Pernah tak beli ubi, ada lebihan tak ingat nak guna bila perasan dah bertumbuh tunas dan mengecut? Time tu tangan pun laju lah nak membuang! Haaa tahu tak, sebenarnya ubi tu kalau ditanam kerana ia boleh bercambah menjadi hasil yang boleh dimakan bersama keluarga! Nak tanam pula, tak perlu tanah seekar, guna pasu je pun boleh seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Theshaxfeen. Jom ikuti cara-cara yang dikongsinya!
________________________________________________________________________
Saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang. Ni hasil selepas 2 bulan saya tanam. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan tapi saya bukan penyabar, excited nak tengok isinya.
Ubi kentang jika dibeli dan tidak digunakan, akan bertunas dan menjadi kecut. Nak letak dalam masakan pun rasa macam tak segar. Tapi jangan buang tau ubi kentang yang dibeli jika jadi begini. Anda boleh tanam.
Tanaman ubi kentang ini tidak memerlukan tanah yang luas. Jika anda nak cuba tanam kentang, guna je pasu bunga. Sebaiknya tanam dalam pasu yang tinggi. Bila naik anak pokok atau pucuk baru, barulah tambah tanah lagi, sedikit demi sedikit.
Jika ikut cara yang betul, 2 bulan dah boleh tuai hasilnya. Memang seronok dapat tuai hasil dari kebun sendiri. Nak cuba tanam ubi kentang?
CARA TANAM UBI KENTANG DALAM PASU
BAHAN-BAHAN:
1. Ubi kentang
2. Pasu
3. Tanah
4. Lidi
CARA MENANAM:
1. Ambil ubi kentang dan potong separuh. Rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bertujuan supaya akar cepat keluar.
Cucuk dengan lidi supaya kentang tak terendam habis. Jika kentang busuk, akar tidak akan keluar.
2. Bila kentang sudah naik tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian letak kentang.
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Bila pucuk makin meninggi, tambah tanah lagi. Begitulah seterusnya.
4. Siram pokok sehari sekali. Guna baja organik pun dah memadai.
TIPS TANAM KENTANG DALAM PASU!
1. Waktu terbaik untuk tuai ubi kentang adalah bila daun bawah mula menguning. Yang (saya) punya ni hasil selepas 2 bulan, daun masih segar. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan.
2. Bila pokok mula meninggi tambah lagi tanah sebab ubi kentang tu keluar melalui batang.
3. Daun kentang tak boleh dimakan. Kentang juga kena tenggelam sepenuhnya, tak boleh terdedah.
Kentang yang terdedah matahari tak bagus dimakan. Contohnya bila beli kentang, ada bahagian yang hijau, tu tak bagus dimakan.
4. Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas je, dah naik anak pokok baru tambah tanah lagi.
5. Saya tanam dalam pasu je, sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.
Sumber: Facebook Theshaxfeen via Berkebun D Rumah
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!