Sekarang ni boleh dikatakan semua rumah akan ada satu bilik yang ada tandas kan? Dan semestinya terletak dalam bilik utama. Betul tak?
Kalau ikutkan, untung siapa yang duduk di bilik ada tandas tu, bukan sahaja tak perlu berebut dengan orang lain, malah lebih privasi orang kata.
Tapi, pernah terfikir tak sebenarnya bagus ke ada tandas dalam bilik? Ada kata, tak patuh syariah. Betul ke? Nak tahu, jom ikuti perkongsian dari Khairunnisa Hamzah di laman Facebook miliknya mengenai keadaan tandas di dalam bilik tidur.
Tandas dalam bilik tidur tidak patuh syariah?
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.
Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”. Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah saya menghadiri satu majlis perkahwinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Ads
Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : ” Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”
Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”
Kesian makcik ini yang dalam keadaan penat dan lemah, terpaksa baring di katil mengadap pintu tandas.
Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?
Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt
Rasullullah ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
Ads
1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”
(HR. Bukhori 5624)
2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)
Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.
Tempoh hari doktor O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?”
Ads
Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.
“Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik? Sebab i rasa perlu tandas dalam bilik atas faktor mudah penjagaan aurat“.
“Boleh. Kena kreatif sikitlah dokter. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas r&r tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke”
Seronok dokter bila kita bagi idea.
Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.
Anak-anak yang membesar perlukan didikan yang tepat bagi membolehkan mereka menjadi anak yang lebih bertanggungjawab dan lebih prihatin apabila membesar.
Anak-anak kita sebenarnya boleh mengikut karektor dan sikap mereka sendiri jika tidak dibendung.
Salah satu cara didikan yang mudah adalah dengan mengajarkan kemahiran berumah tangga kepada mereka sebagai persediaan kepada tanggungjawab pada diri
sendiri. Jika mereka punya rasa tanggungjawab pada diri, seterusnya pastilah pada keluarga mereka sendiri kelak.
Bukan hanya pada anak perempuan, anak bujang kita juga wajib buat perkara ini supaya lebih rasa tanggungjawab. Jom ikut tip mudah ini.
1. Periksa Barang Dapur
Minta anak perempuan jadi pemeriksa kita setiap kali barang dapur habis bekalannya. Ajar dia untuk periksa peti ais dan stok bekalan basah seperti ikan dan sebagainya setiap minggu atau setiap hari. Biar dia tahu peranannya besar dalam rumah kita. Lama kelamaan dia akan rasa lebih bertanggungjawab pada amalan yang satu ini.
2. Periksa Stok Beras
Ini merupakan amalan yang dilakukan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki kepada anak lelakinya. Setiap kali beras habis, dia akan minta ibu dan ayah belikan dengan segera tanpa menunggu hari esok. Cara ini bagi membiasakan diri anak lelaki dengan selok belok dapur. Nampak remeh tapi sebenarnya ia mengajar anak lelaki kita lebih bertanggungjawab.
3. Kunci Pintu
Sebelum hendak masuk tidur, amanahkan seorang anak-anak kita untuk periksa pintu rumah, samada sudah dikunci ataupun tidak. Selain rasa tanggungjawab pada
keluarga yang lain, ia juga mendorang anak kita jadi lebih berani.
4. Bayar Di Kaunter
Latih anak kita bayar makanan yang dia beli di kaunter sendiri. Cara ini bukan hanya latih anak lebih berani tetapi mesti bertanggungjawab pada barangan yang diambilnya. Amanah pada diri sendiri, itu penting.
5. Susun Kasut
Bagi tugas mudah ini pada si bongsu anda yang masih kecil. Latih dia untuk susun kasut setiap ahli rumah sebelum melangkah masuk ke rumah. Persoalkan dia jika kasut tidak disusun dalam keadaan baik. Cara ini bukan hanya buat anak lebih menjaga kebersihan tetapi disiplin diri yang tinggi.
6. Kemas Katil
Ajar kesemua anak kita baik lelaki mahupun perempuan untuk kemaskan katil sendiri apabila bangun tidur. Ini penting bagi mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan selebihnya pada keluarga. Kalau kita biasakan mereka, lama-lama pasti jadi tabiat terpuji.
7. Ajar Anak Sedekah
Kalau ke surau atau juga ada peminta sedekah yang datang ke meja kita ketika makan, ajar anak-anak bersedekah sendiri dengan tangan mereka. Selain mengajar rasa simpati kepada golongan susah, kita juga mendidik anak untuk bersedekah. Setiap kali dapat duit kecil, minta dia asingkan untuk bersedekah.
8. Tolong Angkat Barang
Nampak macam mendera anak tapi sebenarnya ia satu proses mendidik. Minta anak-anak angkatkan kesemua barang yang kita beli ke dalam kereta seterusnya ke dalam rumah. Nampak remeh tapi ia mengajar anak bertanggungjawab dan rasa hormat.
9. Pilih Ikan Di Pasar
Ini aktiviti yang menyeronokkan. Minta anak pilih sendiri ikan yang mereka suka di pasar. Selain berkongsi ilmu, ia juga bagi membiasakan mereka dengan ilmu rumah tangga.
10. Ajar Masak
Tak kira samada anak lelaki atau perempuan, ajar mereka untuk tolong memasak di dapur. Seawal usia 5 tahun lagi mintalah mereka turut serta. Anak lelaki terutamanya, ajar mereka memasak dengan cara yang betul supaya ilmu ini boleh dibawa mereka ke mana-mana terutama selepas berkahwin. Penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, apa yang boleh dijimatkan, kita jimatkan. Begitu dengan wanita ini. Beliau membeli almari lama pada harga yang murah. Seterusnya membuat pengubahsuaian dengan melakukan sendiri proses cat perabot. Hasilnya memang superb. Nampak baru. Apa yang menarik, hanya bajet RM38 aje kos untuk membeli perkakasan cat untuk makeover almari lama berkenaan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
SebelumSelepas. Akhirnya selepass 3jam mengadap… alhamdullilah siap juga..nak menangis ooo tengokk.. Soft gile warna ni..Eeee santek.. sayang pula nak guna.. Untuk almari setinggi ni guna setengah liter pun tak sampai..sekarang dok pikir mana lagi nak guna cat n
MAKEOVER ALMARI KABINET dengan CUMA RM38jee.
Sebenarnya minggu ni kite dok perhati je ahli dalam group Kelab Deko Sebelum & Selepas ni dok cat lemari lama semula.. Punyela suke ,hari2 dok cerita sambil tunjuk post2 dalam ni kat suami.mcm biasa lelaki kan… Dia cuma kate ok… ok jeeeee.. Eee stress.. Sebabkan rumah takde cabinet lagi..memang nak belilah almari baru macamni…kedai perabot pun dah buka…senangla..dok scrol fb Terjumpe pula page Perabot Terpakai Senawang jual lemari ni… Ya ampunnnn harga pun murah,kalu beli baru nk 2-3x ganda harga… Kite bukan kedekut ehhh tapi minat dan nilai hasil kerja kite sendiri.Kalau beli baru confirm² dak suami tak bagi cat² mcmni…mesti sayang..tau dah. Masa ditunggu dah tibe .. Suami pula takde 2-3harini..ape lg terus onnnn….ahh jumlaaa kite cite kat gambarrr..step².
Upsss… tq kat akak² & abang² yang share makeover cabinet ni. 100% kite follow tunjuk ajar. Alhamdullilah jadi
Untuk cat pada pembuka almari tu kite guna ni. Rm9.00 je. Nak colour gold katenyeee…
Maaf saya edit skit part berus cat.. Pertama sekali minta maaf 1st time buat kerja mengecat ni memang sy tak alert bab sumber bulu tu.. Sy pun tak sure sumber dari Pe..berus pun dah ke tong dah.. Terima.kasih pada yang menegur insyallah lepas ni.lebih alert. Tp kalau kita dah guna kira camnee ehhhtlg jwb mana yg arif..
Lagi satu…sy takde thiner nak ilangkan cat kat tangan ni haaa.lupe beli. Ape lagi ambi minyak masak goreng ikan yang dah naik itam tuuuu…sapu,dan lumur kat tangan…hilang
Melakukan kerja-kerja rumah bukanlah semudah yang disangkakan. Penatnya hanya Tuhan yang tahu.
Dari awal dinihari membawa ke tengah malam, urusan rumah tangga takkan pernah siap. Ketika meletakkan kepala dan tidur itulah waktu rehat buat seorang wanita bergelar suri rumah.
Bagi yang berkerja, keletihan berganda dirasai usai pulang dari kerja, perlu membereskan urusna rumah tangga.
Justeru, sebagai suami kena menghargai dan selalu ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah. Tidak perlu pakar seperti chef untuk memasak, memadai boleh menyediakan menu untuk hidangan seisi keluarga.
Atau jika tidak pandai memasak, boleh membantu isteri membasuh pakaian mahupun pinggan atau boleh juga mengemas.
Sebenarnya nak bahagiakan isteri yang penat bukanlah sesukar mana. Tidka perlu barangan mewah atau wang ringgit yang banyak. Tetapi pertolongan yang suami hulurkan adalah yang terbaik.
Shaza Baharuddin kongsikan 6 cara yang boleh para suami lakukan bagi meredakan tekanan isteri. Jom baca, moga bermanfaat untuk semua!
Catatan Shaza
Setiap isteri pasti merasa tertekan apatah lagi bagi mereka yang bekerjaya. Begitu juga dengan suri rumah yang terpaksa membuat pelbagai kerja seawal membuka mata sehinggalah ketika masuk tidur. Bak kata orang, kerja suri rumah tidak pernah habis.
Saya juga tidak terkecuali maka saya hasilkan buku bertajuk 99 Stress Free Wife. Buku yang menceritakan kisah-kisah geram dengan kerenah suami namun di sebaliknya ada pengajaran yang tersirat. Namun perlu diingati, suami tetap perlu dihormati. Stress ala-ala manja sahajakan.
Bila isteri tertekan, apa yang perlu suami lakukan? Ada pelbagai cara suami boleh meredakan tekanan isteri, antaranya ialah :
1. Bawalah isteri berjalan-jalan. Sekali seminggu apa salahnya. Pergi ke tasik, tengok wayang, bawa pergi berkelah, kalau tiada bajet ajak ke pasar malam pun sudah menggembirakan hati isteri. Jika ada duit lebih, setiap dua bulan duduklah di hotel, bak kata orang berhoneymoon.
2. Jika berkesempatan suami bawalah anak-anak ke taman pada waktu petang. Main bola dengan anak-anak. Temani anak-anak perempuan bermain buaian. Berikan masa untuk isteri berehat, ‘me time’. Biarkan si isteri melayan perasaan menonton drama di waktu petang.
3. Bawa berbincang dengan suami apabila ada isu. Jangan biarkan isteri memendam rasa. Tadahkan telinga mendengar celoteh dan bebelan isteri tentang kenakalan anak-anak. Tetapi, janganlah pula ikut sama membawang dengan isteri.
4. Tolong kerja-kerja isteri. Cuci pinggan, jaga anak, kemas meja dan sebagainya. Musim hujan ni apa kata tawarkan diri pergi ke kedai dobi untuk membasuh baju. Ala, buatlah apa-apa kerja di rumah pun, isteri pasti suka.
5. Mohon pada suami jangan bawa masalah kerja ke rumah. Rumah adalah tempat berehat. Ceriakan isteri. Biar dia gembira dengan kepulangan suami. Sentiasa bergurau dengan isteri, buat lawak walaupun punchline hampeh.
6. Berilah isteri rehat seminggu sekali. Bagi isteri off day untuk sehari. Bawa dan belanja isteri makan di luar. Tanyalah selera isteri.
Sebenarnya banyak cara seorang suami boleh membahagiakan isterinya. Hargailah pasangan ketika mereka masih ada. Kita berkahwin untuk bahagia, bukannya untuk menderita.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.