Turunkan Suhu Badan Dengan Cepat, Mak-mak Sila Kenali 2 Jenis Ubat Ni!

Share

Kejadian anak demam biasanya bukanlah menunjukkan keadaan yang sangat merbahaya, namun bila terjadi pada waktu malam dan suhu pula menjadi tinggi pasti sahaja menyebabkan kita sebagai ibu ayah berasa bimbang.

Hendak dibawa ke klinik sudah lewat malam dan takut juga suhu panas tidak turun-turun walaupun sudah dituam dahi dan diberikan makan ubat cecair.

Jadi apa sebenarnya perlu dibuat untuk pastikan suhu dapat diturunkan dengan lebih cepat ya?

Menambah info tentang jenis ubat-ubatan yang boleh digunakan, ikuti  perkongsian daripada doktor Ahmad Samhan ini semoga bermanfaat.

 

10 Fakta Wajib Tahu Tentang Ubat Demam Yang Masuk Ikut Bontot Anak

1. Terdapat 2 jenis suppositories di pasaran iaitu Supp Paracetamol dan Supp Voltaren(Diclofenac).

2. Supp Paracetamol terdapat 2 dos iaitu 125mg dan 250mg manakala dos Supp Voltaren 12.5mg dan 50mg.

3. Kedua-dua jenis bentuk torpedo dan dimasukkan melalui dubur. Digunakan untuk menurunkan suhu badan dengan cepat terutamanya bila anak muntah-muntah atau susah untuk makan ubat cecair.

4. Supp Paracetamol adalah acetaminophen dan Supp Voltaren adalah NSAID(Non Steroid Anti Inflammatory Drugs).Keduanya adalah antipyretic(menurun suhu demam) dan analgesic(tahan sakit).Cuma Supp Voltaren ada fungsi lain iaitu anti inflammatory(anti radang).

5. Penggunaan Supp Voltaren pada kanak-kanak berumur kurang 5 tahun yang mengalami jangkitan influenza boleh meningkatkan risiko Acute Necrotizing Encephalopathy(sel otak mati yang boleh membawa maut).

6. Pengambilan NSAID tanpa mengetahui punca demam akan menyebabkan kerosakan hati,demam denggi berdarah dan ulcer perut.

7. Segera dapatkan rawatan doktor jika anak mengalami simptom seperti perubahan tingkahlaku, keletihan, sawan dan tak sedarkan diri.

8. Supp Voltaren boleh digunakan jika telah diketahui punca demam(setelah keputusan darah diperolehi), tiada alahan ubat dan sebagai ubat tahan sakit(arthritis kanak-kanak).

9. Berwaspada untuk beri Supp Paracetamol pada bayi kurang 6bulan dan Supp Voltaren pada bayi kurang setahun. Pengambilan Supp Voltaren tanpa nasihat doktor tidak digalakkan dan berbahaya.

10. Pilihan terbaik adalah Supp Paracetamol kerana kurang risiko berbanding Supp Voltaren.

Kongsikan pada mak ayah lain ya!

Sumber : Dr. Ahmad Samhan