Turunkan Kolestrol Atau Kencing Tak Lawas, Wanita Ni Amalkan Minum Air Berasaskan Epal Hijau. Begini Cara Buatnya!

Share

Pengambilan makanan yang berkhasiat akan dapat memberi manfaat untuk diri kita menjadi lebih sihat dan bertenaga. Umpamanya dengan mengamalkan minum jus buah-buahan. Sebagaimana umum mengetahui, minuman berasaskan jus buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan serat yang diperlukan oleh tubuh badan. Bahkan jika kesihatan terganggu, ramai juga menyarankan agar minum jus buah-buahan.

Salah satu buah yang enak dibuat jus adalah buah epal dan tahukah anda epal ini jika dicampur dengan beberapa bahan lain berperanan untuk menurunkan kolestrol dan boleh juga sebagai egen membuang toksin dalam badan, melawaskan pembuangan air kecil dan banyak lagi manfaatnya.

Ini didetail lagi melalui perkongsian daripada dua orang wanita ini di facebook. Nak tahu caranya, ini perkongsiannya;

PETUA BUANG TOKSIN DAN TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN JUS EPAL KAYU MANIS

Mustahil la kita nak elak dari toksin. Sebab toksin ada kat mana-mana. Dalam udara yang kita sedut atau dalam makanan dan minuman yang kita ambil. Jadi kalau badan kita gagal untuk de-tox secara semulajadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan usus dan juga kembung.

Epal ni banyak serat dan untuk membuang toksin. Manakala kulit kayu manis pula menstabilkan kadar gula dalam darah. Gabungan 2 bahan ni dapat kurangkan lemak dan turunkan paras kolestrol dan juga meningkatkan kadar metabolisma badan.
So simple tapi menyihatkan kan.. Jom kita buat!

Bahan-bahan:


2 biji epal hijau
2 batang kulit kayu manis
air

Caranya:
1. Blender epal hijau dan tapiskan.
2. Masukkan kulit kayu manis tadi kedalam Jus epal yang telah ditapis tadi.
(kalau nak pakai serbuk kayu manis pun boleh)


3. Biarkan sejuk 1-2 jam didalam peti sejuk dan diminum ketika hendak mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.


Bagi yang berdiet tu boleh jadikan snek minum petang dan sebelum tidur. Selamat mencuba!

Menakala Hafiezah Abu Zarin Pijahjeff yang juga merupakan pesakit batu karang turut mengamalkan  epal sebagai bahan yag dicampur dengan bahan lain untuk meredakan masalah kesihatannya.

Menurutnya berkongsi petua, “Saya sebagai pesakit batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing. Kepada yang kencing tak lawas ka, kencing rasa sakit ka,batu karang ka, kencing kotor ka, apa sahaja la yang berkaitan dengan buah pinggang dan pundi kencing, bole cuba resepi ni…doktor yang bagi..”

Air ini sangat bagus untuk cuci buah pinggang dan pundi kencing..doktor pesan cuba amal untuk 30 hari. 1 hari minum 1 kali sahaja…terpulang nak minum waktu mana.

Bahan-bahan:


1 biji epal hijau(tak payah buang kulit)
1 inci timun (buang kulit)
1 inci lobak putih (buang kulit)
1 inci celery
1 gelas air masak

Cara buat:


1.Blend semua sekali, tak payah tapis.

2. Sedia untuk di minum.

Sumber : Hafiezah Abu Zarin Pijakjeff &  Suhaniza Isenen

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Menyediakan jus lebih mudah jika ada pengisar buah-buahan dan untuk membelinya secara online klik di sini.