Baru-baru ini Puteri Sarah memaklumkan tindakannya yang mahu saman individu ketiga yang didakwa mengganggunya berhubung isu rumah tangga pada umum. Berita ini mendapat pelbagai reaksi dari orang awa, termasuklah rakan-rakan artis.
Tidak ketinggalan, hos dan usahawan popular, Neelofa Mohd Noor, turut memberikan kata-kata semangat kepada rakan artisnya itu dalam menempuh ujian.
“Kita banyak berborak tentang perkara ini. Sampai satu tahap, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa lagi sebab terlalu teruk pihak ketiga buli awak.
“Ketika itu orang ramai masih belum tahu lagi. Saya sendiri tak sanggup nak hadam, apa lagi awak yang kena laluinya.
“Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat. Satu perkara yang membuatkan saya amat terkesan, dengan segala apa yang terjadi, awak sangatlah mahu menjaga rumah tangga, jaga aib suami awak. Awak banyak mengalah.
“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagian yang berterusan. Amin,” tulis Neelofa di ruangan komen yang dimuat naik oleh Puteri Sarah di laman Instagramnya.
lbu kepada dua cahaya mata kemudiannya membalas komen itu dengan berterima kasi kepada Neelofa kerana selama ini menjadi tempat dia meluahkan perasaan.
“Selama ini saya menangis dekat awak. Akhirnya… terima kasih kerana ajarkan saya segala doa-doa,” balas Sarah.
Terdahulu, Sarah telah memfailkan dua saman terhadap orang ketiga yang menggenggu rumah tangganya. Menurut Sarah, perkara itu telah berlarutan sejak empat tahun lalu
Sarah berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.
Sumber : Instagram Puteri Sarah