
Siaran TV Pendidikan akan kembali menerusi TV Okey RTM mulai hari ni selama dua jam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif ini dengan mengadakan sesi pembelajaran melalui TV Pendidikan. Kementerian Pendidikan menerusi Facebook memaklumkan siaran itu boleh ditonton menerusi Saluran 110 myFreeview, 146 Astro dan Astro NJOI.
Ia disiarkan selama dua jam mulai 9 pagi hingga 10 pagi dan 1 tengah hari hingga 2 petang.
Semoga bermanfaat untuk anak-anak.
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia
“Abang Masukkan Jari, Jadi Sakit.” Anak Perempuan 4 Tahun Dicabul Anak pengasuh, Ini Yang Ibu Bapa Patut Buat Elak Anak Kena Cabul.

Kes cabul dikalangan kanak-kanak tidka boleh dipandang ringan. kes sebegini sudah terlalu banyak dilaporkan oleh media. Paling merunsingkan, si pelaku adalah orang terdekat yang paling dipercayai.
Justeru, sebagai ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam hal ini bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa.
Saudara Firdaus Mokhtar berkongsi satu kisah pesakit wanita yang menderita depresi akibat anak perempuannya dicabul oleh anak lelaki pengasuh.
Semoga kisah ini menjadi teladan untuk ibu bapa lain supaya berhati-hati dalam menjaga keselamatan anak-anak. Dalam masa yang sama kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
“Saya tak percaya siapa-siapa!” Kata seorang pesakit kepada isteri saya.
Meskipun sesi telah berjalan lama, emosi pesakit ini masih belum dapat ditenangkan. Iyalah, itu adalah sesi yang pertama. Memang kes-kes macam ini kena lalui beberapa sesi.
Pada mulanya dia tak banyak bercerita. Namun akhirnya dia berani untuk buka mulut.
Dia bukan sengaja untuk selalu tidak ke tempat kerja. Kerap ambil cuti. Sampai cuti tahunan habis. Ambil pula cuti tanpa gaji. Akhirnya bila hujung bulan gaji jadi sikit. Tekanan!
Pesakit ini dirujuk ke hospital kerana major depression disorder (MDD). Dia jadi marah tiba-tiba. Menangis tiba-tiba tanpa sebab. Terlalu berfikir dan selalu berdebar-debar. Takut dengan macam-macam benda.
“Saya tak sangka anak dia buat macam tu. Anak lelaki dia baru tingkatan 1,” air mata pesakit tadi mula jatuh. Dia mula tak tenteram.
Anak perempuan pesakit ini berusia 4 tahun. Dicabul oleh anak lelaki pengasuh. Entah berapa lama dah jadi, tak diketahui.
Cuma akhirnya dapat tahu bila satu hari anak dia mengadu sakit di kemaluan masa mak dia mandikan dia. Anak dia kata anak pengasuh masukkan jari ke kemaluan. Jadi sakit.
“Lama dah ke abang L buat macam tu?” Soal pesakit tadi ke anak dia.
“Dah lama. Tapi sebelum ni usik usik je,” balas anak tadi.
Luluh hati mak ini. Anak yang dijaga sehabis baik diperlakukan begitu oleh orang lain.
Menambah tekanan bila ditanya ke pengasuh, dia dimarahi. Malah diugut pula.
“Kalau pergi buat laporan polis, aku pun akan buat laporan polis juga. Kau tuduh anak aku buat bukan-bukan. Percaya sangat cakap budak umur 4 tahun!”
Eh, aku pula geram. Hah! Akhirnya laporan dibuat, pemeriksaan hospital mengesahkan memang anak dia dicabul dan ada kesan tusukan.
Maka sejak itu pesakit ini tadi tidak percayakan siapa-siapa. Termasuk timbul ragu-ragu dan ketakutan kepada suami sendiri. Jadi depresi.
Dia tak pergi kerja sebab dia nak pastikan dia sendiri jaga anak dia. Tengok depan mata. Ada selalu sebelah anak dia. Begitu.
Kalian semua, ini sedang berlaku. Malah banyaknya kes begini di negara kita.
Saya kepilkan laporan statistik PDRM kes pedofilia yang keluar semalam di dada akhbar Sinar Harian. Ada banyak data cuma saya lampirkan data tentang hubungan suspek dengan mangsa.
Ada banyak pemangsa yang datang daripada pelbagai latar belakang dan perhubungan. Ada yang jauh, ada yang memang keluarga terdekat.
Ya Tuhan, dunia apa yang kita sedang hadap ini? Menakutkan.
Bukanlah niat saya untuk menimbulkan ketakutan kita buat orang sekeliling kita. Tapi kita kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
Maka pesan saya;
1. Ajar mereka soal menjaga kehormatan mereka daripada disentuh oleh orang lain. Sesiapa sahaja dilarang menyentuh kemaluan mereka. Sebut sungguh supaya kes begini boleh kita jauhkan.
2. Berhati-hati memilih pengasuh. Kenali juga keluarga terdekat pengasuh. Suami dia kerja atau tidak, anak pengasuh umur berapa, ada sesiapa lagi tak yang tinggal di rumah pengasuh.
3. Ajar anak sensitif dengan persekitaran. Rajin berbual dengan anak-anak. Supaya anak-anak tidak rasa janggal untuk berkongsi masalah dengan kita.
Bila kes macam ini berlaku, kesannya bukannya kecil. Bukan satu-satu keluarga tapi mungkin akan meruntuhkan sebuah rumahtangga. Iya, rumahtangga mangsa tahu, bukan rumahtangga si pemangsa tadi.
Kesannya juga akan kekal lama. Pada emosi mangsa dan keluarga mangsa tadi. Macam saya pernah tulis sebelum ini, kadang sampai mangsa ini dewasa. Boleh jadi Post Traumatic Stress Disorder bertahun lama.
Allahu.
Kawan-kawan, semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Tuhan. Sebarkan demi kebaikan kita bersama.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Kasihanilah kami wahai Tuhan.
“Tiap-Tiap Malam Sembang Macam Zaman Baru Bercinta Walhal Dah 5 Tahun Kahwin.”- Hairul Azreen

Bersyukur rasanya apabila memiliki pasangan yang sehati sejiwa. Kebahagiaan semakin bertambah dengan kehadiran zuriat, pelengkap ikatan kasih sayang suami isteri.
Apatah lagi, apabila pasangan tidak pernah lupa akan hari-hari Istimewa baik hari jadi mahupun ulang tahun perkahwinan.
Hairul Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha memang cukup dikenali sebagai pasangan yang romantik dan bahagia.
Dalam perkongsian nya menerusi laman instagram, Hairul berkongsi ucapan sempena hari jadi isteri tersayang. Cukup sweet sambil mengimbau kenangan lalu.
Happy birthday to my wife, @haniszalikha
Tak sangka inilah wajah isteri saya,
dari zaman kawan,bercinta, tunang & sampai lah dah ada Yusuf & Alisa , HAaaa ( Jibu ) 🤣 takpernah pun terfikir dapat isteri secantik ayg, tiap2 malam.
Kita sembang mcm zaman baru bercinta walhal dah hampir 5 tahun kita kahwin, selalu beborak betulkan salah silap kita berdua, salah silap kita dgn keluarga , salah silap kita dgn kawan2 , dgn kerjaya tak pernah jemu pandang & sembang dgn ayg , hehe.
I tau la i yg paling manja selalu mengadu pasal shooting i nak buat itu i nak buat ini n ayg setia mendengar pastu bagi pendapat yg terus i rasa nak peluk kuat2 hehe
HANIS ZALIKHA ayang lah buat i jadi kuat utk berjaya 💪🙏🏻💪
ermmmm tak tau nak ckp apa lagi hehe rasa malu plak tulis mcm ni, tp terima kasih jadi mak kepada anak2 kita, semoga ayg panjang umur & InsyaAllah sama2 kita bawa Keluarga ke jannah dgn izin Allah
“Sedap Nama Anak.” Peminat Syukur Dapat Tatap Wajah Nak Jihan Muse

Akhirnya pengacara, pelawak dan pelakon terkenal tanah,Jihan Muse kenalkan anak kedua.
Ramai peminat teruja melihat ‘ hero’ kedua pengacara popular itu.
Menerusi hantaran di instagramnya, Jihan Muse kongsi wajah anak dan memilih nama Ungku Altamis Barr.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Assalamualaikum.. izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Ungku Hariz Faizal.”
RAKAN ARTIS & WARGANET UCAP TAHNIAH
Meninjau di ruangan komen mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah buat pasangan itu
Untuk rekod, pengacara berusia 39 tahun itu selamat melahirkan Ungku Altamis Barr di sebuah pusat perubatan swasta pada 6 September lalu.
Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq kini berusia 4 tahun.
Sumber: Instagram Jihan Muse
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club