Ubah Sikap Ke Arah Kebaikan Setiap Hari. Ini 13 Cara Yang Kita Tahu Tapi Lupa Nak Buat.

Share

Ramai orang yang pada satu titik tertentu merasa tidak puas dengan hidup mereka atau mula rasa kosong dalam diri. Justeru, ubah sikap menjadi seorang lebih baik untuk kehidupannya.

Sebagaimana perkongsian ini untuk kita muhasabah diri.

Jika anda boleh lakukan perubahan ini setiap hari, maka kehidupan anda akan berubah lebih baik untuk tahun 2021 :


1) Bangun awal pagi setiap hari. Dapat solat sunat tahajud lagi bagus.
2) Membaca al-Quran setiap pagi walaupun hanya 1 muka kerana keberkatan ada padanya.
3) Bersedekah setiap pagi walaupun hanya RM 1.
4) Membaca buku sekitar 5-10 muka setiap hari. Ini sangat bagus untuk kecergasan otak.
5) Maafkan semua orang. Kita maafkan orang, Allah turunkan beribu kerahmatan kepada kita.
6) Mencari guru al-Quran untuk perbaiki bacaan al-Quran.
7) Selawat dan istighfar sekurangnya 100 kali. Kalau tidak mampu, buat yang termampu dahulu.

8) Solat di awal waktu. Bagi lelaki, usahakan diri untuk solat berjemaah.
9) Mendoakan orang lain terutamanya ibu bapa.
10) Baca surah al-Mulk sebelum tidur. Jika tidak mampu, pasang audio surah tersebut.
11) Urus masa dengan baik. Rancang jadual harian sebaiknya.
12) Tanya khabar ibu bapa setiap hari. Jika tidak mampu untuk telefon, mesej untuk bertanya khabar.
13) Sedekah duit pada ibu bapa setiap bulan walaupun hanya RM 5. Anda akan peroleh keberkatan yang sangat luar biasa.

Tak percaya? Tak apa, buat dulu dan rasai perubahan diri hari demi hari, Insha-Allah!
Sikit dan berterusan lebih baik dari banyak tetapi tidak konsisten.
Iwana Aisyah Ab Halim
Menuju redha Ilahi

Sumber: Iwana Aisyah Ab Halim