjadi. Allah menciptakan segala sesuatu dengan kun, maka jadilah. Allah Ta’ala berfirman,.

Dan tidaklah Rabb yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (QS. Yasin: 81-83).

Ikuti perkongsian puan Syahirah Omar di laman facebooknya.

Harini aku nak tulis tentang ujian. Khas yang diuji dengan pasangan hidup.
Kau cuba baca sampai habis ya? Pesanan buat diri aku juga, InsyaAllah. 

Dalam hidup, 
Kau sentisa akan diuji.
Paling berat jika diuji dengan pasangan.
Sebab kita rasa sepatutnya dia menjadi penguat kita tetapi dialah yang sebaliknya.
Sepatutnya dialah yang lindungi kita, tetapi tidak.
Kita rasa dia yang patut mendidik kita 
tetapi dia hanyut jauhhhhh dari Allah.
Kita rasa dialah tempat kita bercerita,
Tetapi dia lebih berdamping dengan kawan-kawan,
Dia lebih pentingkan telifon bimbit lebih dari kau.
Kau bukan lagi “priority” dalam hidup dia.
Pendek kata tiada lagi kemanisan dalam rumahtangga.
Kau hanya teman di tempat tidur saja.

HATI MULA TERTEKAN

Akhirnya kau sangat tertekan.
Setahun, dua tahun, tiga tahun, bertahun tahun kau rasa kau dah cukup sabar.
Perkahwinan kau sangat hambar.
Kau rasa kenapa dia bukan lagi seperti kau kenal sebelum berkahwin.
Semuanya berubah.
Kau rasa kau korbankan segalanya.
Tetapi dia?

Hati kau sangat sakit kan?
Kau rasa terlalu benci pada dia.
Solusi hanyalah penceraian.
Kau dah usaha macam-macam,
Dia tetap tak berubah.

Inilah masalah diri kita.
Di dunia ni kita rasa kita “control” segalanya.
Kita yang rasa kita perlu buat semua keputusan.
Sehingga kita depressed sebab kita usaha tetapi dia tak berubah.
Kita rasa kita kena selesaikan segera.
Sebabkan dia, habis hidup kita huru hara.

MUKJIZAT AL-QURAN

Kau rujuk Surah Al Qasas ayat 56 ( 28:56)

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”

Dalam ayat ni memang tidak ada kena mengena dengan masalah kau lalui. Tetapi inilah Al Quran.

Subhanallah,
Allah dah beritahu dalam Al Quran pun sebenarnya.
Cuba kalau kau letak diri kau di dalam ayat ni, maksudnya,

Kau, aku, makcik Hasnah atau siapa saja, takkan mampu ubah siapa pun makhluk atas muka bumi ni melainkan Allah.

Kau, aku, makcik Hasnah takkan mampu ubah takdir hidup kau sedaya upaya usaha sekalipun selagimana Allah tak mahu.

No matter what you’ve been through, it’s written. No matter what you know, it’s written. No matter what you do, it’s written. When Allah pushes you to the edge of difficulty, TRUST Him fully because two things can happen,

Either He’ll catch you fall or He’ll teach you how to fly.

MINTALAH DENGAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA KEPADA HAMBANYA.

Pertama sekali,
Kau sabar dan tenanglah. Jangan focus untuk sesaikan masalah.
Sebab kita takkan jumpa solusi.
Kita hanya buat decision mengikut hati.
Akhirnya kita yang menyesal nanti.

Hati dia, Allah yang pegang.   
Sedangkan seluruh alam semesta ni pun Allah boleh uruskan inikan pula hati dia kan?

Ujian yang Allah beri ni, bukan untuk dia tetapi untuk diri kita.

Ujian yang Allah beri ni bukan untuk ubah dia. Tetapi untuk ubah kita.
Kau serahkan segala masalah kau kepada Allah, kau bersungguh-sungguh minta Allah beri jalan keluar.

Kau takut? Sujudlah
Kau overthinking? Sujudlah
Kau putus asa? Sujudlah
Kau runsing? Sujudlah
Kau sangat struggle? Sujudlah
Kau cari Allah dan serahkanlah segalanya.

Kau taubat dan mintalah pada Allah sepuas-puasnya.

Kau hidup bahagia selama harini pun semua atas izin Allah.
Kau bernafas ni pun semua atas izin Allah. Bukan atas usaha paru-paru kau pun sebenarnya.
Dan berapa banyak cabaran kau dah lalui dalam hidup tetapi semua Allah selesaikan juga akhirnya kan?

Jika Allah nak kau bahagia, datanglah 1001 cabaran pun, kau tetap akan bahagia.

 

Aku pernah alami situasi begini.
Bilamana aku tak faham makhluk bernama lelaki.
Aku rasa aku boleh ubah dia.
Rupanya tak.
Tetapi semuanya berubah bila aku mula berubah.
Aku mula mencari Allah.
Hidup aku segala-galanya aku serah pada Allah.
Semuanya berubah sekelip mata.
Allah beri jalan keluar dalam setiap kekusutan aku dengan cara yang tak disangka-sangka.
Sebab hati dia, bukan aku yg punya
Hati dia Allah yang punya.
Berubahlah kerana Allah.
Jangan kau berubah kerana manusia.
Sebab manusia ni tak ada apa-apa kuasa.

“EVERYBODY WANTS TO CHANGE THE WORLD, BUT NOBODY WANTS TO CHANGE.”

Kau tengok surah Ar Ra’ad ayat 11.
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”

Maka, berubahlah demi Allah.
Allah takkan datangkan orang dalam hidup kita dengan sia-sia.
Samaada dia datang untuk menambah iman kau,
Atau dia datang untuk Allah tengok sejauh mana keimanan kau.

Bila kau rasa kau ada masalah komunikasi dengan manusia, itu tandanya komunikasi kita dengan Allah juga tak berapa nak cantik.

Bila kau rasa suami kau TAK BUAT seperti yang kau minta,
Tanya balik diri sendiri,Kau dah buat ke belum semuanya apa yang ALLAH MINTA?

Jika kau rasa kau tak bahagia, Kau tanya balik apa tujuan kau kat dunia.

Lepas kau sabar,kau tenang, kau carilah nikmat yang boleh kau syukuri.
Kau lihat semula apa yang KAU PATUT PERBAIKI.
Bila kau serah semuanya pada Allah, kau akan nampak semula segala nikmat yang kau patut hargai.
Bila hati kita sangat tenang, semuanya sangat jelas.

HIDUP INI SINGKAT

Hidup ini, terlalu singkat. Kau percayalah. Kau ubah diri kau, semuanya akan berubah.

Dan jika sekalipun perkahwinan kau tak dapat diselamatkan, Allah akan mudahkan segala dan beri 1001 jalan untuk bebas dari dia.
Jika berpisah itu lebih menambah iman, berpisahlah.
Jika bahagia kau bukan di Dunia, InsyaAllah dengan kesabaran kau menahan ujian di Dunia, Allah pasti akan beri kebahagian di Syurga.

Kesatlah air mata,
Kuatkan diri cari Allah semula.
Tanpa Allah kita tiada daya.
Letakkan cinta Allah yang pertama.
InsyaAllah kau tak sesat di Dunia.

****

Deep! Nyata perkongsian ini penuh pengajaran untuk bermanfaat bersama. Bagi rumahtangga bahagia jadikan ia peringatan diri.  Manakala yang retak, jadikan ia pedoman penguat diri. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Biarpun telah berusaha untuk mengelak berlaku, ia tetap berlaku. Itu semua rahsia Allah yang pastinya ada sebabnya. Apa yang pasti muhasabah diri untuk menjadi hambaNYA. Hidup ini singkat. Nikmatinya selagi nyawa di kandung badan. Syukurinya dengan meneruskan kehidupan dengan penuh takwa.