Ubat Tradisi Sakit Gout Amalkan Je Yang Ni Untuk Redakan Kesakitan. Ramun Pun Mudah Dapat, Boleh Buat Sendiri!

Share

Bila bercakap tentang Gout, lazim kita membayangkan  keadaan di mana ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan dikatakan ianya tersangat sakit. Gout juga boleh menyerang di bahagian sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Rasa sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

Lantaran itu, selain mengamalkan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor, anda juga bolehlah mengamalkan beberapa petua yang dikongsikan ini sebagai usaha  dalam mengurangkan kesakitan yang ditanggung dan sekali gus diharapkan sembuh daripada penyakit tersebut.

Ramuan Ubat Herba Untuk Gout
Salah satu caranya anda boleh amalkan minum air kisaran nanas. Nak tahu detail bahan-bahan dan cara penyediaannya, baca perkongsian penuh di bawah ini.

Photo by Gabriel Yuji on Unsplash

Anda boleh memproses nanas menjadi jus untuk merawat gout. Inilah resipi untuk membuat jus nanas untuk ubat gout.

Bahan :-
100 gram buah nanas
1/2 cawan jus limau nipis
1 sudu teh air halia
6 helai daun pudina

Caranya :-
Cuci nanas dan daun pudina dengan bersih. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Setelah sebati dan sebati, anda minum jus nanas semasa sejuk.
Minum jus nanas secara berkala.

Ini menurut perkongsian daripada  Ana Mahabu Selain itu anda juga boleh amalkan cara yang dikongsikan oleh Kak Zizie via Pesan Bonda.

Tulisnya, petua ini perlu diamalkan 3 bulan sekali. InsyaAllah baik untuk merawat sakit sendi dan Gout

Bahan-bahan:


sebiji Nqnas
250gm lobak putih
3 biji buah keras

Lagkah 1 : Blend semuanya.

 

Langkah 2 : Tapis

 

Langkah 3 :Sediakan untuk diminum dan pada peringkat awal  amalkan minum 3 bulan sekali.