Ubah Laci Lama Jadi Penyangkut Serbaguna. Kreatif Betul!

Share

Yang mana bertukar almari lama kepada baru tu, selalunya yang lama tu korang buang ke recycle je? Yang mana niat nak buang tu, fikirkan balik! Korang boleh guna lagi tau bahagian tertentu almari tu.

Macam perkongsian dari Norpadilah Binti Afandi ni, transfor laci almari jadi menyangkut serbaguna. Menarik tak? Yang mana berniat nak ikut idea ni, jom cuba!

DIY Multipurpose Hanger

Santai2 je harini, lama dah tak diy kan…sambil2 kemas stor. Jumpa dalam simpanan cover laci lama ni.

Bahan-bahannya :-

Pintu laci yang tak digunakan

Kain buruk

Cat shellac woodstain colour meranti

Penyangkut (hook)

Cara-caranya :-

1) Bersihkan pintu laci yang dah tidak digunakan.

2) Cat guna kain buruk je kekdahnya nak dpt rustic look. Kita guna cat shellac woodstain colour meranti.

3) keringkan cat, kemudian pasang hook ikut keperluan.

4) Inilah hasilnya!