Kala ini, beberapa buah negera seperti Pahang, Kelantan dan Johor sedang mengalami banjir di kawasan tertentu. Air naik dengan cepat hingga mencecah paras lutut di dalam rumah sehingga memaksa penduduk segera berpindah. Lebih menyedihkan ada yang telah menjadi mangsa banjir di Johor beberapa hari lalu.

Kelazimnya apabila berlaku banjir ia akan memberi kesan kepada semua orang termasuk haiwan. Malah mangsa akan dipindahkan ke pusat pemidahan banjir. Semua ini tentunya ada kisah tersendiri.

Sebagaimana perkongsian lelaki ini, coretannya membuatkan kita rasa sebak apabila melihat kepada mangsa banjir yang akan melalui situasi ini.

Ikuti perkongsian ini. Moga kita semua berdoa agar banjir ini segera surut agar mangsa dapat pulang ke rumah.

Ini perkara yang mungkin ramai tak tahu bila berlaku banjir. Ini berdasarkan pengalaman 3 kali duduk pusat pemindahan banjir.

“Ujian Banjir Ini Seksanya Hanya Pernah Alami Aje Faham,” Lelaki Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Banjir. 

1. Makanan BUKAN satu masalah besar. Malah ia berlimpah ruah sampai beberapa bulan tak habis. Semua bagi bantuan makanan.
*Sambil kongsi gambar banjir lepas. Baca di setiap gambar.

2. Masalah terbesar adalah TANDAS.

Semua tandas TAK BERFUNGSI. Lubang tandas dipenuhi air. Tak boleh flush sebab sekeliling kawasan pusat pemindahan banjir juga digenangi air.

Kasihan orang tua, ibu mengandung atau yang ada anak kecil. Bayangkan situasi itu. Siksa & ngeri.

“Ujian Banjir Ini Seksanya Hanya Pernah Alami Aje Faham,” Lelaki Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Banjir. 

Ads

3. Penternak binatang paling kasihan. Ada beratus-ratus ekor lembu, kambing, puluh ribu ekor ayam kena pindah ke tempat lain.

Takde kandang utk letak.
Takde makanan (rumput tenggelam).
Banyak binatang lemas.

Itu belum ayam, kucing dll yang 1-2 minggu duduk atas pokok tak makan.

“Ujian Banjir Ini Seksanya Hanya Pernah Alami Aje Faham,” Lelaki Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Banjir. 

4. Banyak pokok mati.

Bila air bertakung, banyak pokok (buah-buahan, bunga, sayur dll) akan lemas.

Kampung aku langsung takde pokok durian. Ia pokok paling manja. 100% confirm mati bila banjir.

Ads

Pokok paling tahan, pokok sawit. Sebulan bergenang air, takde satupun yang mati.

“Ujian Banjir Ini Seksanya Hanya Pernah Alami Aje Faham,” Lelaki Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Banjir. 

5. Banyak perabot rosak & pintu tak boleh buka.

Kenapa? Perabot zaman sekarang semua dari serbuk kayu. Bila terendam air, kitchen cabinet, almari baju, meja makan, perabot Ikea dll akan kembang & rosak.

Pintu kayu merantipun kembang. Kena ketam semula. SEMUA kena beli lain

“Ujian Banjir Ini Seksanya Hanya Pernah Alami Aje Faham,” Lelaki Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Banjir. 

6. Selamat tinggal karpet dan tikar getah. Kawasan yang selalu banjir akan pasang tiles satu rumah. Senang nak kemas.

Ads

7. Binatang dalam tanah semua keluar. Cacing banyak keluar di lantai tanah (tak timbul). Panjangnya dekat 1 meter. Takut kalau nampak.

“Ujian Banjir Ini Seksanya Hanya Pernah Alami Aje Faham,” Lelaki Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Banjir. 

8. Kena jauhi pokok. Semua jenis binatang liar akan panjat pokok untuk berlindung. Ular sawa, ular tedung, biawak, musang dll.

9. Kejadian kecurian berleluasa. Setiap kali musim banjir, banyak rumah kena pecah masuk. Diaorang ambil kesempatan rumah kosong.

“Ujian Banjir Ini Seksanya Hanya Pernah Alami Aje Faham,” Lelaki Kongsi Pengalaman Jadi Mangsa Banjir. 

10. Banyak penyakit kulit & cirit birit berlaku kat mangsa selama berminggu-minggu.

Cukuplah setakat ini.  Semoga semua tempat yang dilanda banjir di seluruh negara segera pulih. 

Ujian banjir ini seksanya hanya yang pernah alami faham. Emosi, fizikal dan kewangan akan terjejas.

Semoga mangsa banjir tabah dan bersabar hadapi situasi kini yang melanda kawasan masing-masing.

Sumber:  Faisal Rahim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI