Ramai orang yang pada satu titik tertentu merasa tidak puas dengan hidup mereka atau mula rasa kosong dalam diri. Justeru, ubah sikap menjadi seorang lebih baik untuk kehidupannya.
Sebagaimana perkongsian ini untuk kita muhasabah diri.
Ads
Ads
Jika anda boleh lakukan perubahan ini setiap hari, maka kehidupan anda akan berubah lebih baik untuk tahun 2021 : 1) Bangun awal pagi setiap hari. Dapat solat sunat tahajud lagi bagus. 2) Membaca al-Quran setiap pagi walaupun hanya 1 muka kerana keberkatan ada padanya. 3) Bersedekah setiap pagi walaupun hanya RM 1. 4) Membaca buku sekitar 5-10 muka setiap hari. Ini sangat bagus untuk kecergasan otak. 5) Maafkan semua orang. Kita maafkan orang, Allah turunkan beribu kerahmatan kepada kita. 6) Mencari guru al-Quran untuk perbaiki bacaan al-Quran. 7) Selawat dan istighfar sekurangnya 100 kali. Kalau tidak mampu, buat yang termampu dahulu. 8) Solat di awal waktu. Bagi lelaki, usahakan diri untuk solat berjemaah. 9) Mendoakan orang lain terutamanya ibu bapa. 10) Baca surah al-Mulk sebelum tidur. Jika tidak mampu, pasang audio surah tersebut. 11) Urus masa dengan baik. Rancang jadual harian sebaiknya. 12) Tanya khabar ibu bapa setiap hari. Jika tidak mampu untuk telefon, mesej untuk bertanya khabar. 13) Sedekah duit pada ibu bapa setiap bulan walaupun hanya RM 5. Anda akan peroleh keberkatan yang sangat luar biasa. Tak percaya? Tak apa, buat dulu dan rasai perubahan diri hari demi hari, Insha-Allah! Sikit dan berterusan lebih baik dari banyak tetapi tidak konsisten. Iwana Aisyah Ab Halim Menuju redha Ilahi
Setiap pasangan yang berkahwin inginkan rumahtangga sentiasa bahagia hingga ke hujung nyawa.
Biarpun perkahwinan itu sudah berusia belasan tahun atau puluhan tahun, namun pasangan tetap sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangan.
Begitu juga dengan membahagiakan isteri terdapat pelbagai cara. Ikuti perkongsian ini.
Cara mudah bahagiakan isteri.
1. Lembutkan hati dan jiwa isteri.
Saya selalu juga ikut kuliah Almarhumah ayahanda masa kecik-kecik dulu. Pesanan dalam kuliah tu untuk orang dewasa tapi sentiasa terngiang-ngiang di telinga saya sehinggalah ke hari ini.
Nak bahagiakan isteri tak perlukan modal dan pengorbanan yang besar. Almarhum selalu pesan, jika nak lembutkan hati dan jiwa seorang isteri, rajin-rajinlah bawa mereka ziarahi orang susah, ziarahi orang sakit, ziarahi anak-anak yatim, bawa ke majlis-majlis keagamaan dan sesekali beri’tikaf di rumah Allah SWT.
Pasti isteri akan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tidak memandang kelebihan dan kekayaan orang lain.
2. Bawa ke tempat isteri sukai.
Bagi seorang isteri dapat keluar rumah dan hirup udara segar adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Pusing-pusing satu tamanpun sudah cukup untuk hilangkan stress dan tekanan mereka.
Bila terlalu penat menguruskan rumahtangga dan anak-anak, isteri perlukan masa untuk pulihkan kembali tenaga mereka, terutama yang miliki anak kecil. Kat tempat kerja ada juga waktu rehat untuk betulkan urat-urat yang tersimpul, solat, makan dan pergi tandas tanpa gangguan.
Di rumah, nak betulkan badan-badan yang lenguh memang tak sempat, makan sambil suap anak, solat kadang-kadang susah nak khusyuk sebab anak panjat belakang, tarik telekung, lalu lalang bawak mainan depan ibu dan paling sedih masuk tandas sama-sama dengan anak.. terpaksa.
Jangan marah jika isteri ajak bercuti. Itulah sahaja cara untuk mereka lepaskan diri dari tekanan dan kepenatan.
3. Spare duit untuk isteri manjakan diri di SPA.
Teringat seorang pensyarah saya di IPTI, setiap bulan mesti hulurkan Rm 300 untuk isterinya manjakan diri di SPA. Katanya itulah kunci kebahagiaan.
Balik rumah, isterinya selalu wangi, jarang mengadu penat, sentiasa cergas, kulitnya halus mulus, cantik. Tak rugi laburkan RM 300 sebulan untuk isteri, hasil yang mereka kecapi lebih bernilai dari segalanya.
Ada juga suami yang tak hantar isteri ke SPA tapi sesekali bawak bidan ( yang urut orang bersalin) datang rumah untuk betulkan urat dan hilangkan rasa lenguh. Apa sahaja usaha yang suami lakukan, pasti isteri akan hargainya.
Isteri yang sihat, kurang membebel dan merungut, suamipun tak sera but dan turut sihat, anak-anak lagilah sihat. Kuncinya, kebajikan isteri mesti terjaga, keperluannya juga tidak diabaikan, tidak sakiti hatinya dan sentiasa bersama-sama dalam membuat keputusan.
4. Hargai bila isteri masak.
Abang, sedap tak saya masak hari nie?
Jangan pandang remeh soalan ini, isteri sebenarnya mahukan penghargaan dari suami.
Berilah jawapan yang isteri mahukan sekalipun tekak kita rasa tak sesedap masakan mak.
5. Prihatin dengan sakit demam isteri.
Ramai isteri yang menguruskan sakit demam suami dan anak-anak, lupa tentang dirinya juga sedang sakit. Kepala pening, badan melayang tetap juga bangun masak, kemas rumah dan menyiapkan segala keperluan.
Suami yang prihatin adalah suami yang paling penyayang.
Sesungguhnya peranan ibu bapa antara faktor kecemerlangan seseorang anak itu. Inilah yang dikatakan anak adalah cerminan ibu bapa. Nyata terbukti apabila anak kepada pelawak terkenal, Allahyarham Mr. Os atau Mohd. Yusof Abdul Hamid iaitu Syafiqa Hayra, 26, berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura, Mesir dengan keputusan cemerlang pada Januari lalu.
Menurut laporan Harian Metro, kejayaannya yang dikecapi adalah sokongan daripada arwah ayahnya.
“Jujurnya, dalam kegembiraan yang dikecapi atas pencapaian hari ini, sebenarnya saya turut bersedih kerana arwah ayah tidak sempat melihat kejayaan saya.
Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah.
“Alhamdulillah, kejayaan ini amat besar maknanya dan terima kasih kepada arwah yang sering memberi semangat untuk meneruskan cita-cita.
Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang berbakti kepada masyarakat kerana Allah,” ujarnya.
Mr. Os meninggal dunia di Hospital Selayang pada 8 April 2016 akibat menderita kanser paru-paru.
Sumber: Instagram Syafiqa Hayra via Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai orang yang sering menggunakan perkataan ‘pening’ apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doktor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar.
.
Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya.
.
Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama ada rasa sakit berdenyut-denyut, rasa seperti ditekan atau dihempap kepala atau rasa menyucuk-nyucuk di dalam kepala. Rasa pening pula adalah rasa seperti kita duduk di atas kerusi dan rakan kita memutarkan kerusi itu. Atau pun kita duduk di kerusi, seluruh bilik berputar mengelilingi kita.
.
Ada juga yang menggunakan istilah pening apabila rasa seperti mahu pitam kerana tiba-tiba rasa kepalanya ringan atau rasa dirinya mahu terbang dari atas tanah. Seolah-olah beliau rasa ditarik ke atas udara secara tiba-tiba. Pesakit ini mungkin rasa tidak stabil dan mahu jatuh. Sebenarnya beliau lebih rasa tidak seimbang lalu mahu jatuh. Ini adalah tanda yang lebih bahaya. Dalam bahasa mediknya disebut sebagai “presyncope”. Ini berlaku apabila kepekatan oksigen yang sampai ke otak tidak mencukupi. Ia mungkin tanda strok, serangan sakit jantung dan sebagainya.
.
Rasa pening juga boleh terjadi apabila seseorang itu bernafas terlalu laju, atau kita sebut sebagai ‘hyperventilation’. Selalunya disebabkan oleh perasaan terlalu risau. Ini pula berlaku apabila terlalu banyak oksigen sementara terlalu sedikit kepekatan karbon dioksida yang sampai sampai ke dalam otak. Perlu ada keseimbangan antara kepekatan oksigen dan karbon dioksida yang kita hirup dari udara.
.
Jadi sangat penting bagi seorang doktor mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar ‘pening’ atau mengalami masalah lain seolah-olah pening. Ini kerana punca, pemeriksaan dan rawatan bagi pening berbeza dengan masalah yang lain.
.
Tetapi apabila selalunya jika seseorang pesakit mengadu pening, selalunya ia merujuk kepada masalah vertigo. Namun sebagai doktor ialah harus memastikan perkara ini dengan bertanyakan beberapa soalan.
.
Antara soalan yang biasa ditanyakan ialah “Puan rasa seluruh bilik ini berpusing atau puan rasa sakit kepala seperti berdenyut-denyut?” Ini dapat membezakan antara dua simptom atau gejala yang berbeza.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...