Ubah Mindset Jika Nak Elak Ketagih Gula. Barulah Sihat Menanti!

Share

Menjaga kesihatan adalah penting untuk setiap orang. Begitulah mengenai penjagaan tahap kandungan gula dalam darah.

Sebagaimana perkongsian oleh lelaki ini yang berkongsi mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri untuk mengelak kencing manis. Moga jadi iktibar bersama perkongsian lelaki ini Muhammad Hassan di laman facebooknya.

Saya ada satu group whatsaapp KENCING MANIS. Group ini di bina oleh sahabat saya diatas kesedaran beliau tentang bahaya kencing manis,dan bahaya ambil pelbagai ubatan dan produk untuk jangka masa panjang.

Jadi setiap hari mereka akan kongsi bacaan gula,diet dan aktiviti.

Kesannya cukup hehat. bacaan gula yang sebelum ini tidak pernah kurang dari 10 mml/L. Sekarang ramai selepas 2 jam makan bacaan gula rata-ratanya 6.2 mml/L ke bawah.

Tanpa produk,tanpa ubatan mahal mahal. Hanya dengan Diet yang betul,bersenam setiap hari,ada yang jogging,ada yang kayuh basikal. Tapi saya bagi syarat stop gula putih,stop teh tarik,stop makan berat (nasi,roti canai,mee goreng) waktu malam selepas jam 8 pm.

Sebelum ini ramai terkejut bila suruh stop dan kurangkan gula dan wajib habiskan air mineral 2 L sehari. Ramai yang kata nanti takut hypo. Saya kata nak berjaya untuk sihat kena follow. Sebab dalam Nasi ada gula,dalam lauk ada gula,dalam buahan pun ada gula. Ambillah gula dari sumber yang lebih sihat.

Sekarang semua faham bila dah sihat. Pergi jumpa doktor pun,doktor dah mula kurangkan dose ubatan,doktor gembira bila tengok bacaan gula,tekanan darah makin baik. Semua kata makin rasa cergas,sihat walaupun tak ambil teh tarik waktu pagi. Bila terminum air yang banyak gula mula cakap tak sedap dah,mesti tak minum dah.

Ubah mindset kita. Tak ambil gula putih,teh tarik nanti hypo,sebenarnya bukan sebab hypo,tapi kita dah ketagih dengan gula putih. Kita sedia maklum gula puteh menyebabkan gula dalam darah meningkat secara mendadak.

Jika tak mampu berhenti gula putih,sekurangnya ambil tahu bahaya apabila gula berlebihan dalam darah. umur 29 dah kena kencing manis,umur 38 dah berada atas kerusi bersama mesin dialisis.

Sekarang kita cuba mula. Dalam apa apa minum tak perlu gula putih. Kopi O tanpa gula,tea o ais tanpa gula. Jus buah tanpa tambahan gula. Tak perlu air gas,air pewarna dan air dalam tin. Insyaallah diet kita akan berjaya.