
Menariknya perkongsian daripada seorang ayah ini apabila berkongsi kisah tentang kelebihan anak lelakinya yang boleh melakar plan rumah walau baru berusia 12 tahun.
Menghargai anugerah tersebut, keluarga ini telah serahkan 100% kepada anaknya untuk melakar rekaan ruang dapur yang ingin diubah suai.
Nyata bukan idea biasa-biasa hasilnya. Jom baca perkongsian penuh di sini.
Sedikit perkongsian, hobi anak sulung saya – Airiel Haziq ysng agak pelik dengan umur dia masa tu 10/11 tahun..sekarang dah 12 tahun.
**media[122397]**
Saya jumpa banyak lakaran-lakaran rumah/bangunan modern design atas meja dia, pastu saya & cik isteri mula belikan drawing board, T square set dan lain-lain…..
**media[122400]**
Dah tengok makin advance saya belikan plak buku-buju rujukan lukisan perspektif/kejuruteraan form 4 & 5 dari DBP..baru darjah 5 dah baca buku form 4/5….
**media[122401]**
Last-last dia terus guna sketch up app….lain macam dh niii…dah macam architect…. Kebetulan baru2 ni mama dia nk buat renovation skit dkt belakang utk mini wet kitchen & bathroom….new assignment diserahkan pada dia utk design….cuba tgk apa yg jadi…
sumber : Mohd Hardy Via Kelab Kaki Deko
6 Tahun Jaga Pokok Kesum, Wanita Ni Kongsi Cara Nak Pastikan Sentiasa Subur & Panjang Jangka Hayat!

Khas buat anda yang telah mencuba menanam kesum tapi tidak menjadi apa kata ikut cara yang dikongsikan oleh pemilik akaun fb Ibrisam Wossali yang menurutnya telah 6 tahun berpenaglaman menjaga pokok kesum. Pastinya ada cara dan tip yang dikongsikan boleh dimanfaatkan dan dijadikan panduan.
“Di sini saya nak kongsikan cara saya menjaga pokok kesom supaya ia sentiasa subur dan panjang jangka hayatnya.
“Selalunya bila nak tanam pokok ni susah betul nak hidup, bila dah hidup pendek pula umurnya. Jadi ini pengalaman saya hampir 6 tahun menjaga pokok kesom ni dari mula tanam sampailah ke hari ini. Asalnya tanam dalam 3 rumpun kecil sahaja, sekarang dah merebak menjadi rumpun yang besar.” ujarnya di dalam perkonsian group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Kerat & Cantas
Bila pokok kesom sudah hampir mengeluarkan bunganya, menandakan pokok sudah matang dan dah tua. Jika dibiarkan berterusan lama kelamaan ia akan mati.
Sebaiknya bila sudah mula nak berbunga, kerat atau cantas. Tinggalkan sejengkal atau dua jengkal dari aras tanah.
Lepas tu tambah sedikit tanah pada rumpun pokok dan beri baja organik dahulu. Kena sentiasa siram pagi dan petang. Pada masa ini penyiraman sangat penting agar tanah sentiasa lembab. Jika tanah selalu kering, pokok akan terus mati pulak. Ingat ya pesanan ini.
Kitaran Baru
Bila sudah nampak pokok mula mengeluarkan pucuk baru, berilah baja kopi ataupun baja NPK Hijau 15:15:15. In syaa Allah pokok kesom akan menjadi pokok baru semula. Inilah kitaran yang kita kena buat untuk pastikan pokok kesom sentiasa subur dan panjang jangka hayatnya.
Ekstra info : Tanam dalam kotak polysterin itu perlu ada air dan tanah. In syaa Allah boleh tahan dalam 4 hari jika tidak di siram. Jika atas tanah tengok keadaan cuaca juga.
Selain itu, polysterin perlu ditebuk pada bahagian tepi sahaja. Dasar jangan ditebuk. Ia bertujuan supaya ada sedikit air bertakung bersama tanah dalam polysterin tersebut.
Sumber : Ibrisam Wossali
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ibu Anak 6 Ni Lebih Tenang & Anak Pun Behave Bila Buat Begini. Memang Boleh Follow!

Menjaga dan menguruskan anak yang seorang pun ada ibu ayah tertanggu emosinya apatah lagi jika berdepan dengan enam orang anak yang pelbagai ragamnya. Memang boleh pening kepala dibuatnya jika tidak dilakukan sebaik mungkin.
Oleh itu, apa cara untuk kita usahakan agar anak-anak mendengar kata dan sekali gus emosi kita sekeluarga lebih tenang?
Ya, membaca dan mendengar alunan bacaan alquran ‘ubat’nya.
Ini sebagaimana yang dipraktikkan dalam keluarga Puan Sarah dan disini dikongsikan pengalamannya untuk sama-sama kita jadikan inspirasi. Jom semak.
Ramai parent yang tercari macamana nak rumah sentiasa bergema dengan ayat Alquran.
Ada yang pasang di handphone. Ada yang pasang di tv.
Tapi cara saya, saya pilih Zikir Dan Surah Harian Plug In ini.
Masyallah! Dah beberapa bulan pakai, sangat lah best. Tak perlu nak cas bagai. On je suis tu.
Saya pernah mengenali seorang ibu.
Yang punya anak berusia 5-7tahun tapi sudah hafal Alkahfi. Saya tanyakan rahsianya macamana sekecil itu boleh menghafal.
Kata ibu muda tersebut..
“Puan pasangkan je Alquran didalam rumah.
Rumah Saya tiada tv. Jadi, Saya pasangkan di komputer dan Saya beli extra speaker.
Saya pastikan dipasang 24jam Dan kedengaran disegenap ruang.
Saya pun tak tahu macamana anak Saya boleh hafal. Sebab kerja dia main je. Tapi Saya yakin, telinga dia tidak pernah tidur.”
Ye.Telinganya tidak pernah tidur. Ayat itu bergema difikiran saya. Sejak itulah, kawan baik Saya perkenalkan zikir plug in ini buat saya.
Saya ibu anak ramai. Suami juga bukan 24jam dirumah. Kerja rumah juga tidak pernah selesai.
Selalu kena curi masa kalau nak mengaji.
Kalau nak duduk menghadap Quran dengan tenang, amat susah sekali dengan adanya anak kecil.
Maka, ini cara saya sejak beberapa bulan ini.
Saya pastikan volume nya tidak terlalu kuat.
Tetapi cukup untuk didengari dan diikuti dengan bibir.
Saya letakkan diruang dapur untuk menemani sepanjang saya memasak, dan sebagainya.
Waktu itulah waktu terbaik saya “curi” masa untuk mengaji sambil membuat kerja. Dan satu lagi diruang bilik anak atau ruangtamu.
Alhamdulillah.Anak-anak selesa.
Saya perasan sesuatu.Emosi anak dan emosi saya juga terkawal. Anak lebih behave dan mendengar kata.
Ada surah Yaasiin, Alkahfi, Arrahman ,dll.
Tips nak bagi hafaz surah untuk anak, ulang sahaja berkali.
Zikir ni just plug in kat suis Dan on 24jam.
Memang nyaring juga bunyinya. Paling best,
Waktu malam jika terjaga. Rumah lebih sejuk dengan alunan sayup zikir Dan alquran berkumandang.
Janganlah pulak ada yg kecam Saya.
Cakap baca Quran pegang mushaf lagi banyak pahala. Tapi sebenarnya, Kita Tak mampu buat kebaikan yang banyak.Sekurangnya Kita mampu memberi manfaat.
Betul Tak?
Saya percaya, “Telinga yang tidak pernah tidur” itu ada hati yang sedang berzikir..
Dapat sesuatu tak?
Semoga bermanfaat buat semua.
Sumber : Sarah Saifuddin
Cili Kisar Disimpan Terbalik, Ada Sebabnya. Memang Unik Cara Ni & Praktikal!

Menyediakan stok cili yang dikisar mestilah tujuannya untuk memudahkan kita memasak dan kalau boleh sekali buat biarlah tahan berminggu-minggu boleh digunakan.
Pun begitu, tidak dinafikan kalau silap gaya menyimpan stok cili kisar ini pasti akan ada seakan kulat putih di bahagian atas.
Bila jadi begitu, mesti ragu-ragu juga untuk digunakan. Masih boleh digunakan ke? Atau perlu dibuang sahaja?
Tidak mahu dibelenggu dengan perasaan dan masalah tersebut, apa kata anda cuba teknik yang dikongsikan oleh Huda Zainal. Menurutnya telah setahun mempraktikkan kaedah tersebut dan terbukti berkesan.
Ini perkongsiannya.
Semenjak kahwin memang tak pernah beli cili boh atau cili giling ready made. Ni sebab terinspirasi dengan ibu mertua.
Cuma masalah utama kalau dah buat stok banyak-banyak cili blend ni akan naik kulat putih bahagian atas.
Bukan tak pernah cuba macam-macam petua. Blend dengan minyaklah, masuk bawang putihlah, letak asam kepinglah. Namun lebih daripada 3 minggu kulat putih tu tetap akan muncul.
Semenjak guna method Youtuber Melisa Maker ni. Alhamdulillah, lebih daripada sebulan pun lansung tak naik kulat.
Teknik ni Melisa Maker guna untuk simpan cheese dan yogurt. Sebab cheese dan yogurt pun akan muncul kulat bahagian atas.
Jadi terfikir untuk buat simpanan terbalik ni untuk cili blend. Sekarang dah nak hampir setahun guna teknik simpan terbalik ni.
Bila terbalik, udara akan berada diatas. Ruang vakum akan terbentuk. Itulah punca kulat tak muncul.
Cuma masalah nak simpan terbalik ni, memang kena cari balang yang betul-betul kedap supaya tak terkeluar atau meleleh air cili tu.
Mula-mula dulu sebelum betul-betul nak pastikan penutup balang jenis kedap. Akan terbalikkan dalam bekas lain dulu. Kalau ada air meleleh keluar maknanya, penutup tu tak cukup kedap.
Sekurang-kurangnya dia meleleh atau terkeluar pun dalam bekas. Tak lah jenuh kita nak mengelap satu peti ais kan?
Ni saya guna balang kaca paste tomyam Thai aje. Alhamdulillah elok kedap tak meleleh air cili blend tu.
Dah lebih setahun saya buat teknik ni. Maaf sangat sebab baru share. Nak bagi betul-betul yakin teknik ni memang berkesan. Baru boleh kongsi dengan orang lain.
Sumber : Huda Zainal
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club