
Kolesterol menyerang kita secara senyap. Bahaya tanpa sedar yang akhirnya bila sudah berada di tahap tertinggi akan mengakibatkan risiko beberapa penyakit lain seperti jantung, strok dan sebagainya.
Ia berpunca daripada kadar kolestrol yang tinggi di dalam tubuh. Mencegah sememangnya lebih baik daripada merawati. Amalan pemakanan yang sihat dan terkawal adalah langkah bijak dan perlu dilakukan lebih awal.
Pun begitu amalan minum air rebusan yang sihat antara yang boleh diamalkan dalam menu harian. Campuran jus halia yang diberikan ini boleh juga diamalkan demi kesihatan jantung.
Jus ini dipercayai mampu menyingkirkan kolestrol dalam masa yang singkat. Tak salah untuk kita cuba.
Bahan-Bahan:
500gm bawang putih
500gm halia
1 cawan perahan lemon
1 cawan apple cider
1 cawan madu
Caranya:
1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis.
2. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pula dan tapis jusnya.
3. Masukkan perahan air bawang putih dan halia dan perahan lemon ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan dan biarkan masak selama 30 minit.
4. Angkat dan sejukkan.
5. Campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Cara minum:
1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur.
Semoga bermanfaat, bersama-sama kita menjaga kesihatan jantung kita.
“Sudah 11 Kali Kepala Suami Dibedah.” Suami Terlantar Akibat Kemalangan & Hospital Jadi ‘Rumah’ Kedua, Wanita Ini Setia Disisi Suaminya.

Benarlah ungkapan isteri diuji takkala suami sedang susah cukup menggambarkan keadaan wanita ini. Kasih sayang terhadap suami mengatasi segalanya apabila setia menjaga suami yang terlantar akibat kemalangan.
Kisah wanita bernama Noor Ainie ini mendapat perhatian netizen di Facebook (FB) yang rata-ratanya memberi kata-kata sokongan dan menggelarkan beliau wanita tabah.
Sebelum ini, ibu kepada dua anak pernah meminta bantuan wang daripada orang ramai untuk rawatan memasukkan skru dalam tempurung kepala suaminya yang berjumlah RM2,400 di media sosial.
Noor Aini Ramlee, 28, berkata suaminya itu, Syazwan Ahmad, 32, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas selesai menjalani pembedahan memasukkan semula tempurung kepala pada 16 Februari lalu.
“Pada 16 Oktober tahun lalu, suami yang menunggang motosikal terbabas sendiri ketika sedang menuju ke tempat kerjanya di Seksyen 15, Shah Alam.
“Selepas kejadian itu, dia mampu terlantar dan terpaksa memakai lampin pakai buang serta makan melalui tiub. Keadaan semakin buruk apabila dia turut mempunyai darah beku di kepala akibat kesan hentakan.
“Ia menyebabkan suami tidak mampu pulih dan sebanyak 11 pembedahan kepala sudah dilakukan setakat ini,” katanya.
Menurutnya, dia kini hanya bergantung kepada bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 sebulan.
Namun, katanya, dia perlu bekerja untuk menampung kehidupan keluarga apatah lagi masih mempunyai hutang seperti televisyen dan motosikal.
Noor Ainie berkata, sebelum ini anaknya iaitu Alysa Damia, 7, dan Mohammad Arash Danial, 6, kini berada dalam jagaan ibu mentuanya di Pasir Puteh, Kelantan.
“Rumah kami di Seksyen 26, Shah Alam dan sukar bagi saya berulang-alik balik ke rumah jika pergi ke Hospital Sungai Buloh. Kini, saya hanya mengharapkan abang untuk menghantar saya pergi ke hospital dengan menaiki motosikal.
“Hanya telefon bimbit menjadi pelepas rindu saya kepada anak yang turut memahami keadaan bapa mereka,” katanya lagi.
Namun terbaru dia memuat naik perkongsian di Facebook berkenaan anak-anak nya.
“Alhamdulillah, semakin hari suami semakin ada perubahan yang positif walaupun masih belum boleh cakap dan makan. Keluarga kami juga sudah bersatu kembali. Anak-anak saya dah sekolah di Shah Alam semula.
“Tak sanggup nak berpisah lama dengan anak. Alhamdulillah anak dapat bersekolah seksyen 20. Jadi saya kena kerja sebab anak dah mula duduk dengan saya. Bantuan bulanan untuk suami dari zakat pula sudah dihentikan kerana pihak Zakat sudah bantu dari segi sewa rumah,”ujar Noor Aini lagi.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian atas nama Noor Aini Ramlee ke akaun Maybank bernombor 162218680714.
Sumber: Noor Ainie & Harian Metro
“Anak Rapat Dengan Saya, Layan Seperti Kawan.” Anak & Isteri Pembawa Rezeki, Terapi Bahagia Ezad Lazim

Cukup sempoi dan happy go lucky, itulah antara persamaan yang ada pada penyanyi Ezad Lazim dan isterinya, Zeana Ramli.
Mereka juga senada dan seiring baik dalam hal kerjaya mahupun rumah tangga. Pasangan sama sepadan kini cukup bahagia ditambah dengan kehadiran sepasang anak comel sebagai penyeri rumah tangga.
Cukup berterima kasih dan bersyukur dikurniakan isteri yang memahami, akui pemilik nama sebenar, Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, dia beruntung kerana isterinya juga bertanggungjawab sebagai pengurus peribadi.
Pengorbanan isteri tidak terbalas
“Dialah isteri dan dia juga pengurus saya. dia bijak urus masa dan kerjaya begitu juga saya. saya beruntung kerana adanya dia. Memang ada kala saya kasihan melihat dia kepenatan urus saya dan rumah tangga, tetapi dia tidak mengeluh.
“Sebagai suami saya bantu mana yang patut. Yang pastinya dia banyak buat tetapi saya cuba bantu mana yang boleh. Pengorbannya tidak terbalas. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga juga sentiasa ada dan tak putus sehingga kini.
“Ini semua berkat doa dan usaha isteri yang banyak membantu. Pada saya, populariti bukan perkara utama buat saya sekarang. Yang penting diberikan kesihatan yang baik dan dapat menampung kehidupan sekeluarga serta menghasilkan karya buat peminat seni.
“Untuk semua bakal dan mereka yang bergelar suami, segala kesilapan boleh diperbaiki dan dijadikan pengajaran. Mudah-mudahan kita jadi lebih matang dan lebih baik daripada sebelum ini. Sebab tu sebagai suami termasuklah diri saya sendiri, kena hargai orang tersayang disekeliling terutama isteri dan anak-anak.
Urus masa secara bijak
Jelas bapa kepada Puteri Rania Keisha dan Putera Muhammad Darwish, tak ada masalah untuk membahagikan masa dengan anak-anak kerana dia dan isteri sama-sama menguruskan mereka sendiri.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana urusan kami sekeluarga sentiasa dipermudahkan. nak kata tak ada masa tetapi sebenarnya sentiasa ada kerana kita sendiri yang kena urus secara bijak.
“Isteri seorang yang tahu bagaimana untuk bahagi masa antara kerjaya saya, sebagai ibu dan isteri serta dan masa yang sama bisnesnya. Tetapi kami selalu doa dan harap Allah permudahkan segalanya,” ulasnya lagi dengan panjang lebar.
Cabaran ibu bapa generasi sekarang
Isu gajet dan media sosial seperti tiktok dan sebagainya memang satu cabaran untuk ibu bapa generasi sekarang. Bagi Ezad, perkara tersebut turut dialami olehnya dan isteri.
“Zaman sekarang tak sama dengan kita dahulu, begitu juga cara pemikiran dan pengurusan anak-anak sekarang pun tak sama. Jadi cukup mencabar dalam mendidik anak-anak, tetapi kami berdua memang had kan.
“Nak kata tak bagi pun tak boleh juga sebab kami sebagai ibu bapa pun menggunakan medium tersebut terutama untuk tujuan bisnes dan kerjaya.
“Tetapi kami akan terangkan dengan baik kepada anak-anak supaya mereka faham kenapa saya dan ibunya menghadkan penggunaan medium tersebut.
Isteri garang suami simple
Tambah pelantun lagu Demi Cinta ini lagi, isterinya banyak ajar anak-anak berdikari manakala dia pula berbeza kerana sejak dahulu jenis yang simple.
“Soal garang memang Zeana lagi garang, tegas dengan anak-anak. Mereka banyak meminta dengan saya kerana ikut apa jua kemahuan anak-anak. Walaupun penat saya tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, pada saya bahagiakan anak-anak dan isteri adalah terapi dalam rumahtangga.
“Lagipun ini pengalaman sebagai ibu bapa sementelah kami berdua berkahwin dalam usia agak lewat dan membesarkan anak-anak sendiri jadi itu tidak menjadi masalah. Anak-anak jua punca rezeki dan penguat kasih sayang antara kami suami isteri.
Ayah kurang peka berbanding ibu
Mengulas mengenai sambutan Hari Bapa yang tidak ‘semeriah’ Hari ibu, akui Ezad lagi, semuanya bergantung cara sesebuah keluarga itu meraikannya.
“Soal sambutan hari bapa ni bukan nak kata tak meriah tetapi sebab orang lelaki khususnya kaum ayah ni yang memainkan peranan. Benda-benda begini mereka kurang peka berbanding kaum ibu. Malah ada yang tak ingat hari-hari istimewa baik hari lahi mahupun ulangtahun.
“Biasanya kaum Wanita yang selalu ingat tarikh istimewa, bukan nak kata kaum ibu jenis beria tetapi bab begini mereka memang alert dan partikular bab-bab begini. Tetapi tak bermakna ayah tak nak tunjukkan kasih sayang lebih cuma mungkin mereka jenis pelupa,” kongsi Ezad lagi.
Anak lebih rapat & selesa dengan ayah
Akui suami kesayangan Zeana ini lagi, tanggungjawab ayah dan suami sangat besar terutama dalam hal mencari rezeki. Tetapi tak bermakna anak-anak tak rapat dengannya.
“Cuma ibu lebih rapat kerana daripada awal lagi sentuhan pertama anak-anak adalah daripada ibu baik mengandung hingga melahirkan.
“Dalam hal saya sendiri misalnya, anak-anak lebih rapat dan selesa dengan saya. Tak marah-mara, itulah cara saya dengan anak-anak. Kalau ikutkan saya bukan jenis membeli barangan tetapi daraipada segi percakapan dan pergaulan saya layan mereka seperti kawan-kawan.
“Adakala isteri bengang atau marah kononnya saya tak ambil berat dengan anak, padahal saya lebih suka pendekatan ‘cool’. Bila anak-anak selesa jadi mereka lebih telus dan mudah nak berkongsi atau mengadu jika ada masalah. Tetapi kena ada juga peranan ibu cuma cara dipraktikkan ibu dan ayah berbeza. Tetapi yang penting tujuannya sama iaitu mahukan anak-anak membanggakan kami kelak,” ungkap Ezad sebelum menutup perbualan bersama penulis.
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Laksa Thailand Pedas Berlemak Diminati Ramai. Ni Orang Chiang Mai Kongsikan Resipi, Boleh Lah Dicuba!

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba tular di laman sosial ‘perang’ Laksa Kedah dan Laksa Johor yang tercetus daripada komen-komen peminat laksa itu sendiri. Jadi tidak mahu terus panas dengan isu tersebut, ada sahaja posting resipi laksa yang tidak mengaitkan langsung antara kedua-dua laksa tersebut.
Contohnya perkongsian resipi daripada Alysha Ratchada yang berasal daripada Chiang Mai, Thailand di dalam Group Masak Apa Hari Ni, berkongsi resipi Laksa Thailand dan warganet teruja dengan resipi dikongsikan hingga mendapat 6.2K tanda suka dan share yang banyak.
Jadi buat anda yang ingin mencuba laksa dengan citarasa yang istimewa, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Resipi Laksa Thailand
Bahan kuah
1.Cabai kering+cabai melaka merah(kalau nak pedas bubuh cabai lebih)
2.Bawang putih
3.Bawang merah
4.Halia
5.Kulit buah limau purut
6.kunyit hidup
Ambil bahan semua blender sekali ( kqlau suka pekat bubuh bahan lebih)
Cara buat kuah
- Tumis bahan yang suda blender dan serai potong panjang.
- Lepas dia medidih letak ikan yang sudah blender dan kacau sekali tambah air.
- Lepas dia medidih letak bebola dan santan sampai santan masak bubuh daun limau perut dan garam, ajinomoto, gula pun boleh.
- Siap boleh rasa. Terima kasih boleh cuba
Ekstra info:
Sediakan juga daun selasih, taugeh dan kacang panjang dihiris untuk melengkapkan lagi hidangan Laksa Thailand.
LaksaThailand menggunakan laksa halus seperti ini.
Dalam supermarket, Tesco, giant semua ada sebab saya guna yang ni je buat laksa thai.
Sumber : Alysha Ratchada via MAHN
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club