
Yang mana bertukar almari lama kepada baru tu, selalunya yang lama tu korang buang ke recycle je? Yang mana niat nak buang tu, fikirkan balik! Korang boleh guna lagi tau bahagian tertentu almari tu.
Macam perkongsian dari Norpadilah Binti Afandi ni, transfor laci almari jadi menyangkut serbaguna. Menarik tak? Yang mana berniat nak ikut idea ni, jom cuba!
DIY Multipurpose Hanger
Santai2 je harini, lama dah tak diy kan…sambil2 kemas stor. Jumpa dalam simpanan cover laci lama ni.
Bahan-bahannya :-
Pintu laci yang tak digunakan
Kain buruk
Cat shellac woodstain colour meranti
Penyangkut (hook)
Cara-caranya :-
1) Bersihkan pintu laci yang dah tidak digunakan.
2) Cat guna kain buruk je kekdahnya nak dpt rustic look. Kita guna cat shellac woodstain colour meranti.
3) keringkan cat, kemudian pasang hook ikut keperluan.
4) Inilah hasilnya!
Nak Cuti Atau Balik Kampung, Bakul Baju Boleh Lipat Ni Wajib Ada. Tak Payah Kemas Barang, Terus Masuk Kereta Je

Setiap kali nak bercuti atau pulang ke kampung, benda paling leceh nak buat adalah mengemas barang kan. Kalau salah kemas nanti tak muat pula bonet. Jadi, kena kreatif bab mengemas ni. Lagi satu, nak kena pastikan semua barangan atau kelengkapan siap tersedian, tanpa tercicir.
Nah, admin kongsikan panduan dari puan Aribah Ahmad bagaimana kaedah mudah untuk simpan semua barangan terutama bagi yang ada anak ramai.
Saja nak kongsi cara saya simpan segala alat mandian ketika nak balik kampung atau bercuti terutama dengan anak2. Sebab saya ada setengah dozen anak. 4 hero. Biasalah hero-hero ni tak gosok gigi seminggu pun tak kisah.
Jadi mak kena siap siaga dengan satu beg yang memang bila nak balik kampung atau bercuti, angkat je masuk kereta. Selain alat mandian, saya juga letak satu bakul kain yang boleh dilipat. Tak kiralah di kampung atau di hotel saya akan bukak bakul tu dan anak-anak tau nak masukkan kain kotor.
Jadi bila nak balik kalau malas nak lipat masuk beg, angkat jelah bakul tu masuk bonet. Selesai Jom tengok!!






ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Semua Seperti Keluarga…”- Wanita Ni Berbaju Sedondon Dengan 61 Ekor Kucing Di Hari Raya!

“Semua Seperti Keluarga…”- Wanita Ni Berbaju Sedondon Dengan 61 Ekor Kucing Di Pagi Raya!
Bagi setiap pencinta kucing tentunya dapat merasai betapa kehadiran si bulus ini bukan sekadar haiwan peliharaan yang bersifat manja untuk dibelai, malah kucing yang dipelihara itu sering dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Nyata ‘pertalian’ yang wujud begitu istimewa dan begitulah juga yang dirasai oleh Raziellia Nor Saafri yang menetap di Batu Maung, Penang.
Perasaan ini begitu unik. Jika tidak mana mungkin timbul idea buat Raziellia untuk berbaju sedondon bersama anak-anak bulusnya yang sebanyak 61 ekor ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini. Perkongsian video di media sosial bersama anak-anak bulus yang segak berbaju dan bersamping rona ungu benar-benar mencuri perhatian umum.
Difahamkan semua baju kucing tersebut dijahit sendiri oleh ibunya dengan menggunakan 17 meter kain pasang.
“Saya jaga 61 kucing kebanyakannya diselamatkan di jalanan dan ada baka Domestic Short Hair serta tiga kucing berbaka Persian. Semua kucing sudah dianggap seperti keluarga dan tidak akan dilupakan pada Aidilfitri ini, malah mereka juga ada baju raya.
“Ini tahun pertama semua kucing beraya dengan baju raya kerana tahun lalu baju raya mereka tidak sempat siap. Semua baju itu ibu yang jahit, kami guna 17 meter kain yang semeter berharga RM2 dan memang lebih jimat jahit sendiri,” jelasnya.
Tambahnya lagi, diikutkan dia sudah lama memasang niat untuk memakaikan semua kucing pelihraannya baju raya, namun kekangan masa menyebabkan hasratnya selalu tertangguh.
“Tahun ini memang bersungguh-sungguh supaya hasrat itu menjadi kenyataan dan semua baju raya kucing sudah dijahit ibu lebih awal, sejak dua bulan sebelum Ramadan,” katanya.
Ambil Masa Pakaikan Baju Raya
Raziellia berkata, dia mengambil masa 30 minit untuk menyiapkan 61 kucing dengan mengakui ia agak sukar untuk beberapa kucing saja, manakala selebihnya mudah dipakaikan baju.
“Saya mula siapkan mereka pada jam 10 pagi tetapi keadaan cuaca ketika ini menjadi cabaran dan saya tidak boleh membiarkan kucing pakai baju terlalu lama sebab panas,” katanya mengakui tidak berasa terbeban melakukan usaha itu.
Katanya, dia menyimpan impian untuk mempunyai tempat perlindungan kucing untuk menempatkan haiwan jalanan yang kurang bernasib baik supaya kebajikan dan keselamatan mereka terbela.
“Saya pencinta kucing dan bercita-cita mempunyai tempat perlindungan kucing sendiri. Saya berharap dapat menyelamatkan lebih banyak kucing yang kurang bernasib baik,” katanya sebagaimana memetik di Harian Metro.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Walau Diuji Dengan Keuzuran Suami, Ibu Anak Empat Ni Terus Cekal Lalui PKP!

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang diumunkan pasa 18hb yang lalu hingga kini, tentunya setiap antara kita punya jalan cerita yang berbeza.
Dulunya bebas hendak ke mana jua, namun kini terbatas pergerakan. Dulu boleh mencari rezeki dengan gigihnya, namun hari ini terhalang usahanya.
Keadaan ini mungkin ada yang berasa tidak selesa, berasa sukarnya hidup. Namun jangan lupa mungkin apa yang kita rasa susahnya saat ini ada keluarga lain lagi sukar hidupnya pun begitu tetap positif meneruskan hidup.
Ini sebagaimana perkongsian ibu anak empat ini dan semoga anda terinspirasi membacanya.
Assalamulaikum dan Selamat Pagi.
Ini pandangan dari tingkap bilik tidur saya.
Hari ke 11 perintah kawalan pergerakan dan Abe Mie masih belum jemu mengajak saya keluar. Setiap hari ayat yang sama. Mahu ke Kok Lanas dan mahu ke rumah abangnya.
Adakalanya responnya tenang, adakalanya agak keras disusuli tantrum. Jemu di paras maksima barangkali.
Biasanya seminggu sekali saya akan bawa Abe Mie keluar sarapan dan makan malam di luar. Kemudian saya akan bawa Abe Mie ke perkuburan di mana arwah ayah mertua, ibu mertua, dua orang kakak dan seorang abangnya disemadikan.
Kami hanya duduk di dalam kereta di tepi tanah perkuburan. Abe Mie akan menadah tangan sambil tunduk khusyuk membaca doa. Apa agaknya doa Abe Mie. Adakalanya kelihatan butir-butir permata kecil terbit di hujung matanya. Betapa kasihnya beliau pada arwah ayah, arwah mek dan saudaranya.
Perintah kawalan pergerakan amat mencabar buat kami seisi keluarga dengan keadaan mental disability Abe Mie sebegini. Beberapa hari lepas saya lupa kunci pintu bilik stor dan suis lampu bilik tersebut tak boleh dibuka. Jika dibuka akan short circuit bahagian lain di dalam rumah. Tak sempat panggil juruelektrik datang baiki dah kena perintah kawalan pergerakan. Saya beli lampu kalimantang dahulu gantikan lampu dapur dan lampu hall tengah yang rosak. Kipas di hall pun pakai kipas meja dahulu.
Makan minum juga mencabar, serba tidak kena. Sejak sakit begini Abe Mie tak suka makan benda yang sama berulang. Jenuh juga nak masak setiap masa.
Sebelum perintah kawalan pergerakan biasanya saya beli sahaja serba sebungkus untuk Abe Mie makanan berlainan seperti bihun goreng, mee goreng dan nasi serta kuih di waktu pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian terus masukkan ke dalam peti sejuk dan panaskan di dalam microwave sahaja apabila beliau mahu makan. Inilah kaedah yang terbaik setelah try and error selama empat tahun. Saya hanya masak satu jenis lauk untuk saya dan anak-anak.
Setiap hari saya berperang dengan masa. Bukan mudah untuk uruskan serba serbi sambil mencari rezeki dari rumah apabila segalanya di bahu kita. Perkara-perkara remeh seperti memasak dan mengemas ini mencuri banyak masa.Kalian sedang laluinya sekarang bagaimana rasanya bekerja sepenuh masa di rumah.
Saya ada pakej tambahan lain sejak empat tahun yang lalu, bekerja sepenuh masa dari rumah sambil menjaga suami uzur serta tugas uruskan empat orang anak.
Tempoh kawalan pergerakan bertambah meletihkan bagi mereka yang berada di dalam kasut yang sama seperti saya. Sekali keluar perlu harung berbagai urusan sekaligus. Ambil duit, buang sampah, beli groceries, temujanji hospital dan sebagainya. Dalam keadaan sekarang sebagai ketua keluarga mahu tidak mahu perlu uruskannya juga.
Jika kalian masih ada pasangan yang boleh berkongsi rasa, berkongsi penat lelah apatah lagi dalam situasi seperti sekarang…itu sudah cukup hebat buat saya, nikmat besar, nikmat kasih sayang pasangan.
Jika kalian tidak perlu bersekang mata dan lelah emosi setiap hari melayan kerenah pesakit, itu juga nikmat besar kalian ada, nikmat masa.
Begitu juga saya, walaupun diuji dengan kesihatan suami, saya masih Allah swt beri rezeki makan pakai dan gelak tawa anak-anak di dalam rumah ini dengan melimpah ruah.
Begitulah. Kuncinya dari kaca jendela bersih atau kelabu kita pandang aturan hidup kita. Sentiasa bersangka baik dengan Penulis Agung cerita hidup kita, Allah swt.
Zurots
Kerana syurga bukan percuma.
sumber : Azura Abdullah