UAI Jawab Isu Bersalin Dengan Dr Lelaki, Netizen Puji “Beza Bercakap Guna Akal Berbanding Hati”

Share

dua tiga hari ini tular di laman sosial tentang isu lelaki dikatakan ‘dayus’ kerana membiarkan isteri bersalin dengan oleh Dr lelaki.

Bagaimanapun, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan dengan menjawab isu ini menerusi satu perkongsian video di laman Tiktok miliknya.

Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata dalam video tersebut, hukum haram boleh berubah sekiranya darurat dari segi perubatan.

“Dengar baik-baik. Hukum yang asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aurat. Sesama perempuan walaupun aurat haram melihat tetapi lebih berat jika berlainan jantina.

“Tetapi dalam berubat dia ada kadar-kadarnya. Bila masuk sempadan darurat, apa yang haram diangkat sekejap. Allah sebut dalam al-Quran, ‘Barangsiapa yang masuk situasi yang tidak boleh lagi buat pilihan, bukan sengaja atau berlebih-lebihan, tidak berdosa’.

“Asalnya, ‘Allah haramkan kamu makan bangkai, darah dan babi! Tetapi di padang pasir kamu kelaparan, tak jumpa (makanan) tetapi jumpa bangkai. Ada pilihan lain tak? Tak ada!

“Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh. Jadi nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan. Tetapi jika tidak ada doktor perempuan hanya lelaki. Sedangkan beranak itu kritikal, yang berkait dengan dua nyawa iaitu ibu dan anak dalam kandungan.

“Oleh kerana tidak ada doktor perempuan, jadi ambil doktor lelaki maka tidak berdosa. Apa pula kata dayus? Tak haram! Yang haram bila ada doktor perempuan tetapi nak juga doktor lelaki yang selak kain isteri. Faham tak?” katanya.

Malah menurut UAI, hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu membayar kos hospital swasta yang mencecah sehingga RM8,000 untuk proses bersalin.

Manakala hospital kerajaan terpaksa menjadi pilihan keluarga yang sekadar cukup makan dan tidak mempunyai ‘kuasa’ untuk memilih doktor wanita atau lelaki.

“Orang yang ada duit, pergi dekat doktor perempuan di swasta. Dia boleh la (bayar), sekali beranak sampai RM7,000 hingga RM8,000.

“Kalau yang cukup-cukup makan, nak cari mana duit tu. Itu yang pergi hospital kerajaan. Nasib baik dapat doktor perempuan, kalau tak lelaki.. Hukumnya harus kerana tidak ada pilihan!” ujarnya lagi.

@ustazazharidrus SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai ♬ Calm Humming – Nasheed

 Sebelum ini, pasangan pasangan suami isteri, Ustazah Siti Afifah dan Ustaz Zaidi Tohirin menyelar suami yang membiarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki selain melabel sebagaikan mereka sebagai ‘dayus’.

Sumber : Tiktok Ustaz Azhar Idrus