Tahniah diucapkan buat pasangan usahawan, Asyraf Khalid dan Tya Arifin yang mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Menerusi Instagramnya, Tya dan suaminya bersama dua cahaya mata mengumumkan jantina anak ketiga itu menerusi sebiji kek sebagai simbolik mendedahkan jantina bayi.
Melalui video itu, Tya dan Asyraf meletakkan gelas di atas kek yang berwarna merah sebagai tanda bayi perempuan.
Keluarga kecil ini dilihat tersenyum kegembiraan dengan kehadiran cahaya mata perempuan yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah.
Sekadar info, Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
Risau Kes Libatkan Kanak-Kanak, Elfira Loy Tak Kisah Berbelanja Lebih Hantar Anak Ke Sekolah Dipercayai!
Kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat asuhan dan taska yang kian berleluasa membuatkan pelakon Elfira Loy sanggup berbelanja lebih untuk menghantar dua orang cahaya matanya ke sekolah yang boleh dipercayai.
Semuanya bagi memastikan keselamatan dua anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla lebih terjamin.
“Kisah-kisah ini menjadikan saya takut dan sanggup berbelanja lebih untuk hantar anak-anak ke sekolah yang dipercayai.
“Buat masa ini saya hanya rasa takut, berjaga-jaga dan mampu berdoa untuk mereka.
“Semua cerita (kes dera) merupakan peringatan untuk saya agar sentiasa bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan termasuk aktiviti dilakukan oleh anak-anak yang terdedah dengan banyak perkara di luar,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah dua buah hatinya, Rayyan dan Aria yang kini semakin membesar, Elfira lebih senang membesarkan keduanya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.
Kata Elfira lagi dia paling beruntung kerana mendapat sokongan dan bantuan dari suaminya, Faris Khairol yang turut sama membantunya menguruskan dua anaknya di rumah.
“Bukanlah tidak percaya tetapi apabila saya ambil keputusan untuk memiliki anak, memang saya nak jaga sendiri dan suka menjadi seorang ibu.
“Menjadi seorang ibu adalah tanggungjawab dan ini juga adalah nikmat yang Allah SWT beri sebab dapat masa bersama anak-anak.
“Banyak kelebihan dapat jaga anak sendiri seperti mengajar mereka tentang ilmu agama dan perkara-perkara yang baik,” ujarnya.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Muhammad Farish Khairol Anuar mendirikan rumahtangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.
Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Sebak! Ibu Check Anak Tidur, Rupanya Tengah Ambil Gambar Arwah Ayah Dakap Buat Tidur
Kehilangan seseorang yang disayangi dalam hidup ini sememangnya meninggalkan luka yang mendalam di hati. Terutamanya orang itu adalah ahli keluarga kita sendiri, tidak boleh bayangkan hidup kita tanpa mereka sepanjang hayat ini.
Bila perginya seorang bapa, pemimpin untuk keluarga memberi impak pada anak-anak terutamanya bagi anak lelaki. Tiada lagi orang yang boleh dijadikan idola dalam hidupnya. Malah tiada lagi orang yang hendak mereka bermanja meminta itu ini seperti kanak-kanak yang lain.
Itulah yang dirasai oleh anak ini, gelagatnya bukan sahaja meruntun hati si ibu, tetapi bagi siapa yang melihatnya turut merasa sebak.
Menurut pemilik video, dia sebenarnya mahu memeriksa sama ada anak-anaknya sudah tidur atau belum apabila dia menyaksikan anak keduanya yang dipanggil Bang Ngah sedang menatap dan memeluk foto seseorang.
“Ingat nak check je anak-anak dah tidur ke belum. Tak sangka ini yang mama tengok. Sedih mama.”
Katanya lagi, foto tersebut adalah gambar arwah suaminya. Mungkin anaknya tidak dapat melelapkan mata, lalu mengeluarkan foto tersebut dari laci dan kemudian dihulurkan kepada adik kecil yang dipanggil Baby. Sambil menatap gambar Abahnya, dia turut dilihat seperti bercerita dengan Baby.
“Tengok gambar Abah sama-sama dengan Baby. Bagi Baby peluk gambar Abah.”
Anaknya dilihat cuba untuk tidur tetapi mungkin rasa rindu membuatkan dia sukar tidur. Kemudian Bang Ngah ambil semula foto Abah dari Baby untuk dicium dan dipeluk. Masih tak dapat tidur, Bang Ngah terus menatap foto Abahnya itu.
“Bang Ngah ni suka cerita kat Baby pasal Abah walaupun Baby tak sempat kenal sebab dia baru sebulan lebih masa tu. Sebab tu Baby selalu sebut pasal Abah walaupun tak sempat nak kenal, nak bermanja. Banyak benda dia tahu.”
Sambil melelapkan mata, tangan Bang Ngah masih erat memeluk foto Abah dan kemudian dia dilihat seperti sedang mengelap matanya.
“Still peluk gambar, tak tahu nak gambarkan betapa rindunya anak-anak dekat Abang.”
Tonton video ini;
@eldazaimansemoga terus kuat anak²ku.. 🥺nangislah kalau dengan cara tu dapat legakan hati..😢mama tau bang ngah kuat..anak² mama semua kuat..mama & arwah abah syg semua dunia akhirat..jangan sedih sebab nanti mama pun sedih 🥺😭♬ original sound – eldazaiman
Masih sukar untuk tidur, Bang Ngah dilihat berkata sesuatu kepada Baby dan kemudian menangis tetapi segera dilap kerana tak mahu adiknya itu nampak. Foto Abahnya ditatap lagi sebelum Bang Ngah dilihat mengelap air matanya.
“Mama dah tak tahan sedih dah masa tengok ni, Mama tahu banyak Abang Ngah pendam tapi tak cakap. Sungguh kadang-kadang Mama pun tak kuat sebenarnya. Jangan lupa selalu doakan Abah setiap kali habis solat. Mama dan abah sayang semua anak-anak dunia akhirat.”
Mengakhiri videonya, beliau mendoakan agar anak-anaknya dipertemukan dengan Abah mereka di ‘sana’ nanti. Difahamkan Allahyarham Zawawi bin Hj Mohd telah meninggal dunia pada Jun 2018 pada bulan Ramadan. Semoga ibu ini dan dan anak-anaknya terus diberikan kekuatan untuk menempuh ujian berat ini.
Sumber : @eldazaiman
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
“Cantik & tenang suasana, Bestnya tak Ada Kes.” Ditegur Tak Pakai Mask Ketika Keluar, Ini Jawapan Dayah Bakar!
Umum mengetahui akan keberadaan Dayah Bakar di samping suaminya di Australia. Pengacara dan penyanyi ini mengambil keputusan untuk berada di samping suaminya selepas setahun berpisah dek kerana tuntutan kerja suaminya.
Dayah juga tidak lokek untuk berkongsi video serta gambar sepanjang bersama suami dan anak lelakinya di sana.
Dalam pada itu, timbul persoalan daripada warganet akan situasinya yang dilihat tidak memakai pelitup muka walaupun berada di tempat awam.
Menjelaskan situasi tersebut, Dayah memuat naik satu video pendek sekaligus merungkai pertanyaan ramai tentang hal tersebut.
Assalamualaikum semua .
Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, dan hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day .
Bila Dayah di sampai Weston Park, Dayah tak stop cakap “ Ya Allah cantiknyaaa, masha Allah subhanallah”
Looks like a painting but it’s real 😍
Anyway, Dayah dapat banyak sgt soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini , tak ada covid ke ? Let me answer once and for all ya. Dekat Canberra dah months tak ada case Covid . Tidak perlu pakai mask , but they still practise SOP seperti social distancing , sanitize tangan selalu .( walaupun 0 case , reminder is everywhere )
I hope this explains ! 😊
P/s : This is also the first time bawa @joie_malaysia Versatrex keluar , and it’s amazing how sturdy it is . Naik atas grass, permukaan tak rata , bukit , semua steady je ! 🙌🏻
Rata-rata bukan sahaja berpuas hati dengan penjelasan Dayah, bahkan turut excited dengan keindahan tempat tersebut.