Pembukaan tahun baru 2022 disambut duka pelakon Anita Baharom apabila suami tercinta, Ismadi Ismail menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.
Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kencing manis di kediamannya di Shah Alam, di sini, jam 8 pagi.
“Ujian demi ujian bertandang, terlalu banyak kisah. Saya reda atas pemergian arwah suami dan terima suratan takdir ini.
“Arwah suami sudah berbelas tahun mengidap penyakit kencing manis,” katanya kepada BH Online.
Anita turut memohon orang ramai menitipkan doa untuk arwah suami.
“Saya mohon doa sanak saudara, sahabat dan semua. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan insan yang beriman dan beramal soleh,” katanya ringkas dalam nada sedih.
Dia turut memuatnaik berita tersebut menerusi laman Instagramnya.
Bagaimanapun, Anita belum dapat mengesahkan butiran tepat waktu dan lokasi pengebumian.
Anita dan arwah Ismadi mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Kena Jaga Pemakanan Keluarga. Motivasi Sungguh Perkongsian Doktor Ini!
Apa yang ibu ayah makan, adalah cerminan kesihatan anak masa hadapan. Pemakanan sihat bermakna anda sihat dan sebaliknya. Oleh itu, tidak mustahil dikatakan, penyakit itu diwarisi oleh pemakanannya yang tidak sihat. Sehingggakan anda perlu menyediakan kos perubatan untuk anak-anak. Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahma sungguh motivasi.
Ramai yang bertanya kepada saya tentang caj kansultasi doktor di klinik swasta yang meningkat.
Saya faham situasi di mana sekarang kita terpaksa membayar lebih mahal untuk segala keperluan kita.
Baru-baru ini seorang rakan yang sebelum ini mendapat ubat aspirin dari pihak hospital. Dia membeli ubat tersebut di farmasi. RM35 sekeping. Berbanding dengan RM10 kira-kira lima tahun lalu.
Jadi bukan saja konsultasi yang akan meningkat, tetapi juga harga ubat-ubatan juga telah lama meningkat.
Cuma ada yang tak merasakannya sebab rawatan yang diterima, dibayar oleh majikan.
Apatah lagi rawatan di hospital. Dulu di hospital kerajaan, kesemua kemudahan perubatan hampir percuma. Sekarang tidak lagi. Walau pun dengan harga subsidi, masih dapat lihat peningkatan caj.
Kalau hospital swasta, jangan cakaplah.
Jadi apa yang kita perlu buat?
Kita rakyat Malaysia sudah perlu lebih memberikan perhatian kepada pencegahan penyakit. Kaedah pencegahan penyakit telah lama kita tinggalkan dalam kehidupan kita. Kita banyak tumpukan kepada pendekatan rawatan penyakit.
“Ala apa susah, bil kesihatan saya ditanggung oleh majikan. kalau masuk hospital, pihak insuran akan membayarnya”
Tetapi bila kita sudah sakit, kualiti hidup kita sudah tidak seperti dulu.
Kita mungkin bertongkat, kita mungkin tidak boleh lagi memanjat bukit atau tangga, kita mungkin lagi tidak boleh bercuti ke mana-mana.
Apakah pencegahan penyakit itu terlalu sukar?
Tidak. Ia sebenarnya cara kita menjalani kehidupan ini dengan menukar dan memilih cara yang lebih sihat dan bermanfaat.
Selama ini kita kurang minum air kosong, kita kurang berjalan kaki, kita tidak cukup tidur, kita banyak makan makan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, jiwa kita sentiasa resah dan stress dan kita membenci sayur-sayuran.
Mulakan secara perlahan-lahan sistem kehidupan kita. Penyakit kronik tidak dapat dengan tiba-tiba.
Hari ini kita makan burger yang kaya dengan daging dan lemak, esok kita tidak jatuh sakit, kecuali kita telah mempunyai masalah kesihatan.
Penyakit datang secara beransur-ansur. Dalam pada masa yang sama kita telah menerapkan budaya cara hidup yang tidak sihat pada anak-anak kita dengan memberikan contoh yang tidak baik.
Sebagai contoh ketika kita berumur 50an kita sudah diserang sakit jantung, pada masa itu mungkin anak-anak yang berumur 20-30an kita sudah mengikut cara pemakanan kita dan mereka juga mungkin mendapat akan serangan jantung selepas 10-15 tahun lagi.
Jadi tidak hairanlah kalau ada yang kata “serangan jantung saya ini diwarisi” dari ayah saya.
Pernah dengarkan? Ya kita sebenarnya warisi sistem cara hidup salah sehingga kita hampir pasti mengikuti destitasi yang sama dengan ayah kita.
Jadi bertukarlah dengan memilih cara pemakanan dan kehidupan yang lebih baik. Kita wriskan cara kehidupan dan pemakanan yang bermanfaat.
Saya sendiri bila berumur akhir 40an ini sangat berhati-hati memilih makanan. Alhamdulillah saya amalkan satu sudu minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Rasa lebih sihat dan bertenaga.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Bimbang Lupa Anak Dalam Kereta, Ini Saranan Doktor, Tetapkan Guna Waze!
Kes tular seorang ibu yang kehilangan bayinya baru-baru ini meruntun hati dan emosi seorang ibu. Ibu mana yang mahu meninggalkan anaknya sendiri. Tak mungkin!
Bagi mengelakkan kes yang sama berulang lagi atau bimbang kita leka pada persekitaran, seorang doktor perubatan, Dr Ita Jusnita berkongsi tip menetapkan ingatan atau reminder ini menggunakan aplikasi Waze yang sentiasa menjadi pembantu kita sepanjang memandu.
Sekurang-kurangnya dengan ingatan ini, sebaik sampai ke destinasi, Waze membantu. Mak ayah wajib tetapkan di telefon sekarang!
5 LIFE SAVING STEPS- BAGAIMANA WAZE MUNGKIN MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA KANAK-KANAK
Baru-baru ini seluruh Malaysia hiba di atas musibah yang melanda seorang ibu yang juga merupakan Doktor Perubatan, yang saya pasti tidak sengaja dan bukan atas kehendak dirinya, terlupa bahawa bayinya ditinggalkan di dalam kereta. Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya.
Ini bukan kes baru. Pernah beberapa kali juga musibah ini kita dengar berlaku. Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko kejadian ini berulang?
Saya juga baru mengetahui fungsi di aplikasi Waze ini atas tunjuk ajar seorang sahabat (credit to Kak Muhaida).
Saya berpendapat ianya wajar dikongsi dan mungkin dapat MENYELAMATKAN NYAWA ANAK-ANAK.
Aplikasi Waze boleh set “Child Reminder” dan peringatan akan keluar apabila anda sampai ke destinasi.
Saya tunjuk 5 langkah untuk set reminder ini di ruang gambar dan caption.
Langkah #1
Buka aplikasi Waze dan klik icon 3 garisan seperti dalam gambar.
Langkah #2
Klik butang “Settings”.
Langkah #3
Pilih butang “Reminders”.
Langkah #4
Sikit lagi nak siap. Seterusnya pilih butang “Child Reminder”.
Langkah #5
Boleh customise mesej yang anda mahu. Saya pilih untuk Waze remind saya dengan tanya di mana anak-anak saya, Fateh dan Faisal? Dengan mesej ini, ianya membuatkan saya berfikir sejenak, di mana anak-anak saya ketika itu?
Mesej akak pop-up sejurus kereta sampai dan BERHENTI di destinasi. Contoh di video akhir. Tonton sehingga video tamat ya.
Semoga bermanfaat. Ayuh kita mulakan, sekarang.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pulihkan Tanah Laman Yang Keras Dengan Tanam Kacang Tanah, Ni Sebabnya!
Berdepan dengan masalah tanah di laman rumah yang keras dan tidak subur, menyebabkan ada yang patah semangat untuk bercucuk tanam.
Pun begitu jangan putus asa, apa kata cuba cara yang dikongsikan ini. Kita rawat kesuburan tanah dengan teknik yang mudah sebagaimana yang dikongsikan oleh Zawiyah Mohid ini.
Alhamdulillah, cuba2 menanam kacang tanah, tepi rumah, bila timbang dapatlah sekitar 6 kilo. Cukuplah makan anak beranak.
Kenapa saya tanam kacang tanah? Sebabnya ialah untuk pulihkan tanah agar gembur.. tanah merah awalnya sangat keras, apa lg bila tak hujan.. memang jadi macam batu..
Masa awal menanam saya terpaksa cangkul tanah keras tu setakat ada sedikit lekokkan pada tanah, kemudian atas lekukkan tu saya bubuh tanah bakar hitam agar benih boleh bercambah dan tumbuh dengan elok.
Kalau tak letak tanah hitam, harus benih tak mahu tumbuh sebab keadaan tanah yang sangat keras.
Ini saya teringat pesan orang tua saya.. katanya kalau nak gemburkan tanah dan nak bagi tanah tu elok, hidup maka tanam kacang tanah.
Nanti akar-akar pokok kacang tanah tu buat “kerja” untuk pulihkan tanah agar gembur. Tak tau apa kelebihan pada akar kacang tanah tu. Memang betul, lepas saya cabut pokok-pokok kacang tu tanah jadi gembur dan mudah nak cangkul. Saya nak tanam yang lain pun akan jadi mudah nanti.
Sumber : Zawiyah Mohid