Tidak dinafikan ramai ibu bapa kini bimbang bagaimana untuk mendidik anak dengan sempurna. Lebih lagi zaman sekarang ini pelbagai pengaruh persekitaran memboleh menyebab anak mudah alpa.

Lebih-lebih lagi anak ramai. Tentu cabarannya besar dengan pelbagai kerenah anak. Namun, jika seorang ibu bapa itu boleh mendidik anak sehingga membentu jati diri dan kesantunan diri yang mulia. Malah lebih penting, anak-anak tahu menghormati ibu bapanya.

Melalui face book milik Siti Suryani Yaakop , beliau berkongsi sebuah kisah bagaimana seorang ibu yang mempunyai enam orang anak. Masing-masing menujukkan tingkah laku amat menghormati ibunya.

Ikuti perkongsian wanita ini.

Ucapan Terima Kasih Dan Suapan Kismis, Rupanya Pengikat Kasih Anak Dan Ibu Ayah Paling Kuat.

Satu masa tu, saya ada seorang pesakit.
Makcik. Dia sakit lutut. Jadi, tak boleh berjalan dan kena tolak dengan kerusi roda. Dia dulu pernah bekerja. Jadi pembantu makmal.

Lepas suami meninggal, dia duduk dengan anak bongsu dia di sini. Di Selangor. Makcik ni ada anak. 6 orang.

2 doktor.
2 jurutera.
Sorang cikgu.
Sorang meniaga sendiri.
Sukses semuanya.

Hebat kan?
Hebat!
Tapi, tu belum hebat lagi.

Yang lebih hebatnya ialah, setiap kali datang rawatan, makcik ni akan ditemani oleh anak yang berbeza. Minggu ni orang lain. Minggu depan lain. Lain kali lain. Esok lusa lain.

Hebat kan?
Hebat!
Tapi, tu pun tak kira hebat lagi.

Yang lebih lagi hebat dari hebat ialah, anak-anaknya semua tinggal jauh-jauh. Paling dekat pun yang bongsu. Jauh sikit tinggal di Ampang. Yang lain memang jauh sungguh. Perak. Pahang. Dari Johor 2 orang.

Ads

Tapi, tak pernah missed datang teman mak ke hospital walau tinggal jauh mana pun.
.

Saya memang tak adore benda lain. Saya memang adore orang yang berjaya ‘create’ manusia lain jadi manusia. Sebab itu saya tanya tips. Apa makcik buat?
.

TIP BAGI MAKAN KISMIS

Ucapan Terima Kasih Dan Suapan Kismis, Rupanya Pengikat Kasih Anak Dan Ibu Ayah Paling Kuat.

Makcik bagitahu begini. Takda la tips yang special sangat. Cumanya dulu, masa anaknya kecil dulu, setiap kali nak pergi sekolah makcik akan suapkan sarapan.

Bukan sarapan susah-susah sangat. Cuma kismis!

Makcik ambil kismis sorang 7 biji, selawat dan suapkan dalam mulut anak-anak.

Ada masa makcik bagi roti. Secubit sorang. Kadang-kadang susu. Lepas dia minum, dia suap sorang sikit dari cawan yang sama.

Ads

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ANAK

Tapi selain dari tips tu, makcik ni telah tunjuk saya satu lagi tips paling penting. Mungkin dia pun tak perasan.

Saya lihat makcik ni sangat respek anak dia. Sangat-sangat!

Kalau anak dia tolong tarikkan kain, dia akan cakap, “Terima kasih Along”.

Kalau anak dia tolong pimpin tangan dia bila dia berlatih berjalan, dia ucap, “Terima kasih kakak”.

Kalau saya bagi tarikh temujanji, dia akan tanya dulu anak dia sama ada boleh ke tidak untuk hadir. Kalau boleh dia akan sebut, “Alhamdulillah, terima kasih ye Ngah”.

Nanti anak-anak dia akan balas dengan senyuman dan gosokan di tangan atau tepukan di bahu.

Saya tak tahu kenapa. Bila saya nampak perbuatan begitu, saya sebak. Sebak sungguh. Bergenang airmata.

Ads

KASIH SAYANG DAN HORMAT

Makcik sebenarnya dah ajar dan tunjuk saya 2 tips.

Satu, berkasih sayang to the fullest.
Dan kedua, hormat!

Waima itu anak kita sekalipun.

Saya yakin dia tak mulakan benda tu sekarang. Sebab sungguh, nampak flawless sekali. Bukan dibuat-buat.

Kita kadang dengan anak orang kemain baik. Dengan anak sendiri, nauzubillah. Garang!

Kita ingat kita mak, kita berkuasa ke atas dia. Kita fikir dia menumpang kasih kita. Kita lupa, kita pun lebih lagi Tuhan bagi rezeki menumpang kasih dari dia.
.

Saya percaya.
Itulah bayaran sebuah hormat.
Kita jadi apa pun.

Ketua. Mak. Senior.
Hormat!
Sekarang memang. Kita berkuasa, kita boleh buat apa kita suka. Tak peduli apa orang lain rasa. Kadang sampai stress orang lain dibuat oleh kerasnya hati kita.
.

Kalau kita nak tahu apa yang kita dah semai masa kita muda dan berkuasa, tunggu bila kita tua dan dah habis tenaga.

What you give, you get back!

Kredit: Siti Suryani Yaakop
#kaknis

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI