Ubat Cacing Bukan Untuk Kanak-Kanak Aje Tapi Orang Dewasa. Rupanya Ini Sebab Kena Peduli.

Share

Jangan ingat ubat cacing untuk kanak-kanak aje tap sebenarnya ia juga keperluan bagi orang dewasa.

Fakta yang semua perlu tahu adalah orang dewasa tidak terlepas daripada terkena jangkitan cacing.

Bagi orang dewasa pula, jika mereka tidak dirawat, mereka boleh menyebarkannya kepada individu yang lain melalui sentuhan atau suapan makanan.

Cara mengelakkan simptom ini daripada menjadi teruk adalah dengan melakukan pembasmian cacing menggunakan ubat yang kebiasaannya boleh dibeli di farmasi

Nak tahu info lanjut mengenai kepentingan ubat cacing ini ikuti perkongsian oleh Klinik Dr Arifah

.

KEPENTINGAN UBAT CACING
Pengambilan ubat cacing ni di syorkan bermula dari kanak-kanak yang berumur setahun keatas.

Pengambilan sekali dalam tempoh 6 bulan, atau setahun sekali . Tapi bukan setakat budak-budak je tau yang digalakkan ambil ubat cacing ni, kita yang dah dewasa ni pun perlu sebenarnya ambil ubat cacing ni.

Tanda-tanda kecacingan:-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)


* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkandemi kesihatan & kualiti hidup.

Apa yang anda perlu buat :-
1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah


3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada.

Sumber: Klinik Dr Arifah